18

52 6 0
                                    


   Aku salin jadual sekolah untuk esok. Ada masa PJ. Aku tak ada baju sukan. Duit simpanan aku dah habis. Buat bayar hutang umi dengan along cina nama Tony. Ada bagusnya jugak aku pindah sini. Hutang tak habis bayar lagi. Aku harap Tony tak cari aku sampai Puchong sini. Bunga makin bertambah. Umi aku pinjam 10 ribu saja tapi bunga naik RM500 setiap bulan. Gila apa Tony. Aku budak sekolah nak bayar macam mana.

Balik pada baju sukan. Aku tak mahu mintak duit dari ayah. Kalau dia bagi tak apa. Aku lagi sanggup pinjam dari sape2 selain dia. Aku terfikir, macam mana aku nak ada duit simpanan kalau tak kerja. Mungkin aku boleh simpan separuh dari duit sekolah yang ayah bagi. 1 hari RM5. Dalam seminggu menyimpan, bolehlah aku beli baju sukan.

Aku tidur malam tu. Tapi macam biasa, aku tak boleh tidur. Macam2 aku buat supaya mata boleh tutup. 50 kali lompat bintang, lari setempat, lompat lagi, lari dan seterusnya. Badan aku terasa letih sangat. Lepas aku buat semua itu, baru aku lelap. Itupun beberapa kali terjaga akibat mimpi umi cantas kepala sendiri. Ngeri.

* * *

   Aku keluar dari bilik lambat lagi. Ayah panggil baru aku keluar. Aku capai roti Gardenia sekeping, gigit sambil pakai kasut dan masuk kereta.

Ayah mula pagi itu dengan cerita.

''Dulu kawan2 ayah cakap ayah gila sebab ayah tak berenti study. Ayah tak kesah apa diorang cakap sebab ayah percaya, kalau ayah ambik pusing dengan apa yang diorang cakap, ayah takkan jadi apa yang ayah jadi hari ni''

Heh. Jadi apa? Seorang yang tak bertanggungjawab? Tinggal anak bini tanpa nafkah. Kenapa mak tak failkan surat ke mahkamah tuntut hak? Hairan aku.

Macam biasa, sampai di sekolah, aku turun tanpa salam dengan ayah. Aku terus menuju kelas. Dalam perjalanan, seseorang bikin aku panas baran saja.

''Kau nak apa?'' aku beranikan diri untuk berkata begitu.

''Saya nak...nak awak boleh?'' balas lelaki itu. Sial. Siapa nama budak yang Syafiah suka tu? Aku sudah lupa. Aku paling benci dengan lelaki mulut manis. Kata2 saja yang manis. Tapi hati macam tahi. Jijik aku.

''Jangan kacau aku. Aku tak kacau kau pun. Boleh blah laa dengan Syafiah ko tu'' kata aku. Sepanjang aku bercakap dengannya, aku tak pandang langsung mukanya. Aku hanya berjalan pantas sambil menunduk. Bukan mahu tunjuk tawaddho'nya aku, tapi aku memang selesa berjalan sebegini.

''Syafiah? Ohhhh.... Syaafff. Nape? Dengki ke aku dengan Syaf?'' soalan kau memang buat hati aku panas saja. Lelaki ni memang tak reti bahasa. Aku terus berhenti berjalan bila dengar soalannya. Aku pandang mukanya serius.

''Kau dengar sini baik2. Aku tak kesah langsung hal kau dengan Syaf tu. Kau boleh pegi mampus dengan dia. Aku tak nak kau kacau aku lagi'' kata aku tegas. Lagak seperti samseng yang bagi amaran pada musuh yang lalu kawasannya. Bagi aku, lelaki ni pun sama. Aku dah gariskan had tapi dia melebih2.

Aku berlalu pergi meninggalkan dia yang agak terkejut dengan kata2 aku. Aku baru gertak sikit. Pondan. Aku terus menuju ke tempat duduk aku bila tiba di kelas pada tingkat paling atas. Aku perhati semua budak kelas aku pakai baju sukan warna ungu gelap. Sakit mata aku tengok yang perempuan. Baju ketat nak mampus. Setahu aku, budak2 SMK Sri Cemerlang ni semua kaya2. Tak mampu beli baju bersaiz besar sikit ke?

Danial menyapa aku. ''Weh. Pegilaa beli baju sukan kat kiosk. RM40 je. Cikgu Mairah tu garang tau. Harini dia nak buat pemilihan bola baling''

RM40 JE kau kata? Mahalnya! Aku tak ada duit nak beli hari ni. Kesah pulak aku Cikgu Mairah tu nak buat pemilihan ke apa. Aku pun tak ingin dipilih.

Lepas bacaan doa pagi, semua budak kelas aku turun ke padang. Aku malas tapi terpaksa turun sekali. Aku hanya ikut mereka. Mereka menuju ke arah seorang guru wanita. Gila body! Solid molid lagi walau muka ada kedut sikit. Dengan baju sukan dan seluar track ketatnya. Yang paling menonjol, bonjolan depan belakang. Aku yang perempuan ni pun malu tengok. Kalau ustaz2 tengok pun, mahu tercabut kopiahnya.

GelapWhere stories live. Discover now