ANNOY11

14 4 0
                                    

Keesokkan harinya, Younghyun datang melawat Yeonmi seorang diri. Kelihatan tiada kelibat Sungjin. Kemungkinan Sungjin akan datang melawat kemudian.

Pintu ditolak. Kelihatan Yeonmi berada di atas katil sambil merenung ke luar tingkap. Younghyun berdehem.

Yeonmi memandang ke arah Younghyun yang masih berada di pintu. Yeonmi hanya tersenyum.

"Awak datang sorang je ke ?" Soal Yeonmi.

"Err ... haah aku datang sorang je ..." Younghyun teragak-agak untuk menghampiri katil tempat Yeonmi terlantar.

"Semalam abang saya ada sakitkan hati awak lagi ke ?" Soal Yeonmi.

"Eh takde takde. Kalau ada pun, aku kisah apa. Err ... kau macam mana sekarang ? Sakit lagi ke ?" Perlahan-lahan Younghyun mendekati sebuah kerusi di sebelah katil Yeonmi.

"Saya okay je. Tapi tangan saya tak boleh bergerak"

"Nanti elok lah tu. Oh ya. Lepas kau dah keluar nanti, kau nak cuti lama mana pun takpe. Kau dah betul-betul sihat nanti baru kau datang" kata Younghyun.

"Tapi-"

"Aku taknak lah paksa kau buat denda tulis 'saya janji saya akan dengar cakap Younghyun' seribu kali nanti tak memasal tangan kau tak elok sampai bila-bila" Younghyun memintas kata-kata Yeonmi. Yeonmi terdiam.

"Semalam ... kawan kau yang brutal tu ... dia cerita banyak benda kat aku" entah kenapa Younghyun bercakap mengenai itu kepada Yeonmi.

"Dia cerita pasal apa ?"

"Macam-macam lah. Pasal abang kau ... pasal kau ... pasal ... teman lelaki kau ..." Younghyun mula merasa janggal.

"Oh ..." mata Yeonmi mulai kabur kerana air mata dan cuba menahan dari terus mengalir.

"Macam mana kau boleh kemalangan ? Kan aku dah cakap kalau ada apa-apa kau bagitahu aku je. Ya aku tahu lah aku ni menjengkelkan tapi jangan sebab tu kau taknak mintak tolong dengan aku langsung" bebel Younghyun.

Tiba-tiba Yeonmi mula menangis dengan lebih kuat.

"Janganlah marah saya" kata Yeonmi dalam esakannya sambil mengesat air matanya.

"Aku bukan marah kau. Alamak ... sorry kalau aku kasar dengan kau. Jangan nangis" pujuk Younghyun.

"Tak, Younghyun. Saya bukan nangis sebab awak"

"Habis tu kenapa ?"

"Saya kemalangan sebab ... saya sengaja"

Kata-kata Yeonmi menyebabkan Younghyun bangun dari kerusinya.

"Kau gila ke ??? Ramai orang yang berdoa supaya dipanjangkan umur, tapi kau pulak membahayakan diri kau ???" Nada suara Younghyun meninggi sedikit.

"Awak tak faham ! Awak takkan faham ..."

"Ya memang aku tak faham, Yeonmi ..."

"Saya tahu Eunbyul mesti ada cerita yang dia tak suka dengan Shinwon"

Riak wajah Younghyun berubah.

"Shinwon ? Siapa Shinwon ?"

"Teman lelaki saya"

"Shinwon nama dia rupanya"

Yeonmi mengesat air matanya.

"Cuba bagitahu aku. Apa yang mamat nama Shinwon tu buat kat kau sampai kau sengaja membahayakan diri kau ?" Younghyun duduk semula di kerusinya tadi.

"Shinwon ... saya tak tahu lah Eunbyul ada bagitahu awak ke tak, tapi ... Shinwon tu panas baran"

"Yang tu Eunbyul ada bagitahu aku"

BETAPA ANNOYINGNYA ENGKAU !Where stories live. Discover now