Teaser - Saya Nak Peluk Bini Tapi Bini Tak Nak Peluk Saya

1K 82 25
                                    

Alang-alang duk tunggu turn gosok baju, bolehlah baca jap 😆
.
.
.

"Sayang..." Lembut saja Ethan memanggil.

"Hmm," Thalia menyahut walaupun mata sudah terpejam rapat. Tinggal masa ingin tidur saja.

"I have fun today. Danzen ajar abang berlawan guna longsword. Panjang gila pedang tu. Rasa macam tengah feeling dalam anime Sword Art Online," Ethan tersengih sendiri.

Setiap kali dia menghayun mata pedang waktu latihan dia seringkali terbayang dia memegang watak sebagai hero dan Thalia pula memegang watak sebagai heroin. Ethan pula akan memainkan peranan untuk melindungi Thalia dari segala kejahatan. Wah, drama betul!

"The heck is that..." Thalia seolah-olah meracau sendiri sebelum dengkuran halus kedengaran.

Ethan mengalihkan tangannya sebelum baring mengiring menghadap Thalia yang sudah lena diulit mimpi. Apalah agaknya aktiviti sehari hari Thalia tanpa dia di sisi? Kenapa Thalia kelihatan terlalu letih berbanding sebelum ini? Kadang-kadang Ethan terlebih dahulu yang berada di dalam bilik pada waktu malam berbanding Thalia. Adakalanya juga Ethan terpaksa tidur sendirian sambil menunggu kehadiran Thalia. Esoknya, apabila dia tersedar Thalia sudah tiada dan bersiap tanpa menunggunya. Hanya waktu malam begini sajalah dia dapat luangkan masa dengan Thalia sebaiknya.

"Bilalah kita nak rapatkan katil ni. Dah dua minggu lebih abang tunggu sayang. Rindulah nak peluk isteri sendiri." Ethan menggumam sendiri sebelum tubuhnya berbaring menelentang semula.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, hanya sekali saja mereka tidur bersama. Selebihnya, Thalia dan Ethan akan bertikam lidah sebelum mereka tidur. Tak cukup dengan itu, adakalanya mereka berlawan bantal. Banyak kali jugalah pembantu istana terpaksa tukar bantal mereka yang sudah rabak digunakan untuk berperang sesama sendiri.

Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]Where stories live. Discover now