bab 25

105 10 0
                                    

TOK! Tok! Tok!
Ketukan pintu yang bertalu-talu membuat kedua wanita itu tersadar. Perlahan-lahan mata dibuka.

Kesilauan cahaya matahari telah membuat mereka sukar untuk melihat figura itu.

"Hei korang dua taknak bangun ke? Taknak pergi keje ke?"

Kenal sangat dengan suara tu. Lebih jelas lagi bila Shafiyyah menggenyeh kedua matanya. Ibu yang sedang tercegat di pintu sambil cekak pinggang.

Hawa menggaru-garu kepalanya sambil menguap. Letih sungguh rasanya.

"Dah bisu ke?? Aku tanye korang tak keje ke nari?" Soal ibu.

"Tak ibu. Shafiyyah dengan Hawa amik cuti." Dengan nada yang lembut wanita manis itu menjawap soalan ibunya.

Memang awal2 lagi Shafiyyah dengan Hawa dah mengambil cuti. Dah berkelah di hujung minggu,mesti akan rasa penat.

"Hmmm.. pergi mandi. lepas tu sarapan. Ajak kawan kau ni hah. Sarapan skali." Lalu ibu bereda pergi dari bilik Shafiyyah.

Shafiyyah mengetap bibir tersenyum. "Sayang juga ibu dekat aku..." hati kecilnya berbisik.

Hawa yang masih separuh mengantuk perlahan-lahan membaringkan tubuhnya.

"Hawa! Bangun!" Shafiyyah mengejutkan sahabatnya. Aduhai belum sempat nak baring,dah dikejutkan semula. Memang tak ada can lah Hawa nak sambung tidur.

Shafiyyah meregangkan tubuhnya. Kemudian beliau melihat dirinya di cermin. "Ok fiyyah! Senyum sikit.. ceria sikit.. sembamnye muke kau ni.." sambil memegang pipinya yang tembam. Memang agak sembam selepas kejadian semalam. (Macam pantun pula hehe)

Wanita yang berumur lewat 20an mencapai tuala lalu beliau menuju ke bilik air untuk mandi. Tidak berapa lama kemudian,Hawa juga menyusul.

SUASANA di ofis agak sibuk. Setiap pekerja memberi tumpuan seratus peratus menyiapkan kerja masing-masing.

Tarmizie seperti biasa,kelihatan tampan dengan sut berwarna hitam dengan tie berwarna maroon.

Sekali sekala beliau membetulkan rambutnya. Sudah menjadi kebiasaan.

Beliau menekan nombor 2 di telefon pejabat. "Hasnul, masuk ke dalam ofis saya sebentar."

Berapa minit kemudian,Hasnul pun tiba di ofis Tarmizie. Walaupun rupa Hasnul seperti lelaki nerd, beliau sebenarnya bijak dan cekap dalam pekerjaannya.

"Yes boss? Boleh saye bantu?" Soal Hasnul.

"Erm yup kenapa Hawa dengan Shafiyyah belum masuk ofis lagi? Its late."

"Tak silap saye dorang amik cuti." Jawap Hasnul dengan tenang.

"Cuti?" Beliau tak menyangka bahawa Shafiyyah mengambil cuti.

"Yes boss. Awal2 lagi dorang dah amik cuti." Hasnul tidak lengah menjawap.

"Ok thanks Hasnul. You may proceed back with your work." Arah Tarmizie.

Resah dan gusar silih berganti. "Kenape pula fiyyah amik cuti? Pasalkan kejadian semalam ke?" Jejaka itu menyoal sendiri.

Beliau mengambil telefon bimbit nya,singgah ke contacts dan mencari nama Shafiyyah.

"Hmm nak text ke tak nak? Nak text ke tak nak? Nak text ape?tak kan aku nak tanye dia asal tak datang kerje? Nampak sangat aku ni kpo.. uishhhh" Tarmizie mengeluh panjang.

Telefon bimbitnya diletak tepi dan beliau kembali fokus kepada kerjanya.

That Ugly PearlWhere stories live. Discover now