bab 28

111 11 3
                                    

DENGAN lafaz bismillaah, Shafiyyah menjamu selera bersama abi dan ibu.  Di meja makan terhidang dengan lauk-pauk seperti ikan lemak cili padi, sambal telur dan sedikit tumisan sayur kobes.

Sayang sekali Hawa tidak dapat rasa masakan ini. Kalau tidak,tentu beliau akan suka juga. Selepas membeli belah di mall tadi,Hawa bergegas pulang ke rumahnya.

Walaupun meja makan kelihatan meriah dek penuh dengan makanan lazat, namun suasana di dapur seperti biase,sunyi dan sepi.

"Wahh sedap lah lauk ibu masak hari ni. Sedap gilerr..Kan abi??" Suara Shafiyyah memecah kesunyian di malam itu.

"Ibu kamu kalau masak memang sedaap.. alhamdulillaah rezeki kite untuk hari ni." Sahut abi sambil menjilat ibu jari nya.

Tiada respon dari ibu. Hanya jelingan mata sebagai jawapan.

"Tadi ibu ok... skarang tak ok pula.. tukar-tukar angin ibu aku ni..." Shafiyyah bermonolog sendiri,keliru.

"Hei.. makan jangan bising boleh tak? Aku nak makan pun tak aman lah!" Teriak ibu sekuat hati. Dengan bingkas,ibu berdiri.

"Sayang awak nak pergi mana tu? Tu lauk tu.. abeskan lah dulu." Abi berbicara dengan nada yang lembut.

"Dah tak selera la.. suruh lah anak abang abes kan. Sedaap sangat kan??" Kata-kata sindiran ibu bagaikan menikam hati Shafiyyah.

Entah apa lagi yang tidak kena dengan ibu. Shafiyyah runsing melihat perubahan ibu yang tidak menentu.

Abi memberi isyarat kepada Shafiyyah untuk tidak endahkan dengan perlakuan ibu.

Sebaik sahaja mereka selesai menjamu selera, pinggan mangkuk dicuci dengan teliti. Kemudian disusun rapi.

Abi meneruskan langkahnya ke ruang tamu untuk menonton berita di televisyen.

Shafiyyah menyiapkan dua cawan kopi sambil membasahkan lidahnya dengan zikir-zikir yang beliau amalkan setiap hari.

Shafiyyah meletakkan kopi itu di hadapan meja di ruang tamu. Buat ayah tercinta. Boleh lah beliau menonton berita sambil menikmati kopi tersebut.

Satu lagi kopi untuk ibu yang tersayang. Shafiyyah menuju ke bilik ibu dengan secawan kopi di tangannya.

Tok! Tok!tok! Wanita itu mengetuk pintu itu.
"Ibu..." lalu Shafiyyah membuka pintu bilik ibunya.

"Ibu,Shafiyyah ade buatkan ibu kopi. Ibu minum ok." Terukir senyuman menampakkan barisan giginya yang putih. Beliau meletakkan kopi di atas meja cermin.

"Siape suruh kau masuk ni?!" Soal ibu,dengan wajahnya merah padam.

shafiyyah tergamam.

"Ini ape ni??huh kopi??kopi ape ni? Kau nak aku minum kopi ni?? Puikkk!taknak aku minum." Ibu meludahkan air liurnya ke kopi itu. Bagaikan tiada perasaan langsung.

"Ya Allaah ibu... kenape ibu buat macam tu bu? Fiyyah cume buatkan ibu kopi je.." terkejut melihat kelakuan ibu begitu.

"Entah ape jampi kau dah letak kat dalam kopi tu.. pastu kau nak aku minum?? Kau ingat aku ni bodoh!?" Tuduhan itu merobek hatinya shafiyyah. Berbisa lagi menyakitkan!

"Astarghfirullaahalazhim.. sanggup ibu tuduh fiyyah macam gitu skali?? Benci sangat ke ibu dekat fiyyah?" Bergetar-getar suara Shafiyyah menahan kesedihan.

Kedengaran pekikan di bilik, abi pun bergegas masuk.

"Kenape dengan awak ni??!" Terjah abi.

"Ni bang anak kesayangan awak! Dia jampi kopi tu lepas tu suruh saye minum. Ingat saye tak nampak?!" Bertubi-tubi tuduhan dilemparkan oleh ibu kepada Shafiyyah.

Mata Shafiyyah merenung sayu. Hati Shafiyyah rasa terpukul oleh kata-kata ibu.

"Ibu...kalau ibu benci sangat dengan fiyyah.. fiyyah akan pergi dari sini... tapi jangan lah tuduh fiyyah macam gitu sekali." Kesedihan yang teramat menguasai diri Shafiyyah.

"Ah pergi!! Berambus kau dari sini!jangan nak belagak baik depan aku eh! Anak sial!" Teriak ibu. Lantang.

Shafiyyah tidak dapat menahan kesedihannya. Beliau meluru ke bilik dan mengemas pakaian-pakaian nya sambil berguguran airmata.

Kemudian beliau bersalaman dengan abi dengan penuh rasa dukacita.

"Fiyyah..tolonglah jangan pergi.." pinta abi.

Shafiyyah bereda pergi tanpa ungkapan apa-apa.

"Busuknya hati awak ni. Awak dah termakan dengan hasutan shaytan! Sampai anak sendiri awak sanggup tuduh dia bukan-bukan?!" Kekesalan menguasai diri abi.

"Ingat Allaah lah!tolong lah jangan ikut kan perasaan tu sangat. Sebab kebencian yang awak simpan tulah sampai tutup mata hati awak dari segala kebenaran! Saye dah tak tau nak cakap ape lagi dengan awak lah." Leteran abi tidak diendahkan sedikit pun oleh ibu.

Abi berlalu pergi. Terlalu menyakitkan untuk bergaduh.

Dan Shafiyyah....???

That Ugly PearlWhere stories live. Discover now