bab 8 (kehadiran Tarmizie)

133 13 0
                                    

"Muhammad Tarmizie"

Hati mula berdegup kencang apabila nama itu disebut. Melihat kelibat orangnya membuat shafiyyah mula resah gelisah. Adakah ini boss baru nya? Kenapa harus dia? Punya lah berjuta orang di dunia,kenapa dia? Tiba-tiba sedutan demi sedutan memori kisah silam melintas di kotak fikiran nya.

"Beb..erm aku nk ke tandas dulu eh. " kata shafiyyah dengan gelabah.

"Ahh ok ok. " balas hawa..

"Kenape pula dengan fiyyah tu? Tak tentu arah tibe2.. hmmm.. " bisik hati kecil hawa.

Shafiyyah melangkah kaki pergi dari bilik mesyuarat dan menuju ke tandas. Beliau membasuhi muka nya berkali2. Terasa cuak. Geram. Sedih. Pelbagai emosi melanda dalam dirinya.

"Ya Allaah.. apa erti semua ini? Kenapa dia muncul lagi di hidup ku? Jangan lah Engkau lepaskan aku setelah Engkau bimbing aku ke jalan yang benar ya Allaah.." berkata-kata di hati shafiyyah sambil mengurut dadanya. Lalu satu sosok wanita masuk ke dalam tandas menyapa.

"Wei! Fiyyah kau ok tk? Lame nye kau kat dlm tandas?? Sampai dahbes meeting." Ujar hawa.

"Ah...erm aku okay.. aku okay.." balas shafiyyah sambil mengelap muka nya dengan sekeping tisu.

"Ai beb... takkan lah npk boss baru terus cuak kot? Ke ade feeling2 terdetik rase suke?? Hehehe" usik hawa.

"Ish tkdelah. ke situ pula kau ni. Aku tibe2 rase tk sedap badan tu yang aku pergi tandas jap." Jawapan shafiyyah sambil menenangkan diri.

Hawa rasa tidak berpuas hati dengan jawapan sahabatnya. Jarang skali beliau berperilaku sebegitu. Dia kenal sangat sahabatnya. Mesti ada yang tak kena ni. Mari kita korek rahsia.. hahaha.. (dah tension ni sebenarnye.)

............................................

That Ugly PearlWhere stories live. Discover now