Aku ada terbaca satu artikel di perpustakaan sekolah. Tentang penyakit2 mental. Dan penyakit mental yang menarik perhatian aku adalah bipolar disorder-penyakit yang moodnya tak menentu.Aku rasa umi aku ada bipolar disorder. Ada hari2 umi sangat ceria bersama ayah. Umi mampu gelak dengan ayah di meja makan sambil nikmati makan malam. Ada hari2 umi kemurungan. Dia selalu saja berkurung dalam bilik. Ayah akan berada di muka pintu sambil memujuk umi. Ada hari2 umi naik berang dengan ayah. Dia akan pukul ayah sekuat hati.
Tapi apa yang membuatkan aku hairan, ibu hanya berkelakuan sebegitu hanya bila ayah masih ada bersama kami. Bila ayah pergi, ibu tidak lagi berperangai sebegitu rupa kecuali kemurungan. Dia hanya akan terperap dalam bilik setelah selesai makan malam dan keluar dari bilik apabila dia hendak ke kerja. Dia jarang bercakap dengan aku.
Ayah jadikan keadaan ibu sebagai alasan untuk dia pergi. Aku sedih. Aku selalu terdengar ibu merintih dalam bilik. ''Mana kau? Kau janji untuk jaga aku walau macam mana pun keadaan aku...Kau janji untuk jaga aku, sayang aku sampai akhir nafas kau.. Tapi kau pergi.. Kau pergi Ridhuan..''
Hati aku bagai kaca yang terhempas. Hingga sekarang, aku masih tak mampu cantum balik kepingan2 itu. Aku yang naif ini tak tahu bagaimana hendak cari ayah aku.
Aku jadi benci pada lelaki. Lelaki yang bermulut manis. Hanya reti tabur janji.
* * *
Sudah seminggu berlalu sejak malam harijadi pengetua. Barulah kedengaran peminat2 Shah bertanya tentang halnya. Guru2 juga sama. Mereka tertanya2 di manakah Shah. Hanya keretanya sahaja yang ada.
Ibu bapa Shah ada menelefon pengetua. Aku dengar dari rakan2 sekelas aku. Kata budak itu lagi, ibu bapa Shah terus membuat laporan polis tentang ketiadaan Shah selepas pengetua beritahu yang dia sangka Shah sakit. Ibu bapa Shah telah mencarinya di rumah sewa tapi malangnya tiada.
Ana memberitahu aku tentang kerisauannya jika kami tertangkap. Aku memujuknya supaya bertenang. Tak ada sesiapa yang akan tahu.
Keesokannya, polis datang ke sekolah kami. Mereka menggeledah kereta Shah. Mereka juga menyoal siasat Syafiah.
Aku dapat lihat dari tingkap kelas yang polis sedang mengambil keterangan dari Syafiah di tepi kereta Shah. Syafiah kelihatan takut. Dia hampir2 menangis. Lama selepas itu, Syafiah masuk ke kelas. Mukanya kelihatan sembap. Dia masuk bersama seorang polis lelaki. Polis itu menuju kearah aku.
''Saya Inspektor Hazmi. Boleh saya ambil keterangan dari adik Iman?'' kata polis yang kelihatan agak muda. Badannya tampak gagah dek uniformnya yang membalut tubuh. Semua budak kelas aku memandang kearah aku. Aku hanya mengangguk tanda setuju dengan permintaan Inspektor Hazmi.
Aku hanya mengekorinya dari belakang. Dia menuju ke kantin.
''Kita cakap kat sini la dik'' kata Inspektor Hazmi. Dia memesan secawan kopi dari mak cik kantin. Dia pelawa aku untuk memesan air juga tapi aku tolak.
''Iman, saya nak tanya. Iman dah berapa lama sekolah kat sini?'' tanya Inspektor Hazmi.
Aku nak tanya dia balik sebenarnya. Adakah soalan itu penting? Tak perlulah dia nak berbasa-basi dengan aku.
''Dalam...3 ke 4 bulan'' jawab aku ragu2. Aku pun dah lupa.
Dia mengangguk. Kemudian dia bertanya lagi. ''Macam mana Iman boleh kenal Shah?''
''Dia yang bawa saya masuk kelas masa first day saya datang sekolah ni. Lepas tu dia ada tegur2 saya. Macam tu je lah kitorang kenal''
''Lately ni, Iman tau tak Shah ada contact dengan sape2. Atau stress sebab apa? Ada orang ganggu dia ke''
YOU ARE READING
Gelap
Mystery / ThrillerIni bukan kisah cinta. Flat Wawasan tingkat 1 rumah lama Iman. Saat jejak kaki keluar dari situ, hidupnya berputar 270°. Iman - Ridhuan sama2 simpan ego. Iman - Ardel sama2 musuh belakang Ridhuan. Iman - Ana sama2 anak pungut. Cuma Iman anak kan...