Teaser - You Wanna Kiss Me?

881 83 21
                                    

Kiss kiss kiss hugs hugs hugs udah udah 😙
.
.
.
.

"Sayang penat?" Ethan bertanya lembut. Mata Thalia kelihatan layu saja walaupun bibirnya tersenyum. Tangan Ethan mengusap lembut pipi Thalia.

"Sikit. Tapi tak apa. Malam ni nak sambung baca buku." Thalia menggapai semula tangan Ethan di pipinya lalu diusap lembut. Dalam keadaan yang masih mengantuk begini pun dia masih berusaha untuk menatap wajah Ethan.

"Sini. Abang kasi pinjam riba setengah jam. Lepas tu sayang nak baca buku sampai pengsan pun abang tak kisah," Ethan menepuk-nepuk pehanya, menyuruh Thalia berbaring di situ.

Thalia dengan rela hati menjadikan peha Ethan sebagai alas kepalanya. Angin malam menerobos masuk melalui pintu gelangsar bilik mereka membuatkan tubuh Thalia mengerekot memeluk telekung sendiri. Wajah Thalia setia menghadap suaminya.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Terlukis kerutan di dahi Thalia apabila menyedari Ethan sejak tadi memandangnya dengan sebuah pandangan yang sukar ditafsir. Saat ini Thalia baru tahu Ethan memiliki bulu mata yang panjang dan agak lentik.

Namun beberapa ketika, baru Thalia perasan bahawa sepasang iris biru laut itu sedang merenung lama ke arah ulas bibirnya.

Bibir Thalia menyungging senyuman nakal.

"You wanna kiss me?" Soalan yang tak terduga dari Thalia membuatkan wajah Ethan memerah. Terus anak matanya melarikan pandangan ke tempat lain. Telinganya sudah kelihatan kemerah-merahan menahan diri apabila Thalia sudah menayang wajah menggoda.

Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]Where stories live. Discover now