Bab 4

832 16 0
                                    

Nizar tertawa. Aneh. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana susuk Tuan Kamil yang anginnya seperti Hitler itu dapat disamatarakan dengan istilah cinta.

Aneh. Sangat aneh.

"Apa yang anehnya? Manusia ni ada hati dengan perasaan. Semua orang yang ada hati dengan naluri ingin disayangi. Semua orang boleh jatuh cinta," kata Razi selepas mereka membuat pesanan kepada seorang pekerja kedai mamak. Pekerja tadi cepat sahaja meneriakkan pesanan mereka kepada rakan sekerja di dapur.

"Aku tak nafikan. Cuma aku tak dapat bayangkan Tuan Kamil yang kita tengok macam hati batu tu rupa-rupanya seorang yang berhati lembut." Nizar menarik sehelai tisu dari bungkusan tisu di atas meja dan mengelap tangannya yang basah selepas membasuh tangan di singki sejurus sebelum mereka mengambil tempat tadi.

"Bagi Tuan Kamil, Tanjong Karang tu tempat istimewa bagi dia. Kampung kelahiran isteri dia dan tempat dia berkahwin dan berkeluarga dan juga tempat pertama dia tubuhkan syarikat sampailah boleh buka cawangan dekat seluruh Semenanjung Malaysia ni."

"Dia mesti sangat sayangkan isteri dia," komen Nizar.

"Isteri dia dah meninggal, kan?"

Razi angguk.

"Dah lima tahun."

Dua gelas teh tarik tiba di meja mereka. Nizar dan Razi masing-masing mengambil segelas.

"Aku pernah jumpa isteri dia masa Tuan Kamil buat rumah terbuka hari raya dekat rumah dia. Lama dah. Lepas isteri dia meninggal, Tuan Kamil tu lebih tumpukan kerja dia dekat ofis. Itu yang kau nampak dia selalu balik lewat daripada kita semua."

"Oh, ya ke? Dia tak kahwin lagi?"

"Entah. Tengok gaya macam tak. Eh, kau tanya macam ni, kau tu apa cerita pula?"

"Cerita apa?"

"Macam mana dengan Rozlyn?" Razi tiba-tiba menimbulkan soalan cepumas.

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal Lyn?"

Razi jongket bahu.

"Saja tanya."

"Biasa aje." Nizar menjawab pendek. Dia tidak mahu mendedahkan kepada Razi tentang perselisihan mereka.

"Kau jadi ke tak kahwin dengan dia ni?"

Nizar hela nafas panjang. Dia tidak senang apabila Razi juga sibuk bertanyakan tentang hal kahwinnya.

"Jadilah."

"Bila?"

"Bila aku dah bersedialah."

"Nak bersedia tu bila?"

"Nak kahwin ni bukan senang, Razi. Kalau boleh, biarlah aku betul-betul bersedia nak tanggung anak orang. Aku tak naklah nanti berlaku masalah dalam perkahwinan sebab aku tak bersedia."

"Nizar, kahwin ke tak kahwin ke, masalah tetap ada. Bergantung pada kaulah macam mana nak selesaikannya. Kalau kau jadi kahwin, kau yakin ke yang kau tak akan ada masalah perkahwinan kau nanti?"

"Hesy, kau ni. Janganlah cakap macam tu. Kau ni macam mendoakan yang aku tak jadi kahwin aje."

"Tak. Aku cakap aje."

"Aku ni serik dah. Dulu lepas habis belajar aku pernah bertunang tapi tak jadi kahwin sebab last minute bekas tunang aku putuskan pertunangan kami dan menghilangkan diri. Kawan-kawan dia kata mungkin dia tak bersedia lagi. Aku akui masa tu memang dia baru dapat kerja dan aku pula kerja kontrak. Tak sampai enam bulan lepas kami putus, aku dengar dia end up kahwin dengan seorang peguam. Aku pun tak kenal lelaki tu. Tapi yang aku tau, lelaki tu stabil dari segi kewangan dan datang dari keluarga yang berharta."

"Oh..." Razi angguk tapi wajahnya menunjukkan rasa bersalah.

"Bila berlaku macam ni, kau akan mula persoalkan sesuatu. Is it possible for love to overcome money?"

Razi mendiamkan diri.

"Love is never enough." Nizar tersenyum menang.

"Kesimpulan kau terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada seseorang. Tak semua orang macam bekas tunang kau. Contohnya, Tuan Kamil."

"Tapi majoritinya macam tu."

"Macam mana dengan mereka yang minoriti? Kalau dalam carta pai, kau bukan nampak bulat elok macam tu. Kau akan nampak pecahan yang ada nilai peratusnya walaupun kecil." Razi melukis bentuk bulat dengan jari telunjuk di atas pemukaan meja.

Nizar terdiam. Dia memandang keliling. Kedai dipenuhi orang. Patutlah pesanan mereka tidak sampai lagi.

"Bos!" teriak Nizar.

Pekerja di kaunter memandangnya lalu membuat isyarat memintanya menunggu sebelum berteriak sesuatu kepada rakan penebar roti canai. Penebar itu membalas sesuatu sebelum meneruskan tebaran rotinya.

"Lyn tak cakap apa-apa ke?"

"Kita orang gaduh lagi. Kali ni, dia minta putus."

"Huh?! Kau kata kau jadi kahwin dengan dia. Ni apa cerita?"

Nizar geleng.

"Aku rasa dia cuma nak gertak aku aje sebab dia marah. Biasanya dua tiga hari kemudian, dia dah cool down dan aku boleh pujuk dia balik."

"Sekarang dah hari keberapa?"

"Ketiga."

"So, apa tindakan kau?"

"Aku tak naklah pisang berbuah dua kali tapi situasi aku sekarang macam telur di hujung tanduk. Sama ada aku berjaya selamatkan kerjaya aku atau tak, semuanya bergantung kepada performance aku dekat Tanjong Karang tu nanti. Kalau okey, aku akan dapat balik kerja aku dekat HQ. Mungkin boleh naik pangkat juga."

"Aku bukan tanya situasi kerja kau sekarang. Aku tanya apa tindakan kau untuk pujuk Rozlyn? Dah hari ketiga ni."

"Oh, Rozlyn..."

"Ya, Rozlyn. What about her? Kau tak risau ke?"

Nizar meraup wajah.

"Sejujurnya, aku rasa tak sedap hati."

"Kau pasti ke dia betul-betul minta putus?"

Nizar diam. Dia tidak berani hendak memikirkannya.

Roti telur kuah banjir dan roti sardin yang dipesan tiba di meja mereka lalu menyelamatkan Nizar daripada menjawab soalan Razi. Nizar cepat sahaja mencapai sudu dan garpu yang tersedia di atas meja lalu mula menyuap roti banjirnya.

"Kalau Rozlyn kahwin dengan orang lain, kau tak kesah ke?" soal Razi tiba-tiba.

Serta-merta roti yang ditelannya tadi melekat di anak tekak. Nizar tersedak.

Alamat buruk apakah?!

Anak Tuan RumahWhere stories live. Discover now