ANNOY3

41 7 1
                                    

Yeonmi melintasi ruang tamu yang sudah gelap memandangkan abangnya sudah nyenyak tidur berselimut di atas sofa.

Sungjin memilih untuk tidur di luar memandangkan adiknya tinggal bersamanya buat sementara waktu. Bukan rumahnya tiada bilik lain tetapi bilik itu sudah dipenuhi dengan barang usang Sungjin setelah Yeonmi masih berkeras untuk tinggal bersendirian.

Yeonmi meluru ke biliknya dan duduk berhadapan dengan cermin tempat abangnya bercakap seorang diri sebelum keluar.

Tiba-tiba dia teringat riak wajah risau Younghyun selepas dia diselamatkan oleh Jae dan Younghyun siang tadi.

Walaupun baru dua hari mereka berkenalan, Yeonmi hanya nampak Younghyun yang tidak lekang dengan sengih nakal berserta muka berlagaknya.

Yeonmi tersenyum sendiri.

"Lepas ni boleh aku jadikan bahan untuk kenakan dia balik" kata Yeonmi di hadapan cermin.

***

Jaehyung dan Younghyun masing-masing sibuk menyiapkan kerja mereka di meja kerja tanpa bersuara.

Dalam kesunyian kerana sibuk menyiapkan kerja, pintu pejabat mereka tiba-tiba terbuka. Terperanjat Jaehyung dan Younghyun di tempat masing-masing.

"Hai !"

"Eh engkau ni tak reti ketuk pintu dulu ke sebelum masuk ?" Marah Younghyun kepada Yeonmi yang masih berada di muka pintu.

"Dia ketuk tapi kita tak dengar kot ?" Jaehyung menyebelahi Yeonmi.

"Ish kau belahkan lah dia ni. Nanti dia pijak kepala kau baru kau tahu" Younghyun memarahi Jaehyung pula.

"Masuklah Yeonmi" Jaehyung tidak mempedulikan kata-kata Younghyun.

"WOAHHH NOT SO FASTTT. Yeonmi. Kau kena buat denda atas sebab tak ketuk pintu sebelum masuk. Aku arahkan kau untuk menyapa semua para hakim dan peguam yang ada kat tingkat ni" kata Younghyun.

Jaehyung menepuk dahi sendiri mendengar arahan Younghyun.

"Kau ni ... alahai ... sudah-sudahlah tu" kata Jaehyung.

"Oh ya. Saya datang ni bukan sebab nak kerja ke apa. Kan saya cakap semalam saya tak dapat datang sini sebab ada urusan lain" Yeonmi mencelah.

"Habis tu buat apa kau datang sini ?" Soal Younghyun.

"Sebab saya nak ucapkan terima kasih kat awak dengan Jae pasal semalam" kata Yeonmi.

"Oh. Sama-sama" balas Younghyun.

"Takde apa lah Yeonmi. Awak bernasib baik je sebab awak tertinggalkan buku nota awak tu. Kalau awak takde tertinggal buku tu mesti kami tak tahu apa jadi kat awak" balas Jaehyung pula.

"Oh ya lagi satu. Abang saya jemput awak berdua datang makan malam kat rumah dia nanti" kata Yeonmi bersungguh-sungguh.

"Eh takpe lah. Kami bukan buat apa sangat pun" Younghyun cuba menolak.

"Apa kau ni ? Abang dia mesti berharap kita datang makan malam sama-sama. Okay Yeonmi. Kami akan datang malam ni" kata Jaehyung.

"Tapi-"

"Okayyy jumpa malam nanti" Yeonmi beredar meninggalkan pejabat.

"Oi !"

"Apa kau ni ?" Marah Jaehyung.

"Kalau kau nak pergi, kau pergi sorang" marah Younghyun kembali.

"Kau malu kan sebenarnya ?" Usik Jaehyung.

"Ke-kenapa pulak aku nak malu ?"

"Saje je ahhahaha yang kau gelabah kenapa ? Datang je lah Younghyun. Aku pergi jugak, buat apa kau nak segan. Aku jemput, jangan risau" Jaehyung masih memujuk Younghyun.

BETAPA ANNOYINGNYA ENGKAU !Where stories live. Discover now