18: Kucing

3.5K 571 144
                                    

160 votes + 45 comments

"Awak, saya nak keluar hari ni, boleh?" pinta Juyeon kepada majikannya, Jeon Jungkook.


Memandangkan hari ni hari Sabtu, boleh lah dia meminta cuti untuk sehari. Lagipun  hari ini Jungkook dan Jimin bercuti. Boleh lah mereka tengok-tengokkan Jaemin dan Minjung.

"Kau nak pergi mana?" Jungkook menyoal sambil matanya memandang ke arah gadis itu.

"Nak jumpa kawan, mungkin saya tidur rumah dia malam ni" balas Juyeon.

"Lelaki ke perempuan?" Jungkook menyoal lagi.

Juyeon menjadi pelik, penting ke dia lelaki atau perempuan?

"Transgender" balas Juyeon dengan niat yang ingin bergurau.

Jungkook memrberikan pandangan yang tajam kepada Juyeon. Nak main-main pula, aduhai gadis ni!

"Kau balik bila?" soal Jungkook lagi.

"Esok, sebelum waktu makan malam" balas Juyeon.

"Ok, esok, sebelum makan malam, pastikan kau dah ada dekat rumah" kata Jungkook.

"Akak nak pergi mana?" Jaemin yang baru sahaja bangun dari tidur itu berjalan menuju ke arah Juyeon dan Jungkook yang sedang duduk di sofa yang terletak di ruang tamu itu.

"Nak keluar sekejap" balas Juyeon sambil mengusap lembut kepala Jaemin.

"Nak ikut boleh?" soal Jaemin sambil membuat muka seposen.

Jungkook menayangkan muka menyampah, mula dah perangai mengada-ngada milik anak buahnya yang sorang itu.

"Jaemin, duduklah rumah dengan pak cik. Akak nak keluar sekejap je" balas Juyeon dengan nada suara yang lembut.

"Sekejap je tau, janji?" soal Jaemin sambil menghulurkan jari kelingkingnya untuk menyimpul perjanjian dengan Kim Juyeon.

Juyeon menyambut jari itu lalu menyilangkannya dengan jari kelingking miliknya.

"Iya, janji, sayang" balas Juyeon.

Na Jaemin tersenyum malu-malu kucing.

"Malulah Jaemin bila akak panggil Jaemin 'sayang' " kata Na Jaemin sambil tersenyum simpul.

"Jaemin, baik Jaemin pergi gosok gigi lepas tu mandi, busuk sangat dah ni. Pak cik dah tak tahan dengan bau ni" kata Jungkook sambil menutup lubang hidungnya menunjukkan bahawa bau busuk itu sangat kuat.

Jimin baru sahaja keluar daripada biliknya lalu dia memandang ke arah ruang tamu di mana mereka berkumpul.

"Juyeon, awak nak keluar ke?" soal Jimin yang baru sahaja mendekati mereka semua.

"Iya, awak dan Jungkook boleh kan tolong tengok-tengok kan Jaemin dan Minjung?" soal Juyeon sambil matanya tertumpu ke arah Jaemin itu.

"Iya, sudah tentu" balas Jimin sambil memandang ke arah Jungkook.

"Kenapa kau risau sangat ni?" Jungkook menyoal gadis bercas proton itu.

"Tak, sebab Jaemin dan Minjung selalu minta sesuatu.. jadi.." belum sempat lagi Juyeon menghabiskan ayatnya, Jeon Jungkook sudah memotong.

"Aku boleh uruskan hal itu. Janganlah risau" ujar Jungkook.

Kim Juyeon memandang ke arah Jaemin dan Jungkook secara silih berganti. Boleh ke tinggal ni?

"O-ok lah kalau awak dah cakap macam tu" balas Juyeon.

"Na Jaemin!" satu suara kecil datang daripada tingkat atas.

✔ Encik Anti-TeknologiWhere stories live. Discover now