ANNOY9

13 4 0
                                    

"Abang. Abang rasa Yeonmi tu dah ada orang yang punya ke belum ?" Soal Dowoon sebaik sahaja dia menyuapkan makanan ke mulutnya.

"Kenapa kau tanya macam tu ?" Soal Jaehyung semula.

"Takde lah bila saya fikir balik ... hari-hari dia panggil saya datang rumah dia makan sama-sama. Saya takut je kalau saya tak tahu yang dia ada boyfriend, tak ke nanti tiba-tiba boyfriend dia datang mengejut pastu jadi salah faham. Macam dalam drama kat TV tu"

Jaehyung tertawa kecil melihat Dowoon yang serius berkata-kata.

"Maknanya takde lah tu kalau dia selamba badak je ajak kau datang rumah makan dengan dia. Lagi pun aku tak pernah tengok dia main telefon macam pasangan bercinta di luar sana" balas Jaehyung.

"Takkanlah ! Yeonmi tu dah lah baik, cantik. Takkan takde siapa suka kat dia atau dia suka sesiapa ?"

"Tak sekarang ni yang kau beriya sangat ni kenapa ? Kau suka Yeonmi ke ?"

"Eh ?" Dowoon berpura-pura ketawa.

"Tapi kalau ada peluang apa salahnya" kata Dowoon lagi.

"Amboi ??? Wah masa sekolah dulu bukan main lagi kau jual mahal habis semua kau tolak"

"Tu lainnnn. Saya nak fokus belajar dan taknak ada komitmen lain. Sekarang dah lain. Saya dah dapat apa yang saya nak"

Jaehyung hanya merenung Dowoon.

"Takde lah, bang. Saya tipu je. Saya belum bersedia lagi nak bercinta" kata Dowoon lagi.

"Kau ni"

Dowoon ketawa melihat reaksi Jaehyung yang serius mendengar.

"Abang macam mana pulak ?" Soal Dowoon.

"Aku ?"

Dowoon menganggukkan kepalanya.

Jaehyung memikirkan mengenai Yeonmi.

"Yeonmi tu ... bagi aku ..."

Wajah Dowoon mula bersinar.

"Macam kau cakap lah ... dia baik ... cantik ..."

"Eh mana boleh tiru ayat saya bang" kata Dowoon.

"Habis tu nak aku cakap apa ????"

"Yang lain lah. Sepanjang abang kenal dia, abang rasa macam mana dengan dia"

"Ish. Dah lah" Jaehyung menyedut minumannya.

***

Dowoon meletakkan bungkusan sampah ke dalam tong sampah besar di hadapan rumahnya. Ketika dia hendak berjalan ke rumahnya semula, kedengaran bunyi motorsikal sedang meluru ke tempatnya. Motorsikal tersebut berhenti di depan rumah Dowoon. Apabila helmet dibuka, barulah Dowoon mengenali penunggang motorsikal tersebut.

"Err ... hai Eunbyul ... awak yakin ke awak tak salah rumah ... lagi ?" Tegur Dowoon.

Eunbyul turun dari motorsikalnya.

"Aku memang nak cari kau pun sebenarnya" kata Eunbyul.

"Ke-kenapa ? Saya ada buat salah ke ??? Saya tak apa-apakan Yeonmi !"

"Ish ! Bukan tu lah !"

Dowoon kembali tenang.

"Kau tahu tak Yeonmi kat mana sekarang ?" soal Eunbyul.

"Oh ... sejujurnya ... saya ... dah lama tak nampak Yeonmi. Saya rasa dia busy lah kot" jawab Dowoon.

"Busy apanya ? Dia tu penulis novel je. Sekarang ni aku call dia tak jawab, aku katalk dia pun dia tak baca apatah lagi reply"

Dowoon kembali cemas.

"Apa maksud awak ?"

Eunbyul mengeluh. "Sekarang ni kau ikut aku" dia memberikan satu lagi topi keledar kepada Dowoon.

"EH EH EH AKU TAKNAK !" Dowoon menolak.

"Apahal ?"

"Kenapa aku nak ikut kau pulak ? Dan aku tak pernah naik motor !" Kata Dowoon.

"Kau takut sebenarnya kan ?" Teka Eunbyul.

"Hah ?"

"Kita takde masa dah. Jom !"

"HAH YE AKU TAKUT. AKU TAKNAK"

"KAU TAKUT, KAU PELUK JE LAH AKU DAH JOM IKUT"

BETAPA ANNOYINGNYA ENGKAU !Where stories live. Discover now