Hari ini, Isnin. Aku bangun awal macam biasa, 6.30 pagi. Aku bersiap2 dengan baju kurung putih dan kain biru. Tudung? Entahlah. Solat pun aku tidak. Aku tak mahu hipokrit.Aku teliti diri aku depan cermin. Rambut aku, aku taruk minyak rambut Baby Johnson ungu. Biar nampak kemas sikit. Kemudian aku sikat rambut pendek aku. Buruk aku tengok potongan rambut ini. Aku rasa mahu ke kedai gunting rambut lepas balik sekolah. Kulit aku pula, putih pucat macam hantu.
Aku tak sarapan pagi itu. Tak ada selera langsung sejak kematian umi. Dulu, aku hanya cilok sekeping dua roti Gardenia dan makan sambil jalan kaki ke sekolah. Aku sengaja keluar lambat dari bilik sebab tak nak sarapan bersama mereka.
''Iman! Cepat sikit! Nanti lambat pulak!'' laung ayah aku dari luar. Aku sudah lama siap. Saja aku mahu bermalas2 atas katil. Aku keluar dari bilik, turun tangga dan sarung kasut buruk. Buruk tapi bersih.
Aku duduk di seat belakang memandangkan Ana duduk di depan. Senangnya hidup. Kemana2 pun tak letih. Hanya tekan pedal minyak, terus sampai destinasi. Aku perlu guna kudrat kaki untuk ke semua tempat. Sebab itu aku tak banyak keluar rumah selain sekolah dan kerja.
Tak sampai 20 minit, aku dan Ana dah sampai sekolah. Aku keluar dari kereta, tak bersalam dengan ayah. Tak ingin aku sentuh tangan busuk tu.
''Have a nice day'' ucap ayah sebelum Viosnya laju meluncur pergi. Ya. Memang aku akan ada 'nice day' hari ni sebab aku tak payah hadap muka kau dengan bini kau.
Ana masuk dalam kawasan sekolah tanpa pedulikan aku. Aku ditinggalnya terkontang kanting di pintu pagar. Bodoh. Sekurang2nya, maklumkan pada aku di mana pejabat sekolah. Terpaksa aku tanya pengawal sekolah tepi pagar. Dia beritahu aku laluan untuk ke pejabat. Aku berterima kasih padanya.
Aku kemudian mengatur langkah ke pejabat sekolah. Ayah aku sudah daftarkan aku di sekolah ini jadi aku hanya perlu laporkan diri sahaja. Tiba2, keluar seorang pelajar lelaki yang segak berkemeja kuning cair dan ves hitam dari bilik pengumuman. Bilik pengumuman. Itu yang tertera di pintu bilik itu.
Perempuan di kaunter itu menyuruh lelaki itu bawa aku ke kelas 4 S 3. Aku hanya mengekorinya dari belakang.
''Nama awak sape?'' tanya lelaki itu sambil tersenyum mesra. Entah kenapa aku benci tengok muka dia. ''Tak penting pun'' balas aku.
''Tak penting pun? Uniknya nama awak''
Arghh! Benci! Aku hanya memandangnya tajam. Jelingan maut aku dibalas dengan lawak bodohnya ''Jangan tengok saya macam tu. Nanti fan saya semua marah sebab saya ni famous kat sini''
Ada aku kesah?! Benci mamat perasan depan ni!!
Aku sampai di kelas aku. Bingit macam tengah berperang. Lelaki tadi memperkenalkan aku di depan kelas sebagai pelajar baru. Kemudian dia tambah ''Nama dia Tak Penting Pun''
Geramnya aku! Aku kacip gigi kuat2. Muka kekal serius.
''Mana boleh tak penting. Bagitau laa. Nanti nak panggil apa?'' kata salah seorang budak lelaki dalam kelas tu. Ni yang aku tak suka. Aku tak suka jadi perhatian orang.
''Kenapa nak panggil nama kalau boleh panggil sayang'' seloroh budak lelaki lain. Bodoh! Aku benci jadi bahan pickup line orang. Satu kelas ketawa. Tak lawaklah bodoh! Tak lawak!
''Malu dah dia. Dah2! Awak pegi laa duduk meja kosong sana'' arah lelaki yang bawa aku ke kelas ni. Atau kandang beruk ni. Aku berjalan ke belakang kelas menuju ke satu2nya meja kosong yang ada dalam kelas tu. Tapi, masakan aku nak duduk tepi lelaki? 3 meja dirapatkan. 2 penghuninya lelaki. Takkan aku nak duduk sebelah dia?
Aku tarik meja supaya jaraknya jauh sikit. Mungkin dalam setengah meter. Kemudian aku duduk. Majoriti pelajar dalam kelas tu melihat aku. Aku buat bodoh saja.
''Halal gap guys! Halal gap!'' kuat suara lelaki yang duduk di sebelah aku. Aku sempat jelingnya tajam. Aku ternampak nametagnya. Danial. Budak2 kelas tu ketawa lagi. Tiba2, cikgu masuk kelas. Terus mati gelak mereka dan pembelajaran pagi itu mula.
