ANNOY2

51 10 0
                                    

Yeonmi melangkah masuk ke dalam pejabat Younghyun untuk melapor diri.

"Kau lambat seminit" tak sempat Yeonmi berkata apa-apa, Younghyun sudah memintasnya.

"Seminit tu sebab saya tengah dalam perjalanan ke sini ... tu pun saya sesat kejap tadi" balas Yeonmi perlahan.

"Sebab tu lah kau kena datang awal, so kau ada masa nak cari pejabat aku ni"

Yeonmi tidak membalas.

"Sebagai denda, aku nak kau tulis 'Kang Younghyun handsome' 1000 kali dan aku nak kau siapkan sebelum waktu makan tengahari" arah Younghyun tanpa memandang ke arah Yeonmi kerana sibuk menyiapkan kertas kerjanya yang bertimbun di atas meja.

"Awak ingat saya ni budak sekolah ke nak buat denda macam tu ?" Balas Yeonmi.

"Kenapa ? Tak boleh ? Taknak buat takpe, aku pun taknak tolong kau dalam penghasilan novel kau nanti"

Yeonmi mendengus lalu mencari kertas untuk dia menulis denda seperti yang diarahkan oleh Younghyun.

Beberapa minit selepas itu, ada seseorang masuk ke pejabat itu.

"EH MEMBER DAH SIHAT" kata Younghyun dengan bersemangat dan menyambut kehadiran lelaki itu. Kemudian lelaki tinggi lampai itu terpandang ke arah Yeonmi.

"Wah kau sepanjang aku takde ni dah pandai kau bawak peneman ye ?" Katanya kepada Younghyun.

"Eh dia baru masuk sini hari ni"

Lelaki tinggi lampai itu mendekati Yeonmi yang masih menulis dendanya lalu mengambil kertas itu untuk dibaca. Kemudian dia menoleh ke arah Younghyun sambil menggelengkan kepala. Yeonmi hanya terpaku di tempatnya.

"Kau ni kan ... dari sekolah tak berubah perangai membuli kau kan ?" Katanya kepada Younghyun.

"Apa ? Salah ke ? By the way ... aku bukan buli. Aku denda dia sebab lewat lapor diri kat aku"

Pemuda itu tidak menumpukan perhatian kepada Younghyun dan menoleh ke arah Yeonmi semula.

"Nama saya Park Jaehyung. Awak boleh panggil saya Jae. Saya hakim meja kiri, Younghyun hakim meja kanan. Nama awak siapa dan apa awak buat kat sini ?" Jae memperkenalkan dirinya.

Yeonmi menghulurkan tangannya untuk bersalaman dan Jae menyambutnya.

"Nama saya Park Yeonmi. Saya penulis novel dan saya kat sini sebab nak belajar mengenai dunia penghakiman kat sini. Younghyun dipilih untuk memberikan tunjuk ajar kepada saya semua pasal undang-undang dan mahkmah kepada saya" kata Yeonmi.

Jae menganggukkan kepalanya.

"Okay Yeonmi, sekarang ni awak tak payah buat denda mengarut si gemuk ni. Apa-apa je pasal dunia mahkamah ni, awak boleh tanya saya kalau awak nak"

Younghyun menjegilkan matanya apabila Jae memanggilnya "si gemuk" sebentar tadi.

"Kau nampak kurus sebab kau tinggi tau Jae. By the way aku bukan gemuk. Aku sado je" kata Younghyun dengan penuh bangga.

"Hmph sado konon. Masa bila pergi gym ntah. Aku tahu tempat kau kedai makan, mahkamah dengan rumah kau je. Tak pernah dengar aku kau menapak ke gym" kutuk Jae.

"Eh takkan lah aku pergi gym nak kena bagitahu kau" balas Younghyun.

"Dah lah Younghyun, aku malas nak layan kau. Sambung kerja kau tu" Jae terus meluru ke meja kerjanya dan memulakan kerjanya.

"Hah kau. Teruskan tulis denda kau tu. Dengar cakap aku, bukan Jae" kata Younghyun kepada Yeonmi.

"Eh engkau ni sudah-sudahlah tu. Biarkan dia. Jangan buli dia. Patutlah aku rasa nak balik kerja secepat mungkin. Rupanya sebab ni" kata Jae.

BETAPA ANNOYINGNYA ENGKAU !Where stories live. Discover now