bab 37

67 6 0
                                    

Matahari mula menaik tinggi. Ia memancar sinaran cahaya nya di bumi.

Pintu bilik Shafiyyah dikuak. Abi melihat sekeliling bilik itu. Terasa sunyi sekali dengan ketiadaan anak perempuan nya.

Airmata nya mula menitis jatuh ke lantai.

Sementara itu,sosok ibu mula menghampiri suaminya perlahan-lahan.

Beliau mendengus geram melihat suaminya bersedih hanya kerana perempuan tidak guna itu.

"Sudah lah abang... tak payah nak nangis lagi pasal anak kesayangan abang tu. Kalau dia kesian kan abang.. dia dah balik sini. Tapi ni tak...dah sebulan dia tak balik sini.. dasar kurang ajar!! " teriak ibu.

"Diam kau!!!" Suara abi memetir. Ibu langsung terdiam. Suasana terus menjadi tegang.

"Ini semua salah awak! Awak yang halau Shafiyyah keluar dari rumah ini! Awak lah punca nya!",
Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan.

Apesal salah saye pulak??!! Dia yang nak keluar dari rumah ini. Abang memang selalu nak bela dia kan! Dari dulu sampai sekarang abang manje kan dia!" Meledak marah wanita tua itu.

Mendengar nama perempuan itu cukup membangkitkan sejuta rasa benci dan geram.

"Cukup!! Awak memang takkan pernah sadar kesalahan awak. Awak ingat eh...Selagi fiyyah tak balik,awak jangan harap saye nak maafkan awak! Faham?!!" mata abi memancar api terbakar.

Abi menghayunkan kaki keluar dari bilik lalu menghempaskan pintu sekuat-kuatnya.

Ibu meludah ke tanah. Kebencian hatinya memuncak sekali. Ibu begitu dendam dengan Shafiyyah.

"Pasal kau lah aku dengan laki aku gaduh.. kau ingat kau bagus sangat? Aku tak peduli nasib kau fiyyah. Dasar talam dua muka!"bisik hati kecil ibu,sambil menumbuk meja kayu dihadapannya.


"Tok!tok! Tok!" Kedengaran pintu rumah diketuk.

Ibu merungut. "Hishhh!!siape pulak yang ketuk pintu rumah aku ni?! Hishh!!"

"Tok! Tok! Tok!"
Bertalu-talu pintu rumah nya diketuk. Ibu melangkah pantas ke arah pintu rumah.
"Skejap lah. Nak bukak pintu lah ni.!" Bebel ibu.
Pintu rumah dibuka lalu ibu memandang sekeliling.

"Takde orang pun." Dahi nya berkerut tanda hairan. Kedua anak matanya masih mencari-cari kelibat tersebut.

"Assalamualaykum makcik!" Satu suara menyapa.

"Astarghfirullah heii!!kau siape ni?!" Jantung ibu bagaikan hendak putus apabila satu sosok tubuh tiba-tiba muncul dihadapannya.

"Maaf makcik... saye ketuk-ketuk pintu ingatkan takde orang bukak jadi saye keliling rumah makcik. " lelaki itu memberi penjelasan.

"Kau siape???!Ade ape kau datang sini? Pakcik takde dekat rumah." Jelas ibu.Mane lah tahu lelaki itu kawan nya abi.

"Saye Tarmizie.. erm Shafiyyah tinggal di sini ke?"

"Ehh2 ni sorang lagi! Kau pun cari Shafiyyah ke?? Dia dah tak tinggal kat sini.! Dia dah pergi!dah dah... kau balik lah!"
Dengan pantas ibu menutup pintu rumahnya.

"Dah kenape dengan makcik tu??? Hmm Shafiyyah dah tak tinggal sini... aku nak cari dia kat mane???"

That Ugly PearlWhere stories live. Discover now