bab 20

125 10 0
                                    

Matahari semakin menghilang di ufuk barat.Selesai sudah perjumpaan tadi.Memang seronok rasanya berkelah bersama mereka.

Rakan-rakan semua masing-masing pulang ke rumah kecuali Hawa dan Shafiyyah. Kedua wanita itu singgah ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak.

Sampai sahaja di masjid,perlahan-lahan mereka berdua mengatur langkah masuk ke tempat bilik solat muslimah. Ramai juga para wanita berada di situ.
Satu per satu sedang bersujud kepada Yang Maha Esa. Shafiyyah serta Hawa berganti-gantian mengambil wudhu akibat terlalu ramai orang.

Telekung dan sejadah yang terletak rapi di rak-rak dicapai oleh Shafiyyah. Satu buat dirinya dan satu lagi beliau berikan kepada sahabatnya. Masing-masing menyarung telekung dan membentangkan sejadah.

"Allaahu akhbar" serentak kedua wanita itu menunaikan solat fardhu maghrib sekaligus isyak. Shafiyyah bagaikan berdiri berseorangan tiap kali beliau mengadap kepada Sang Pencipta.

Memang solat ini teramatlah istimewa untuk setiap para muslimin dan muslimat. Ketika dilanda musibah,maka solatlah. Ketika kita diberi kebahagiaan,maka solatlah.

Yang sudah kenal Shafiyyah,beliau akan berlinangan airmata tiap kali menunaikan solat. Rasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk berubah. Rasa kesal sangat kerana dulu beliau tidak utamakan Rabbnya.  Rasa takut sangat dengan azabNya. 

Shafiyyah mencurahkan segala keperitan yang terbuku di dalam hatinya.

Hawa yang sudah selesai beribadah,sabar menanti sahabatnya. Terharu juga melihat perubahan Shafiyyah. Dari wanita yang liar dan tidak tahu agama,berubah kepada wanita yang berakhlak murni dan sering belajar tentang agamanya.

Setelah habis sudah beribadah,Shafiyyah dan Hawa bereda pergi dari Masjid. Sedang langkah kaki mereka dihayun,tiba-tiba telefon bimbit Shafiyyah berbunyi.

Unknown number:
Assalamualaykum fiyyah. Ini Iz. Boleh kite jumpe malam ni ? Saya baru habis solat dekat masjid. Masjid dekat2 tempat air terjun tadi.

Langkahnya terhenti apabila beliau mendapatkan msg dari Tarmizie. Malam ni nak jumpe? Biar betul. Tak sangka Tarmizie ada di masjid yang sama. Tercari-cari figura jejaka itu oleh Shafiyyah.

Unknown number:
Saya harap sangat awak beri saye peluang.

Peluang ape pula?

"Siapa yang msg kau? Lambat nah reply." Hawa yang dari tadi memperhatikan sahabatnya seperti mencari seseorang.

"Hawa... jum ikut aku jumpe seseorang. Ada benda yang aku kene selesaikan." Pinta Shafiyyah.

"Ooookayy.. aku boleh je." Hawa tidak mahu menyoal banyak. Biar menjadi kejutan untuk dia.

Shafiyyah:
Waalaykumsalam.. baiklah. Kita jumpe di taman bunga.

Send....

.....................

"Assalamualaykum warahmatullaah. Assalamualaykum warahmatullaah."

Jejaka bertinggian 173cm memberi salam menandakan beliau sudah selesai menunaikan solat. Dia bersama Hasnul,yang sejak awal hari lagi menjadi peneman beliau hingga lah saat ini.

"Oklah boss saye nak balik dulu ni." Ujar Hasnul sambil memakai kasut adidas berwarna hitam kehijauan.

"Issh kat sini tk payah panggil aku boss. Panggil aku Iz dah ok. Jumpe kau kat pejabat. " Mereka berganti pelukan dan berpisah dari situ.

Tarmizie mula melangkahkan kaki ke arah kereta apabila beliau melihat kelibat seorang wanita. "Macam kenal je" suara hati Tarmizie berkata-kata.

Kelibat wanita itu semakin jelas. Rupanya-rupanya wanita tersebut adalah Shafiyyah.

Seperti biasa,hati mula berdebar-debar akan melihat wanita ayu itu. Beliau mempercepatkan langkah lalu memasuki keretanya.

"Nak jumpe ke tknk..nak jumpe ke taknk.." beliau sempat membuat keputusan untuk menemui Shafiyyah.
Tarmizie mengeluarkan telefon bimbit dan mencari nama Shafiyyah di contacts.

Tarmizie:
Assalamualaykum fiyyah. Ini Iz. Boleh kite jumpe malam ni ? Saya baru habis solat dekat masjid. Masjid dekat2 tempat air terjun tadi.

Send...

Tiada balasan dari Shafiyyah.. rasa hampa dibuatnya. Beliau melihat wanita bertudung labuh itu bagaikan mencari-cari seseorang. Ni mesti dia tengah cari aku kat mane..

Jejaka bermata cokelat hazelnut itu mengumpulkan keberaniannya dan menghantarkan satu lagi msg.

Tarmizie:
Saya harap sangat awak beri saye peluang.

Send...

Darah gemuruh mengalir di seluruh badannya. Sempat menandah kedua tangannya dan berdoa agar wanita itu balas msgnya. (Hahaha boleh imagine tak korang tarmizie angkat tgn doa.)

Drrtt drrtt drrtt..!
Telefon bimbitnya berbunyi..

Shafiyyah:
Waalaykumsalam.. baiklah. Kita jumpe di taman bunga.

Membulat mata Tarmizie melihat msg dihantar oleh Shafiyyah. "Alhamdulillaah yes!" rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya.

"Ohkay relax Iz.. this is the time u fix things right.. u can do it brother u can do it bi'thnillaah!"

That Ugly PearlWhere stories live. Discover now