Bab 1 : Crown Prince Of Genevia

3.6K 370 93
                                    

Bab 1

Bunyi desingan bilah pedang berlaga dengan bilah pedang pihak lawan bergema di segenap ruang itu. Mereka berdua dikelilingi oleh ramai pahlawan yang sedang asyik melihat pertarungan anak gadis Sultanah Anisa dengan salah seorang putera yang pernah datang melamarnya. Sesiapa sahaja yang datang hanya untuk merisik Tengku Hannah Thalia, mereka seharusnya bertarung di gelanggang ini demi menentukan kelayakan sebagai pendamping puteri tunggal itu. Sesiapa yang gagal menewaskan Thalia akan terus mendapat malu kerana kalah dengan kudrat seorang wanita.

Keringat deras mengalir di segenap wajah mulus itu. Tangannya laju saja menghayun sebilah pedang itu melawan dan terus melawan pihak musuhnya. Bibirnya tersenyum sinis apabila melihat wajah Putera Qaiser mula kelihatan penat dan lelah. Bajunya juga sudah bermandikan peluh. Thalia sangat yakin dengan apa yang dia lihat saat ini. Sengaja dia melengahkan masa mereka berdua dalam pertarungan pedang ini. Jika stamina lelaki ini tidak mampu menandinginya, memang dia akan terus menolak risikan serta-merta.

Dalam sekelip mata saja pedang milik Putera Qaiser sudah tercampak ke udara sekali gus menarik perhatian para penonton. Semua mata tertancap pada pedang yang terbang tinggi ke udara sebelum jatuh tepat dalam genggaman puteri tunggal itu dan dihunus tepat pada halkum Putera Qaiser. Sangat dekat sehinggakan lelaki itu tidak mampu bergerak walau seinci. Terbuntang mata Putera Qaiser yang melihat mata pedang kian hampir dengan halkumnya. Matanya terus memandang ke arah Thalia yang sudah tersenyum sinis.

Semua yang berada di bangunan itu terdiam dan terus menyepi. Terkejut dengan melihat ketangkasan Thalia yang tiada tandingannya. Sesiapa sahaja yang berlawan dengan Thalia, pasti pengakhirannya sama saja dengan nasib Putera Qaiser. Bahkan mereka juga akan mendapat malu. Konon yakin dapat menewaskan Thalia hanya dengan sekali sentakan pedang namun hakikatnya mereka yang tewas.

"Shame on you, Crown Prince of Genevia. You lose." Bibir itu tersenyum senget sebelum mencacakkan kedua-dua pedang pada lantai kayu. Tangannya pantas menanggalkan veil hitam pada wajah. Rambutnya yang disanggul turut terusik sedikit. Parut kecil yang tercalit di tepi bibirnya jelas kelihatan. Sempat dia mengerling seisi ruang arena itu sebelum berlalu dari situ.

Pandangan semua orang masih tidak berganjak dari melihat pemergian Thalia. Pandangan maut iris hazel lembut itulah yang membuatkan penduduk Kerajaan Akalil memberi gelarannya iaitu Puteri Hazel. Puteri yang digeruni dan sentiasa dihormati kerana sifat tegas dan panas barannya.

Seusai dia melangkah keluar dari kawasan itu, bunyi derapan tapak kasut seseorang dari belakangnya membuatkan Thalia menggulingkan mata. Setiap kali dia habis bertarung dengan mana-mana putera, pasti homosapiens ini akan mengekornya dari belakang.

"Kau nak apa lagi, Adrian?"

Thalia berhenti melangkah sebelum berpeluk tubuh dan memalingkan tubuhnya ke belakang. Satu susuk tubuh yang tinggi lampai di depannya membuatkan Thalia terpaksa mendongak. Putera ketiga yang sering digilai ramai penduduk mereka kerana ketampanannya. Iris hitam dan sedikit besar itu berjaya membuatkan ramai anak gadis di luar sana jatuh cinta. Layanannya kepada penduduk tidak ubah seperti lelaki budiman.

Abang-abang tirinya juga sering menjadi sebutan para anak gadis namun disebabkan mereka lebih tegas berbanding Adrian, mereka hanya mampu melihat putera-putera itu dari jauh.

Biarpun sudah ramai anak gadis di luar sana menawarkan diri untuk menjadi permaisuri hatinya, dia hanya tertarik untuk mendekati Thalia yang sentiasa berjual mahal dengannya.

"You're so rude, Thalia. Awak cabar dia di luar kemampuan dia. Why don't you accept the proposal?" Adrian berpeluk tubuh sambil matanya dipincilkan ke arah Thalia. Persis seorang abang sedang memarahi adiknya. Sebenarnya setiap kali Thalia menewaskan mana-mana putera, soalan ini juga yang diutarakan.

Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]Where stories live. Discover now