* * *
Sekarang waktu rehat. Aku masih lagi tak bercakap dengan mana2 budak kelas itu. Aku malas nak makan. Aku rasa mahu melepak tempat yang tiada orang lalu. Aku ingat nak lepak tandas, tapi mesti tandas penuh sebab ni time rehat. Aku hanya letak kepala atas meja dan tidur berbantalkan lengan.
Tiba2, aku terasa ada orang sentuh bahu aku. Aku bangun perlahan. Aku lihat ada seorang pelajar perempuan ada di sisi aku. Dia kemudian menarik kerusi Danial dan duduk sebelah aku.
''Awak nama sape?'' tanya perempuan itu. Ringan saja mulut aku menjawab ''Iman''
''Ohhh...saya duduk hujung sana'' katanya sambil tuding jari ke arah pintu. Aku hanya mengangguk2. Aku hanya perhati Syafiah. Itu yang tertulis di nametagnya. Semua orang tak tahu nama aku sebab aku tak pakai nametag.
Kembali kepada Syafiah. Aku tengok cara pemakaiannya agak seksi walaupun dia berbaju kurung sekolah dan bertudung. Baju sekolahnya agak ketat dan tudungnya juga singkat. Aku tertanya2 kenapa dia pakai tudung kalau tak tutup dada besar dia tu? Dan kebanyakan pelajar perempuan di sekolah ni pakai macam tu. Sekurang2nya mereka pakai. Aku? Harammm... Satu benang pun tak ada di kepala.
''Awak skolah mana dulu?'' tanya Syafiah lagi. ''Kat Syah Alam''
''Ohhh... Result awak macam mana? Result periksa tengah tahun'' tanyanya lagi. Banyak tanya laa pulak perempuan ni.
''8 A je'' jawab aku. Wajahnya agak terkejut tapi dikawal. Kenapa? Aku tahu laa aku ni tak pandai sebab tu laa aku boleh masuk kelas sains paling last dalam sekolah ni.
''Tadi yang bawak awak masuk sini tu ketua pelajar. Form 5. Nama dia Shah Redza'' terang Syafiah.
Err...aku tak tanya pun bro.
''Aku tak nak tau pun'' kata aku. ''Tapi saya nak awak tau yang dia tu saya punya. Jangan macam2 tau budak baru'' kata Syafiah beri amaran. Dia bangun, senyum pada aku dan berlalu pergi ke tempat duduknya. Dari tadi kau tanya aku itu ini hanya sebab nak bagi amaran jangan dekat dengan mamat tu? Tak perlu susah2 Syafiah. Aku pun tak nak.
* * *
Aku tak tahu ayah nak datang ambil aku pukul berapa. Jadi, lepas tamat pembelajaran, aku terus tunggu di pintu pagar sekolah. Aku rasa lapar gila! Batang hidung Ana pun aku tak nampak lagi.
''Bye Iman!'' ucap beberapa orang rakan sekelas aku yang lalu di pintu pagar. Aku hanya angguk. Mungkin semua budak kelas aku dah tahu nama aku.
Perut aku berbunyi kuat. Aku takut kalau aku keluar beli makanan, ayah aku datang pulak. Jadi aku terpaksa berlapar.
Tak lama kemudian, Ana datang bersama kawan2nya.
''Bye Efi. See yoo tomorrow'' ucap salah seorang kawan Ana. Dua orang kawannya itu keluar dari pagar sekolah meninggalkan Ana. Ana duduk di atas bangku panjang sebelah aku.
''Efi? Heheh'' aku gelak sinis. Masakan tidak. Dari Alfi jadi Efi. Gedik benar bunyi. ''Diam ah kau'' balas 'Efi'. Hahahah.
''Ayah call aku tadi. Dia cakap dia ambik pukul 5'' kata Ana. Aku tilik jam tangan G-Shock hitam RM15. Baru pukul 3. Bolehlah aku pergi makan. Duit RM10 yang ayah aku bagi pagi tadi tak terusik lagi. Banyak betul.
''Aku nak pegi makan'' kata aku seraya bangun dari duduk dan galas beg Body Glove warna hitam. Lepas makan, boleh aku pergi potong rambut.
''Aku ikut'' kata Ana. Aku tak jawab apa2. Nak ikut, ikut lah. Suka hati kau.
Usai makan bihun celup di gerai tepi jalan, Ana bawa aku pergi salun. Aku hanya suruh tukang gunting rambut kemaskan potongon rambut. Ana juga minta potong rambutnya. Baru aku sedar yang rambutnya hampir paras pinggang jika dilepaskan.
Aku ingin buat bayaran tapi Ana dah bayar semua. Aku kata pada Ana ''Aku boleh bayar sendiri''
Dan Ana balas ''Kau miskin. Tak payah''. Pelik.
Aku tak terasa langsung dengan kata2 Ana. Dia sentiasa bermuka serius macam aku. Aku hairan, setakat ini, Ana sorang saja yang aku tak makan hati dengan hinaannya.
YOU ARE READING
Gelap
Mystery / ThrillerIni bukan kisah cinta. Flat Wawasan tingkat 1 rumah lama Iman. Saat jejak kaki keluar dari situ, hidupnya berputar 270°. Iman - Ridhuan sama2 simpan ego. Iman - Ardel sama2 musuh belakang Ridhuan. Iman - Ana sama2 anak pungut. Cuma Iman anak kan...