Bab 9

701 12 0
                                    

Sufi tiba di kedai pada jam 1.00 tengah hari. Dia nampak Aida sedang duduk menunggu di kaunter. Sebaik melihatnya melangkah ke dalam kedai, Aida terus berdiri.

"Weh, teruk ke kau accident?" soalnya.

Sufi masuk ke dalam kaunter menyimpan beg dan topi keledarnya. Sebenarnya barangan staf tidak sepatutnya diletakkan di bahagian kaunter. Staf ada bilik rehat untuk menyimpan barang peribadi. Namun, Sufi yang bertugas di kaunter pada hari ini malas mahu berbuat demikian. Bukan dia sahaja, staf-staf yang lain pun begitu juga.

"Taklah. Luka melecet sebab jatuh motor tadi." Dia menunjukkan lengannya yang berbalut kain kasa dan berbau iodin itu.

"Aku hampir berlanggar dengan kereta tadi."

Aida membeliakkan mata.

"Kau biar betul? Kau tak cedera dekat mana-mana ke?" Aida memeriksa bahagian badan Sufi yang lain.

"Tak. Aku okey. Nasib baik aku tak kena langgar. Aku sempat brek, kereta tu pun sempat brek."

"Kau ni memang. Terkejut aku masa kau mesej tadi. Aku ingatkan kau teruk sampai kena masuk hospital. Kau accident dekat mana?"

"Dekat-dekat tempat kerja Haris."

"Hoho... Kau nak pergi jumpa Haris, ya?"

"Mana ada. Aku nak beli cheese cake. Teringin nak makan."

"Teringin nak makanlah konon. Pagi-pagi nak breakfast dengan kek? Patutlah datang kerja dengan baju lain."

Sufi tayang sengih.

"Uniform ni pelik sangatlah warnanya. Kuning menyerlah. Nanti Haris nampak baju aku dulu, bukannya muka aku."

"Gatal!"

Sufi tidak terkesan langsung dengan ejekan Aida.

"Aku nak tukar baju kerja kejap."

Sekali lagi Sufi terpaksa membuka cerita tentang hal kemalangan yang dilaluinya serta menunjukkan balutan lukanya apabila dia terserempak dengan Midi dan Ajak dalam perjalanan ke bilik rehat. Selepas ini, apabila berjumpa dengan yang lain-lain, dia perlu mengulang cerita lagi.

Apabila dia kembali ke kaunter, dia masih belum sempat berborak dengan Eton dan Joe yang nampaknya sibuk melayan pelanggan yang datang ke bahagian mereka. Rasanya waktu rehat ini akan dipenuhi dengan sesi bercerita kisah dia hampir dilanggar kereta sahajalah nampaknya.

"Kau tak report polis?" soal Aida sebaik Sufi masuk ke kaunter semula. Dia kelihatan sedang menyusun penyangkut baju yang sudah menimbun dan bersepah di bawah kaunter. Selagi penyangkut baju yang terkumpul itu tidak diambil semula oleh staf yang bertugas di bahagian yang melibatkan pakaian atau mereka sendiri yang pergi kumpul dan simpan dalam stor, semakin padatlah kaunter itu dengan penyangkut baju.

"Kalau ikutkan hati memang nak buat. Tapi tu motor Ojie. Lagipun bukan rosak teruk. Orang yang nak langgar aku tu dah tolong bayar baiki motor dengan bil klinik sekali."

"Nasib baiklah orang tu nak tolong bayarkan. Kalau tak, mana kau nak cekau duit masa belum gaji lagi ni? Kau ni, bawa motor tu hati-hatilah sikit. Kau tu selalu bawa motor macam langsuir."

"Kali ni bukan salah aku. Salah orang tu tau." Sufi mempertahankan diri.

"Bukan ke mak ayah kau tak bagi kau bawa motor?"

"Sekarang dia orang bagi bawa motor tapi dia orang dah bagi warning. Kalau accident lagi, dia orang haramkan aku terus daripada bawa motor."

"Habis tu balik ni nanti macam mana? Nak balik dengan tangan berbalut tu?"

Anak Tuan RumahWhere stories live. Discover now