The Runaway Princess dah sangat-sangat dekat dengan tarikh preorder wuu. Hahaha. Berkat doa kalian, tak lama lagi korang otw dapat peluk Ethan dan Thalia 😆
.
.
.
."Apa yang kau nakkan sebenarnya? Bagitahu aku! Aku bagi segalanya apa yang kau nak asalkan kau tak sebarkan semua tu!" Sultan Habil merenung tajam ke arah Thalia.
Tak hairanlah mengapa semua sijil lahir dan alat perakam suara yang disimpannya di bilik kebal di bawah tanahnya hilang. Ternyata semua barang bukti itu sudah selamat di dalam genggaman Thalia. Bahkan dihafal satu per satu hanya untuk mengugutnya.
"Lawan pedang dengan aku di arena di depan khalayak orang ramai. Kalau aku menang, pastikan Akalil jatuh ke tangan aku." Senyuman Thalia hilang dan matanya merenung tajam ke arah Sultan Habil bagai hendak tembus.
"Kalau aku yang menang?" Sultan Habil tersenyum senget. Teruja dengan taruhan yang Thalia berikan.
Tidak menjadi masalah baginya untuk berlawan pedang dengan anak Sultan Mursyid, lelaki yang lama dia sudah berdendam.
"Kalau kau menang, Akalil akan jatuh di tangan kau buat selama-lamanya. Dan aku, akan pergi jauh dari sini. Segala bukti kejahatan kau akan dihapuskan. Deal?" Kening Thalia terjongket. Bibirnya menyungging senyuman yakin.
"Deal."
.
.
.Next update kita up sekali dengan pemenang CONTEST okay? Hihi.
YOU ARE READING
Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]
RomansaThe Princess Series : Volume 1 [ TERBIT - KARYA PUBLIKA ] Tengku Hannah Thalia. Sebaris nama yang cukup menggeruni rakyat jelata Kerajaan Akalil. Kerajaan Akalil yang sering menjadi buah mulut di serata tempat kerana ia merupakan satu-satunya keraj...