Teaser nyomey nyomey je kita kasi 😆
.
.
.
.
By reading this teaser, I think this is the reason why I really love Ethan more than I love Lucas HAHAHA.
.
."Thalia, what are you talking about?" Wajah Ethan sudah berubah serius. Sungguh dia langsung tak sangka Thalia akan tiba-tiba persoalkan perihal begitu. Masih tak cukupkah usahanya selama ini untuk menyedarkan Thalia bahawa dia hanya menyintai Thalia seorang sahaja?
"Nampak? Kau tak jawab soalan aku. Kau berdalih lagi! Kau langsung tak cintakan aku!" Tuduh Thalia.
Air mata semakin deras mengalir membasahi pipi. Emosinya mula tidak stabil dengan fikiran yang kian bercelaru.
"Hey hey calm down. I do love you, honey. Setiap malam, setiap kali sebelum tidur, setiap kali lepas solat, setiap pagi abang sentiasa ingatkan sayang yang abang cintakan sayang. Apa yang tengah ganggu fikiran sayang ni sekarang?" Wajah Thalia ditarik rapat dengannya. Ibu jari Ethan mengesat perlahan pipi yang dibasahi air mata Thalia. Sayu hatinya melihat Thalia yang kelihatan lemah.
Dia yakin pasti salah seorang daripada Lucas atau Danzen sudah memaklumkan perihal ini kepada Thalia sebelum Ethan sendiri memberitahu Thalia.
"Tapi kau asyik bergurau sampai tak ingat dunia..." Adu Thalia perlahan.
"Abang tak nak Thalia sedih sebab tu abang selalu bergurau dengan Thalia. Nabi pun sentiasa bergurau dengan isterinya. I just want you to be happy." Wajah cantik isterinya ditatap lembut.
Setelah bertahun-tahun lamanya dia hanya mampu mendengar kisah dongeng nenek tentang penderitaan Thalia, dia tidak mahu perasaan sedih membelenggu Thalia seorang diri lagi. Dia sendiri tak tahan melihat Thalia bersedih lagi.
Apabila Thalia menangis dan bersedih pasti hatinya membuak-buak rasa hendak memujuk dan mendakap tubuh kecil ini untuk mengusir perasaan itu.
Namun dia sedar, semuanya takkan berkekalan. Dia takkan mampu mengubah hukum alam dengan terus menetap di zaman Thalia.
"Am I allowed to hug you?" Thalia terkedip-kedip memandang ke arah Ethan.
"Of course. Because I would never resist it." Ethan tersenyum sebelum tangannya kembali melingkari tubuh kecil itu, menyalurkan semangat buat sang isteri untuk terus berjuang dalam beberapa minit saja lagi.
Geram dengan tubuh Thalia yang kecil dan muat-muat dalam dakapannya, Ethan terus menggoyangkan tubuh mereka ke kiri dan ke kanan. Thalia yang berada di dalam dakapannya sudah terjerit-jerit ingin dilepaskan. Ethan hanya tertawa besar dan tangannya semakin erat memeluk.
Terasa seperti Thalia benar-benar ditakdirkan untuk dia miliki.
.
.
.
.
So awak nak Lucas ke Ethan? Sebab saya dilema sudah hahahha.Nak lagi teaser atau nak tunggu buku terus?
YOU ARE READING
Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]
RomantikThe Princess Series : Volume 1 [ TERBIT - KARYA PUBLIKA ] Tengku Hannah Thalia. Sebaris nama yang cukup menggeruni rakyat jelata Kerajaan Akalil. Kerajaan Akalil yang sering menjadi buah mulut di serata tempat kerana ia merupakan satu-satunya keraj...