EDITED VERSIONSpecial thanks to Dazzling Wattpaders. I love you to infinity and beyond!
Her mind is full of wonder.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|Iris hazel lembut itu merenung lama ke arah seraut wajah yang sedang tenang menikmati hidangan makanan tengah hari. Tangannya kaku tidak bergerak menyentuh sudu. Kerusi di sebelah wanita itu kosong tidak berpenghuni sejak seminggu lalu mendatangkan rasa curiga dalam dirinya. Sekali sekala dahi wanita itu berkerunyut memandang anak gadisnya.
"Thalia? Kenapa tak makan?"
Soalan yang diajukan oleh ibundanya langsung tidak dibalas. Malahan matanya merenung lama kerusi kosong di sebelah wanita itu. Meskipun sudah acap kali ibunya memberitahu bahawa ayah sibuk menguruskan hal pentadbiran di tempat kerja, Thalia tidak percaya. Thalia tetap mahukan ayahnya. Bukannya dia tak tahu sudah berhari-hari dia tak nampak kelibat lelaki itu. Lagipun jika apa-apa yang tak kena antara pasangan itu pasti Sultanah Anisa memilih untuk berbohong kepada Thalia.
"Thalia... Rindu ayah ke?"
Terus iris hazel lembut itu memandang tajam ke arah ibunya. Senyuman ibunya perlahan-lahan pudar lalu bertukar tegang. Thalia sendiri sudah maklum ibunya cepat saja berubah emosi apabila berborak perihal ayah. Ibu akan menjadi seorang yang pemarah, bengis dan sangat mudah melenting. Adakalanya ibu tiba-tiba menengking Thalia hanya kerana Thalia bertanyakan keberadaan ayah. Jika reaksi Thalia sangat menyakitkan hatinya, laju saja dia mengangkat tangan ingin memukul.
"Makan. Kalau tak nak makan, keluar dari sini. Pergi belajar." Suara Sultanah Anisa berubah tegas. Tiada lagi senyuman di bibir merah delima itu. Terus wanita itu meneruskan suapan nasi.
Thalia hanya berdiam diri buat seketika. Akalnya tidak pernah berhenti memikirkan itu dan ini. Keberadaan ayah. Kesukaan ayah. Kasih sayang ayah. Semuanya tidak pernah ibu ceritakan kepada Thalia. Jika Thalia ingin tahu, dia sendiri harus mencari ayahnya untuk mengetahui semua itu. Barangkali ibu terlalu sibuk dan tertekan dengan masalah longgokan penduduk yang miskin. Penduduk miskin yang tinggal di bawah pentadbiran mereka kebanyakannya sering menipu dan sengaja membawa keluar segala sumbangan dari kerajaan ke tempat asal mereka. Mungkin sebab itu adakalanya dia ternampak Sultan Mursyid sendiri mencemar duli melawat penduduknya.
"Hannah Thalia, ibu tengah bercakap dengan kamu!"
Saat ini, ada beberapa pembantu istana di situ turut memandang ke arah mereka berdua. Semua hanya mampu mendiamkan diri. Mungkin mereka sudah terbiasa melihat Sultanah Anisa menengking satu-satunya perwaris cilik Kerajaan Akalil. Meskipun Thalia masih berumur 7 tahun, sudah banyak perkara dia sudah lalui di dalam istana yang gah ini. Namun semua pembantu istana dipaksa untuk menutup mulut supaya perkara itu tidak berlanjutan sehingga menjadi buah mulut orang luar.
"Thalia dah kenyang." Dingin gadis itu bersuara. Matanya sempat mencerlung kea rah Sultanah Anisa sebelum menghentak kuat sudu di atas meja sebelum berlalu dari situ. Baru selangkah dia pergi, dia kembali ke arah mejanya semula. Gelas kaca yang masih berisi air kosong dicapai lalu dicicip perlahan. Sultanah Anisa hanya diam memerhati.
Sesaat kemudian, Thalia berjalan menuju ke arah sisi ibunya. Wajah gadis kecil itu memberi pandangan kosong kepada Sultanah Anisa. Terus terkebelakang melihat gadis itu tiba-tiba saja datang dekat dengannya.
"There's a cockroach on the table."
Sultanah Anisa terus mengalihkan padangannya ke arah meja makan. Matanya tercari-cari kelibat seekor lipas sebelum ribanya terasa basah kuyup. Saat matanya bertaut dengan iris hazel lembut itu sekali lagi, baru dia sedari bahawa Thalia telah memperdayakannya. Air minuman Thalia tadi sudah selamat dicurahkan ke atas riba Sultanah Anisa. Kelibat Thalia sudah berdesup melarikan diri. Dapat dia dengari dekahan suara anak kecil dari luar ruangan meja makan.
YOU ARE READING
Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]
Любовные романыThe Princess Series : Volume 1 [ TERBIT - KARYA PUBLIKA ] Tengku Hannah Thalia. Sebaris nama yang cukup menggeruni rakyat jelata Kerajaan Akalil. Kerajaan Akalil yang sering menjadi buah mulut di serata tempat kerana ia merupakan satu-satunya keraj...