bab 41

14 0 0
                                    

Whatsapp:

Abi: Assalamualaykum fiyyah. Ni abi ni. Fiyyah sihat ke? Dah lame fiyyah tak balik. Abi rindu pada fiyyah nak. Balik lah.

Send.....

Wajah abi kelihatan sedih. Hati nya tidak tenteram memikirkan satu satu anak perempuan nya. Dah sebulan lebih Shafiyyah tidak balik. Mungkin hati nya masih dalam kesakitan dengan apa yang dah jadi.

Abi memahami apa yang sedang dilalui oleh anak nya. Cuma rindu yang tak terhingga, dia mahu juga hantarkan satu whatsapp kepada anak nya. Dengan harapan anak nya membalas.

"Abang, abang buat ape tu? Asyik mengelamun je."  tanya ibu dengan nada prihatin.

Abi menoleh ke arah ibu dengan pandangan kesal.

"Anak kite dah lame tak balik awak tau tak. Semua nye gara gara awak. Kerana ikut kan sangat emosi, sampai skarang Shafiyyah tak balik rumah. Puas hati awak?" Balas pedas abi.

"Tak habes habes pasal anak kesayangan awak tu. Biar kan la dia. Kalau dia betul sayang kite, dia takkan keluar dari rumah pun. Kalau betul dia ingat kan awak, dia akan balik sini. Tapi awak tengok sendiri, sampai skarang dia tak balik. Saye pulak jadi salah nye." Ujar ibu sambil menjeling.

Naik muak dengan omongan abi pasal anak perempuan tak guna tu.

"Ya Allaah ape nak jadi dengan awak ni hah? Awak takde rase sedikit menyesal ke? Awak takde rase bersalah ke? Ni semue kerana awak! Punca nya awak!" Dada abi berombak-ombak cuba menahan amarahnya.

"Sudah lah abang. Kalau abang nak bising dengan saye pasal anak kesayangan abang tu, baik abang stop je lah. Saye malas nak dengar. Abang patut bersyukur tau. Saye yang bela dan jaga dia mase arwah takde. Dia buat prangai setan semue dulu, saye yang hadap! Bukan awak!" Membeliak-beliak mata ibu membalas .

Abi tidak dapat menahan marah nya lagi. Satu tamparan kuat hinggap ke pipi ibu.

"PAAAAP!!"

Kedua biji mata abi penuh dengan api kemarahan bercampur airmata.

"CUKUP!" Suara abi bertukar menjadi garau kerana terlalu marah.

Ibu memandang ke arah abi dengan rasa geram dan kecewa. Tidak pernah abi menaikkan tangan ke ibu. Tidak sekali pun.

Namun gara gara perempuan tak guna tu, abi tergamak menampar ibu. Robek hati ibu, bagai disiat siat dengan pisau.

Tidak berbalas apa, ibu melangkah pergi dari situ lalu masuk ke dalam bilik.

Airmata nya mengalir tanpa henti. Hati nya teramat sakit dan geram memikirkan perempuan itu.

"Kau siap la Shafiyyah. Kerana kau laki aku sanggup tampar aku! Aku akan pasti kan kau takkan balik ke sini lagi! Dasar anak sundal! "

That Ugly PearlWhere stories live. Discover now