ANNOY12

15 6 0
                                    

Sungjin datang melawat adiknya seperti kebiasaannya.

"Hai Yeonmi" ucap abangnya sambil tersenyum.

"Hai abang. Abang tak kerja ke hari ni ?"

"Adik abang lagi penting dari kerja" balas Sungjin.

"Saya boleh jaga diri kat sini" kata Yeonmi.

"Cakaplah apa nak cakap pun, abang tetap akan pastikan Yeonmi sentiasa dalam keadaan yang baik"

"Kalau takde abang pun saya takde apa"

Air muka Sungjin mula berubah.

"Takde apa Yeonmi cakap ? Ingat lagi tak masa Yeonmi kena tipu dengan syarikat palsu dulu ? Lepas tu kejadian Yeonmi pindah rumah baru. Sekarang Yeonmi ada kat hospital pulak. Abang dah kata tinggal je dengan abang" nada suara Sungjin mula meninggi.

"Kenapa abang tak percayakan saya ? Kenapa abang takut sangat nak lepaskan saya hidup cara saya sendiri ?"

"Sebab ... sebab abang taknak hilang adik-beradik lagi"

Yeonmi tidak membalas.

"Abang cuma nak Yeonmi sentiasa ada kat depan mata abang. Abang takut kehilangan satu-satunya ahli keluarga yang abang ada sekarang. Cukuplah dulu kita terpisah dengan omma dengan abang kita dulu" sambung Sungjin.

"Abang taknak cari ke ?"

"Abang dah cuba, Yeonmi. Tapi ... gagal. Abang dah tak tahu nak cari kat mana lagi"

Yeonmi melepaskan keluhan.

"Abang rasa ... apa lah yang omma dengan abang Seunghyun buat sekarang ..." kata Yeonmi.

"Abang pun tertanya. Diorang taknak kita ke ?"

Yeonmi memeluk abangnya.

"Mungkin ... dia pun tengah cari kita jugak tapi tak jumpa" kata Yeonmi.

Dari luar pintu bilik rawatan Yeonmi, ada seseorang memerhati mereka kemudian beredar.

***

Selesai sesi perbicaraan, Younghyun dan Jaehyung makan bersama. Selepas mendapatkan makanan mereka dan duduk di meja, Younghyun terus menyuapkan makanannya tanpa berbual dengan Jaehyung.

"Hm sejak takde Yeonmi sunyi je pejabat kita, kan ?" Kata Jaehyung. Younghyun masih tidak bersuara.

"Habis kerja nanti kita lawat Yeonmi nak ? Aku rindu nak dengar dia membebel tak berhenti" kata Jaehyung lagi.

"Kau pergi sorang lah. Aku ada hal lain nak buat" balas Younghyun tanpa memandang Jaehyung kerana sibuk makan makanannya.

"Hal lain ? Hal apa ?"

"Ada lah"

Jaehyung merenung tajam Younghyun.

"Setahu aku lah, kau punya 'hal' tu selalunya makan atau tidur" kata Jaehyung.

"Jadi kenapa ?" Barulah Younghyun memandang Jaehyung.

"Tapi macam ada yang tak kena ...."

"Dah lah Jaehyung"

Jaehyung hanya menjongketkan bahunya dan mula makan makanannya.

"Hah Jaehyung aku nak tanya ni" kata Younghyun.

"Apa"

"Kalau kita nak cari ahli keluarga yang terpisah tapi tak jumpa nama diorang dalam senarai nama penduduk ni agaknya kenapa ?"

Jaehyung mula berfikir.

"Kalau pendapat aku lah ... sama ada orang tu dah tak menetap kat negara ni atau orang tu dah tukar identiti dia. Kau biasa kan tengok orang tukar nama dan identiti untuk keselamatan sendiri" kata Jaehyung.

BETAPA ANNOYINGNYA ENGKAU !Where stories live. Discover now