Malam itu, aku sental badan aku. Sampai merah. Jijik dengan sentuhan syaitan itu. Kemudian, aku dan Ana tidur sebilik. Ana suruh aku temannya tidur. Katanya, tak boleh nak lelapkan mata. Esoknya, Ana tak ke sekolah.Baju aku dan gaun Ana semalam aku sudah bungkus dalam plastik dan sorok dalam almari. Aku arahkan Ana untuk bakar baju itu. Biar hilang semua bukti.
* * *
Waktu rehat tiba. Aku baru langkah kaki ke luar kelas, tiba2 dihalang seseorang.
''Kau meh sini'' kata Syafiah. Dia tarik tangan aku. Aku hanya ikut. Dia tarik aku ke tandas perempuan yang rosak itu.
Sampai sahaja di lokasi itu, Syafiah terus menampar aku. Aku menjegilkan mata. Belum sempat aku berkata apa2, dia sudah mula dulu.
''Kau ni memang bawak malang betul! Sebab kau lah Shah curang dengan aku!'' jerit Syafiah.
''Apa pulak aku? Aku tak buat apa2 laa'' kata aku pertahankan diri. Bukan aku penyebab mereka putus hubungan.
''Aku tau. Sejak dari awal lagi kau cuba rapat dengan Shah. Aku tau, kau dah pernah 'buat' dengan dia kan?! Perempuan tak guna!'' tempik Syafiah. Tangannya diangkat lagi. Aku pegang tangannya.
''Kau nak buat apa perempuan pendek? Berani pukul aku?'' kata aku seolah2 mengugut. Wajah aku semacam orang jahat.
Syafiah cuba untuk melepaskan tangannya. Aku genggam tangannya lebih kuat dan pulas.
Syafiah sudah menangis. Dia merayu2 minta dilepaskan.
''Kau jangan kacau aku. Kau tak tau apa aku boleh buat'' ugut aku. Aku melepaskan tangannya dan tersenyum sinis. Syafiah berundur perlahan2. Wajahnya penuh ketakutan seolah2 baru berjumpa hantu. Dia kemudiannya berlari pergi.
Nak salahkan aku pula. Berani tuduh aku pernah 'buat' dengan Shah. Cari nahas betul.
* * *
Petang itu aku pulang dengan ayah. Aku masuk ke rumah dan terus ke bilik Ana. Ayah pula akan ke pejabat semula dan pulang malam. Macam biasa.
Agak pelik bila tak ada sesiapa yang bertanya pasal Shah. Keretanya masih ada di ruang parkir pelajar.
Aku buka pintu bilik Ana dan terus tanya tentang baju itu.
''Dah. Aku dah bakar. Dah buang dah pun'' balas Ana. Aku lega.
''Kau tengok ni'' kata Ana sambil menghulurkan Iphone nya pada aku.
Dalam video tersebut, kelihatan Syafiah dan beberapa rakannya yang lain sedang menunggu Syafiah untuk potong kek. Di sebelahnya, terdapat Shah.
Syafiah mula beri ucapan ''Thanks to all of my beloved friends. Yang selalu wish I good luck dan mendoakan I dalam setiap doanya''
Tiba2 aku terfikir, ada kah orang yang mendoakan Syafiah? Jahatnya aku. Ibu bapa dia mestilah mendoakan dia.
''Thanks jugak kepada boyfriend I yang sudi datang malam ni. And thanksssss a lots to him for cheating on me'' kata Syafiah tenang. Dia senyum.
Semua kawan2 Syaf kelihatan terkejut selepas dengar kenyataan Syaf.
''I tau you tipu belakang I, Shah. I dah jadi girlfriend yang setia tapi you tikam blakang I Shah. Kalau bukan sebab kawan I, I rasa sampai mati pun I takkan tau'' sambung Syafiah lagi. Dia masih tersenyum. Shah di sebelah hanya diam tertunduk.
''So, you can take your ass out of here, you jerk'' kata Syafiah tenang. Shah kemudiannya keluar dari rumah itu. Semua rakan Syafiah bersorak.
Kemudian, video tamat.
YOU ARE READING
Gelap
Mystery / ThrillerIni bukan kisah cinta. Flat Wawasan tingkat 1 rumah lama Iman. Saat jejak kaki keluar dari situ, hidupnya berputar 270°. Iman - Ridhuan sama2 simpan ego. Iman - Ardel sama2 musuh belakang Ridhuan. Iman - Ana sama2 anak pungut. Cuma Iman anak kan...