''Aku pelik. Macam mana Syaf boleh mati sebab depressed? Dia ada ramai kot kaki bodek. Family kaya. Takkan nak bunuh diri?'' aku buka bicara.Aku dan Ana kini berada di KFC setelah 5 hari bersekolah. Sejak kebelakangan ini, aku banyak luangkan masa dengan Ana.
''Kita tak tau hati dia macam mana. Yang kau sibuk pehal? Biarlah dia'' balas Ana sebelum sedut air Seven Up.
''Aku tanya je pun''
Aku tertanya2 sebab kematian Syaf. Aku bukan jenis yang rajin jaga tepi kain orang. Tapi...entahlah. Tiba2 rasa nak tahu.
''Malam Syaf mati, kau pergi mana?'' tanya Ana tiba2.
Aku diam lama. Otak ligat memutarkan kembali kejadian malam itu.
''Nape tanya? Aku...pergi kedai rasanya'' balas aku. Malam itu aku ke kedai runcit untuk tambah stok makanan ringan seingat aku.
Ana beri pandangan tak percaya. Kemudian dia suap kentang goteng. Adakah Ana...tak percaya sama aku? Tak boleh jadi ni.
* * *
Hari Isnin adalah hari yang aku paling tak suka. Sebab hari itu merupakan hari bermulanya sekolah. Semakin lama, semakin aku malas hadap bangunan sekolah itu. Atau mungkin aku cepat bosan sebab aku tak ada kawan.
Terdapat cecair jernih yang likat diatas kerusi plastik aku. Aku cuba hidu cecair itu. Gam gajah.
Dia mahu aku duduk atas kerusi ini? Lepas aku duduk lama, gam itu pasti akan kering. Jadi, dia nak suruh baju sekolah aku rabak? Macam tu? Kecil betul otak si pelaku.
Aku sudah tahu siapa punya kerja. Tidak lain tidak bukan Sanna si sotong darat tu. Tak habis2 kacau aku. Bukannya pertama kali. Pernah aku jumpa tikus mati bawah laci meja, tiba2 kepala aku kena simbah air bila aku tidur masa rehat, tersadung ketika aku nak berjalan ke bahgian hadapan kelas dan banyak lagi prank bodoh lelaki itu.
Tak habis2 gelar aku 'mulut puaka'. Kalau apa yang aku cakap betul, tak bermakna aku bermulut puaka. Engkau yang tak boleh menerima sebenarnya.
Aku ambil kain pengelap tingkap dan lap kerusi aku. Sanna yang baru masuk kelas kelihatan agak tidak puas hati. Mungkin sebab dia kalah kali ini.
Come on la weh. Ini je ke yang kau boleh buat?
Budak kelas aku pun bukannya berguna sangat. Langsung tak menolong. Aku ingat lagi masa aku kena simbah air. Sampai hati mereka gelakkan aku. Aku perasan ada yang jatuh kasihan melihat aku. Mereka pun tolong. Tolong tengok.
Aku terfikir. Kalaulah aku boleh lenyapkan Sanna.
Tapi bagaimana?
* * *
''Heh. Kau lagi. Nak apa?'' kata aku sebaik sahaja ternampak Ivia sedang enak duduk atas katil aku. Aku yang baru sahaja selesai mandi, menyangkut tuala di belakang pintu. Kemudian, aku buka tingkap bilik. Sejak akhir2 ini, aku semakin gemar membiarkan tingkap bilik aku terbuka tika malam berkunjung tiba.
Ivia hanya diam.
''Hey budak. Kau ni...mati lemas ke?'' tanya aku.
''Kenapa tanya lagi? Sepatutnya kau dah tahu'' balasnya.
Rambut Ivia sentiasa kelihatan basah dan warna kulitnya agak kebiru2an.
''Kau ingat kau sape sampai aku boleh kenal kau?''
''Kau...tak terfikir, nak pisahkan Ridhuan dengan Ardel?'' kata Ivia tiba2. Apa kena dengan budak ini? Kecil2 lagi sudah sibuk dengan hal rumah tangga orang.
''Kenapa pulak nak pisahkan diorang?''
''Kau pun tahu. Perempuan itu yang rampas kebahagiaan Ridhuan dan umi kau'' balas Ivia.
''Kebahagiaan ayah dan umi aku? Bila masa diorang bahagia? Malaslah aku nak ambil kesah pasal ayah dengan Ardel. Lantaklah diorang. Tengok ayah sengsara dengan perangai taik Ardel pun dah cukup buat aku terhibur''
''Kau dah belajar terima hakikat ke sekarang?'' tanya Ivia. Atau...dia tengah sindir aku.
''Entah. Tapi yang pasti aku malas nak serabutkan otak aku dengan hal diorang. Jadi, adakah aku dah terima hakikat kalau macam tu?'' soal aku semula setelah menjawab soalannya.
''Cuba kau fikir balik apa yang ayah kau dah buat dekat kau dengan umi kau. Kau tak rasa marah?''
''Memang laa aku marah'' aku terhenti seketika. Saat aku ingin sambung kata2 aku, Ivia sudah memotong.
''Kau tak rasa nak buat apa2 ke?''
''Kau nak aku buat apa? Sakit hati? Lepastu, bunuh diorang? Macam tu?'' soal aku balik. Pertanyaan Ivia buat darah aku menggelegak.
''Bunuh sape?''
Aku terus menoleh kearah pintu bilik aku yang dibuka seseorang. Ana rupanya.
''Kau cakap dengan sape? Kau masuk pementasan eh?'' tanya Ana seraya menutup pintu bilik dan duduk di samping aku.
''Aku? Masuk pementasan? Aku bukan macam perempuan dekat sekolah tu. Nak masuk sebab si pengarah tu? Sape nama?''
''Khai''
''Haaa Khai. Tapi, berlakon cam sampah'' sambung aku.
''Khai berlakon, best apa''
''Dia berlakon memang gempak. Yang aku cakap ni orang lain'
''Kembali kepada soalan aku yang asal. Nape cakap sorang2?'' tanya Ana.
''Tak boleh ke? Aku...bermonolog. Tak belajar ke?'' jawab aku.
''Mesti hidup kau bahagia sekarang'' kata Ana tanpa menjawab soalan aku. Lebih kepada sindiran sebenarnya.
''Kenapa pulak?''
''Ye lah. Shah dah takde. Syaf pun dah takde. Takde orang dah nak kacau kau'' balas Ana.
''Agak betul. Tapi tak laa bahagia sangat. Entah kenapa jiwa kosong''
''Kau patut berterima kasih tau pada aku. Aku dah bukak jalan bahagia untuk kau'' kata Ana lagi.
''Maksud kau?'' aku tak faham apa yang dikata Ana. Dia buka jalan bahagia untuk aku?
''Ye laa... Aku dah settlekan Syaf untuk..'' Ana henti kata. Dia menelan liur. Dia bangun dari katil dan menuju kearah pintu bilik aku.
''Apa kau dah buat Ana?!''
YOU ARE READING
Gelap
Mystery / ThrillerIni bukan kisah cinta. Flat Wawasan tingkat 1 rumah lama Iman. Saat jejak kaki keluar dari situ, hidupnya berputar 270°. Iman - Ridhuan sama2 simpan ego. Iman - Ardel sama2 musuh belakang Ridhuan. Iman - Ana sama2 anak pungut. Cuma Iman anak kan...