ANNOY14

25 3 0
                                    

Yeonmi akhirnya keluar dari hospital. Oleh kerana dia bosan berada di rumah, dia tetap mahu datang ke mahkamah.

Dowoon yang ketika itu sedang menyiram pokok bunganya terserempak dengan Yeonmi yang berjalan seorang diri memandangkan keretanya rosak akibat kemalangan tempoh hari.

"OI !" Dowoon berlari mendapatkan Yeonmi meninggalkan hos air paipnya.

Langkah Yeonmi terhenti apabila Dowoon berada di hadapannya.

"Uh ? Dowoon ? Kenapa ni ?"

"Yeonmi nak ke mana ?" Soal Dowoon semula.

"Saya nak pergi mahkamah lah" Yeonmi hendak meneruskan perjalannya tetapi dihalang oleh Dowoon lagi.

"Pergi naik apa ?" Soal Dowoon lagi.

"Bas ?"

Dowoon menepuk dahinya sendiri.

"Kan Yeonmi baru keluar dari hospital. Sepatutnya Yeonmi berehat kat rumah sampai tangan Yeonmi betul-betul sembuh" kata Dowoon.

"Saya bukannya buat kerja berat pun. Lagi pun saya bosan duduk kat rumah tak buat apa-apa" balas Yeonmi.

"Aishhh dah jom" Dowoon menarik Yeonmi bersamanya ke rumahnya.

***

Dowoon menolak Yeonmi supaya duduk.

"Awak kata awak bosan duduk kat rumah. Duduk kat rumah saya mesti tak bosan. Tunggu sini kejap" Dowoon meninggalkan Yeonmi seorang diri di ruang tamu.

Dowoon kembali bersama koleksi permainan videonya.

"Pilihlah nak main yang mana" kata Dowoon.

"Wahhhh banyaknya" Yeonmi membelek setiap permainan yang ada.

"Dulu saya dengan Abang Jaehyung selalu main sama-sama. Tapi sejak masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri, semua ni tersimpan macam tu. Takkan saya nak main sorang-sorang je ?" Kata Dowoon.

"Jaehyung pun main ? Nanti boleh lah kita main sama-sama !" Balas Yeonmi dengan teruja.

"Pilihlah nak main yang mana. Saya handal main semuanya. Abang Jaehyung pun kalah. I broke him mental !" Kembang kempis hidung Dowoon berkata sedemikian.

***

"Younghyun ! Hakim Kang !"

Younghyun memandang ke arah si pemilik suara. Wonpil mendekati Younghyun.

"Ada apa ?" soal Younghyun.

"Nak tanya je. Yeonmi mana ? Dah lama tak nampak dia. Selalu mesti ada dengan korang pergi mana-mana"

"Dia cuti" balas Younghyun pendek.

"Kenapa ?"

"Aku suruh"

Wonpil mencebik. Younghyun hanya menahan tawanya.

Jaehyung mendekati mereka.

"Dia kemalangan, Wonpil" kata Jaehyung.

"Kemalangan ??? Bila ???" Wonpil mulai cemas.

"Dua minggu lepas. Jangan risau lah. Dia dah keluar dari hospital dah pun. Tapi aku suruh dia duduk rumah sampai dia betul-betul dah sihat" balas Younghyun.

"Nanti nak alamat rumah Yeonmi. Saya nak melawat dia" pinta Wonpil.

"Kau kena bagitahu semua orang 'Hakim Kang Younghyun merupakan hakim paling kacak dalam mahkamah' dulu baru aku bagi kau alamat rumah Yeonmi" kata Younghyun sambil tersenyum bangga,

BETAPA ANNOYINGNYA ENGKAU !Where stories live. Discover now