Disebabkan awak semua nak teaser sweet sweet, kita pun kasi yang sweet sweet ajolah 🤣
Ah tak sweet pun. Asal Ethan dengan Thalia sudah 😂
.
.
."Bila tengok sayang pakai jubah macam ni, abang teringat kat seorang nenek yang pernah jumpa abang di belakang arena Istana Lothenial. Dia orang pertama yang bagitahu abang tentang loket kita tu." Ethan kata bersahaja sambil menyapu lembut bedak talkum pada wajah Thalia. Namun apabila menyedari dia sudah terlebih menggunakan bedak, habis wajah Thalia jadi putih semacam. Terus berdekah Ethan ketawa. Thalia yang berkerut, terus memandang ke arah cermin semula.
"Ish Ethan! Kau ni membazir bedak betullah!" Botol bedak talkum dirampas lalu ditutup. Wajah yang sudah putih melepak ditepuk berulang kali bagi menghilangkan debu bedak lebihan. Ethan di sebelahnya masih tertawa melihat wajah Thalia dari arah sisi. Terus tak jadi dia nak bercerita tentang nenek yang berjumpa dengannya di arena di Lothenial.
"Kau nak lawan sangat kan? Ambil ni! Padan muka! Ahahahah!" Bedak tadi dibuka lalu isinya dilemparkan ke wajah Ethan. Terus terdiam lelaki itu. Baru saja dia ingin merampas semula botol bedak itu, Thalia terlebih dahulu berlari ke arah katil. Botol bedak dibawa ke belakang dan dia sudah terjelir lidah ke arah Ethan. Jelas satu tompok bedak sudah menghiasa tengah-tengah wajah kacak itu.
"Sayang nak main huh? Abang pun ada senjatalah!" Ethan pantas menggapai bantal di katilnya. Thalia pula sudah berundur setapak demi setapak. Habislah dia lepas ni. Penat-penat bersiap untuk bermain kuda, sekarang nak berperang bantal pula dengan Ethan.
"Okay, aku guna bantal juga. Baru adil..." Tak sempat Thalia menghabiskan kata, Ethan terlebih dahulu menghempuk kepalanya dengan bantal. Terus tawa mereka terdiam. Melihat mata Thalia yang sudah mencerlung tajam ke arah Ethan, membuatkan lelaki itu tersengih. Langsung tak rasa takut lagi.
"Kau nak lawan...Okay jangan menyesal!" Thalia terus berlari ke arah Ethan sebelum jeritan mereka berdua pecah bersatu.
.
.
.
.
.
.
Dah Tak lama dah kot nak terbit hahaha. Doakan ye semoga perjalanan mereka dipermudahkan 🤣
YOU ARE READING
Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]
RomanceThe Princess Series : Volume 1 [ TERBIT - KARYA PUBLIKA ] Tengku Hannah Thalia. Sebaris nama yang cukup menggeruni rakyat jelata Kerajaan Akalil. Kerajaan Akalil yang sering menjadi buah mulut di serata tempat kerana ia merupakan satu-satunya keraj...