bab 29

87 8 0
                                    

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya,
(Surah Al-Taubah: 104)"

"ARGHHHH!!!!!!!!" Shafiyyah menjerit sekuat hatinya. Pekikan yang berisi keperitan jiwanya. Kedengaran bunyi ombak berhempas ke pantai. Ia menjadi saksi pada malam itu.

  Shafiyyah begitu terpukul sekali dengan kata-kata ibu. Sungguh tidak masuk akal. Apa yang sebenarnya ibu mahukan? Shafiyyah sudah cuba sedaya upaya untuk menjaga hati ibu. 
Malah ibu menuduh beliau yang bukan-bukan.

Tiada lagi airmata yang mengalir di pipi. Shafiyyah tidak mampu menangis lagi. Letih. Serabut. Sebak. Hatinya bagai disiat-siat. Aduh sungguh pedih sekali rasanya.

Tiba-tiba imbasan wajah abi melintas di fikirannya. Kesal menguasai dirinya; meninggalkan abi begitu sahaja.

Shafiyyah mendongak ke langit perlahan-lahan. Hanya bulan yang menemani dirinya. Kemudian beliau menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghela nafasnya. Shafiyyah cuba menenangkan diri.

"Kemana aku nak pergi?" Sambil melihat begnya berwarna ungu.

"Drtt drrtt drtt" telefon bimbitnya berbunyi.

Shafiyyah mengambil telefon bimbitnya di dalam beg. Rasa bersyukur melihat nama sahabat nya,Hawa tertera di telefon bimbitnya.

"Assalamualaykum babe.." shafiyyah memberi salam.

"Waalaykumsalam babe. Kau kat mane weii? Abi kau ade lah telefon aku suruh aku cari kau. Dia kate kau keluar rumah. Aduhh risau la aku macam ni."

Tiada jawapan dari Shafiyyah. Setitis airmata mengalir lalu jatuh ke tanah. Begitu risau abi terhadap dirinya sampai sanggup menelefon Hawa.

"Babe?? Kau dengar tak?" Soal Hawa dengan penuh kerisauan.

"Aku tau ape dah jadi.. abi dah cerite kat aku. Kau just bilang aku kau dekat mane. Aku amik kau kay. Kau tidur rumah aku ok.. please just say something." Hawa memujuk Shafiyyah.

"Erm aku dekat tepi pantai. Te..tengah duduk dekat pondok. Aku..aku okay." Shafiyyah cuba menahan dirinya dari menangis. Beliau terus meletakkan telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian,Hawa hadir membawa Shafiyyah pulang ke rumahnya. 

"KAU relax je dulu kat rumah aku. Freshen up. Aku tau kau penat babe. Tengok tu. Mata bengkak-bengkak. Muka sembap." Ujar hawa,tenang.

"Aku minta maaf sebab susahkan kau Hawa. Aku... aku dah.. "belum sempat habis cakap,Hawa mencelah.

"Ishhh takde yang susah nye. Aku kan sobat kau. Dah jangan nangis lagi. Nanti kite boleh borak panjang2. Skarang kau pergi freshen up dulu ok."

"Thanks babe." Shafiyyah memberi senyuman tawar kepada Hawa.

Hawa hanya mengenyit mata. Memang lucu gelagat Hawa ni.

That Ugly PearlWhere stories live. Discover now