24: Pistol

3K 560 211
                                    

200 votes + 50 comments

Jaemin dan Minjung tidak habis-habis merenung Taehyung, entah kenapa pun tidak tahu.

"Kenapa pandang macam tu?" akhirnya Taehyung yang sedang duduk di atas sofa itu mula berbicara.

"Pak cik, kenapa rambut pak cik warna biru?" soal Minjung.

"Sebab pak cik lahir tak cukup bulan ke?" soal Jaemin pula.

Terkejut Taehyung dengan apa yang keluar daripada mulut kanak-kanak itu. Kenapa KBAT sangat soalan mereka?

Lantas Taehyung mengalihkan pandangannya ke arah adiknya, Juyeon yang berada tidak jauh dari situ.

"Ah, Juyeon, aku nak pergi tandas. Tandas dekat mana?" soal Taehyung.

Belum sempat Juyeon membalas, Jaemin terlebih dahulu bertanya.

"Pak cik nak buang air kecil ke besar?" soal Jaemin.

Ya tuhan, kenapa tanya soalan macam tu? Memang dalam rumah ni tandas nak buang air kecil dan besar diasingkan ke macam mana?

"Ehehe, Jaemin gurau je, tandas ada dekat belakang tepi dapur tu" kata Jaemin lagi.

Laju betul Taehyung mengatur langkah menuju ke arah tandas. Nak buang air ke nak lari daripada Jaemin?

"Akak" Jaemin memanggil Juyeon.

"Iya?" Juyeon menyahut.

"kata nak pergi makan ais krim, jomlah" ujar Jaemin sambil membuat wajah comel. Sengaja dia mengembungkan pipi sambil jari-jemarinya bermain-main di atas pipinya sendiri.

"Tulah, tapi Pak cik Jimin nak balik Busan, Pak cik Jungkook tengah tolong dia kemas barang. Terpaksa lah kita batalkan rancangan" balas Juyeon sambil mengusap lembut rambut Na Jaemin.

Serentak Jaemin dan Minjung mengeluh panjang.

"Kalau pak cik Taehyung yang bawa kitorang pergi makan ais krim, tak boleh ke?" soal Jaemin.

Memang tak nak mengalah ni. Aduhai Jaemin, tak baik makan manis banyak-banyak tau!

"Eish, tak payah lah, Pak cik Taehyung tu tak suka sangat dengan budak-budak" kata Juyeon. Sejujurnya, Juyeon tidak mahu Taehyung mendekati kanak-kanak itu.

Nanti kalau Jaemin jumpa pistol dalam poket Taehyung, macam mana?

Bukannya Juyeon tidak tahu yang Taehyung sentiasa membawa sepucuk pistol ke mana-mana sahaja.

"Ye ke?" soal Minjung pula.

"Iya" balas Juyeon sambil mencubit pipi si gadis kecil itu.

☆☆☆☆

Keadaan di meja makan itu mula bising apabila Jaemin dan Minjung berebut mahukan ayam bahagian peha yang hanya tinggal satu sahaja.

"Akak nak" kata Minjung sambil mencapai seketul ayam itu.

"Jaemin baru makan dua" balas Jaemin sambil merampas ayam itu daripada tangan Minjung.

✔ Encik Anti-TeknologiWhere stories live. Discover now