Bab 3 : Invitation Card

2.3K 304 70
                                        

Bab 3

Usai pintu kereta dibuka oleh pembantu istana, Thalia merupakan orang pertama yang keluar dari kereta serba mewah itu. Mereka berlima pantas merapati Sultan Habil dan Sultanah Anisa. Saat Thalia melintasi Sultan Habil, tangannya terus dipegang oleh lelaki itu. Terkebelakang terus tubuh genit itu.

"Kau masih berhutang dengan aku, Thalia." Sempat Thalia mengerling ke arah Sultan Habil yang tersenyum sinis.

"Jangan risau. Aku akan langsaikan cepat-cepat." Thalia mengusap lembut tangan yang memegang lengannya sebelum berlalu dan menyaingi langkah adik-beradiknya yang lain.

"Ayah cakap apa tadi?" Soal Hanis apabila Thalia kini berada di sebelahnya.

"Dia kata dia tak sabar nak balik rumah." Jawab Thalia selamba. Hanis berkerut mendengarnya.

"Kenapa pula? Kita kan baru je sampai."

"Dia kata tandas sini tak best. Tandas kat rumah lagi best. Luas. Soundproof pula tu." Thalia tertawa sendiri dengan jawapannya. Dia terus berjalan laju melintasi Hanis dan yang lain.

Saat mereka sekeluarga tiba di pintu gerbang bersalut emas itu, mereka dibentangkan karpet merah yang panjang sehingga ke bahagian meja tengah dewan.

" The Great Sultan Habil of Akalil is here!"

Terus lelaki itu berdiri megah di depan mereka semua. Thalia pula sudah menayang wajah meluat melihat betapa angkuhnya lelaki itu. Mereka mengorak langkah merapati meja paling depan berdekatan dengan pentas. Thalia pula terus menyelinap ke tempat lain sebelum antara mereka menyedari ketiadaannya.

Dia sungguh rimas dengan gaun putih yang meleret ini. Tangannya memegang erat kain itu daripada terus meleret menyapu lantai. Mengalahkan gaun orang bersanding! Kakinya dihayun ke arah tandas awam. Apabila dia tiba di depan cermin di sinki, dia terus mengangkat bucu kain gaun itu.

Sudah sedikit kehitaman! Gaun ini benar-benar menyusahkan dia. Kainnya terus diukur sehingga paras buku lali. Laju saja tangannya mengoyak kain gaun bahagian yang meleret itu. Kebanyakan gaun yang dijahit oleh tukang jahit istana, dia akan koyak bahagian meleret. Ini juga salah satu punca kenapa Sultanah Anisa sering memarahinya.

"Thalia, what have you done?" Suara Hanis bergema di ruangan itu.

Terus Thalia mendongak lalu tersengih. Tangannya menyudahkan kerja sebelum baki kain dibuang ke dalam tong sampah. Ditepuk beberapa kali tapak tangannya tanda berpuas hati.

"Much better, sister." Thalia senyum puas melihat hasil seni kerjanya. Nasib baik kainnya tidak rosak apabila dikoyak. Malah ia kelihatan lebih cantik berbanding sebelum ini.

" Gaun cantik macam tu pun Thalia koyak." Hanis tertawa sendiri. Kepalanya menggeleng melihat keletah Thalia yang tidak ubah seperti anak bongsu dalam keluarga mereka.

"It sucks okay. Tak lawa pun. Mom should hire someone better." Thalia terus melangkah keluar dari bilik air. Hanis pula hanya menyusul dari belakang.

Mereka terus menuju ke meja paling hadapan dan kelibat Tengku Haqeem sudahpun berada di atas pentas sambil memberikan ucapan kata-kata aluan. Flash dari lensa kamera mula melata sana sini apabila Tengku Haqeem sudah mendekati kek hari ulang tahunnya yang bertingkat itu.

"Allah selamatkan kamu..."

"Allah selamatkan kamu..."

"Allah selamatkan Tengku Haqeem Qidran... Allah selamatkan kamu..."

Seisi dewan menjadi riuh tatkala Haqeem memotong kek itu dengan cermat. Sementara Thalia pula hanya duduk dengan kaki bersilang dan memandang kosong ke arah Haqeem. Hari ini Haqeem sudah genap 28 tahun. Bermakna dia sudah perlu mencari seseorang untuk dikahwini tidak lama lagi. Kalau dia tidak bertindak, ibu bapa mereka sendiri akan bertindak.

Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang