Part 17

3.8K 105 3
                                    

Bunyi enjin kereta vellfire memenuhi ruang parking kereta rumah Puan Masturina (Datin) dan Dato' Nik Airiel Shahmi.

"Siapa pula yang datang? Kawan abang ke?"Puan Masturina bertanya

"Mana lah saya tahu, awak pergilah buka pintu tu. Saya dengar macam enjin kereta Zahir tu. Entah ii Ayra yang datang."

Mendengar jawapan dari suaminya, Puan Masturina terus manyarungkan tudung sarungnya lalu berjalan menuju ke pintu utama rumah dan menguak luas pintu tersebut.

"Umi!!"

"Ayra, kenapa dengan kamu ni?"terkejut dengan kelakuan Ayra yang memeluknta bersama dengan air mata.

"Ayra macam mana kamu datang sini? Shariff mane?" giliran Dato' Airiel bertanya

"Saya suruh Pak Zahir jemput saya kat rumah. Abang Shariff kerja lagi, dia ada meeting lepas kelas tambahan tadi, sebab tu dia balik lambat."tipu Ayra

"Umi tak rasa apa yang kamu cakap ni betul."

"Awak ni pun, kalau ya pun bagilah Ayra berehat dulu. Dia baru sampai kan." Dato' Airiel seperti tahu apa yang berlaku

"Ha yelah. Pergi rehat dulu. Nanti Umi suruh Pak Zahir hantarkan beg kamu dekat bilik."

Ayra hanya menggaguk dengan muka yang comot dengan air mata, hingus pun mungkin ada🤢

🤖🤖🤖🤖🤖🤖🤖🤖🤖🤖🤖🤖🤖

"Assalamualaikum, umi abi"

"Waalaikummussalam. Shariff, masuk lah."

Shariff berjabat tangan dengan bapa mertuanya.

"Abi, Ayra ada datang sini ke?"

"Dia ada kat atas. Macam mana boleh jadi macam ni Shariff?"

"Abi, Shariff minta maaf. Ni semua salah faham je. Shariff nak jumpa Ayra boleh?"

Dato' Airiel mengangguk dan tersenyum kearah Shariff

Shariff memanjat tangga menuju ke bilik Ayra. Tiba2 dia terserempak dengan ibu mertuanya.

"Umi, Shariff minta maaf pasal Ayra. Shariff salah Umi, Shariff minta maaf sangat."

"Tak apa, Umi tahu ni semua salah faham. Takkan bahagia rumah tangga tanpa pergaduhan. Kamu pergi lah pujuk dia slow2. Nanti lembutlah hati dia."nasihat Puan Masturina

Shariff mengangguk dan menyalami tangan ibu mertuanya.
"Terima kasih Umi."

Puan Masturina hanya mengangguk, senyum dan berlalu pergi.
Shariff mendekati pintu bilik Ayra lalu mengetuk perlahan.

"Sayang buka pintu ni sayang. Abang boleh jelaskan. Kita bincang elok2, bukan dengan cara lari macam ni,sayang."

Ayra mendengar suara Shariff di luar biliknya. Perasaan benci menyelubungi dirinya. Tetapi perasaan sedih lebih menguasai diri nya. Ayra menghayunkan kakinya mendekati pintu bilik.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan. Saya tak perlukan awak sekarang. Awak balik je lah."

"Sayang, jangan seksa abang macam ni please. Abang sakit kalau sayang buat abang macam ni. Sayang buka pintu ni sayang."

Ayra dapat mendengar suara Shariff menangis teresak esak. Rasa bersalah mula terasa. Tetapi ego masih tinggi.
Ayra berjalan ke arah katil semula. Dia malas mahu melayan kerenah suaminya. Lama kelamaan dia terlena dalam tangisan

'Ya Allah, kau lembutkan lah hatinya untuk menerima aku semula. Aku benar2 sayangkan dia.' doa Shariff dalam hati

'Allahuakhbar Allahuakhbar'

Sebaik Azan Maghrib berkumandang, Ayra memaksa matanya untuk buka.
Digenyeh berkali kali mata supaya dapat membuka mata dengan mudah dan lebih luas. Dia memandang jam di atas meja sebelah katilnya.7:32 malam.
Dia bangun dan membuka pintu biliknya untuk menuju ke dapur. Dia melihat susuk badan suaminya sedang bersandar di dinding dan dalam keadaan tidur lena. Ayra baru teringat peristiwa tadi. Dia melutut untuk menyamakan ketinggiannya dengan suaminya.

"Abang, saya minta maaf dan saya dah maaf kan abang." Ayra mencium pipi dan dahi Shariff

Dia kembali semula ke dalam biliknya untuk mangambil wudhuk lalu solat maghrib. Sesudah solat, dia melipat telekung dan sejadahnya lalu melangkah ke arah pintu biliknya semula. Dia melutut dan mendekati Shariff lalu dia mencuit hidung suaminya.

Shariff terasa ada sesuatu menyentuh hidungnya. Dia terus membuka mata apabila hidungnya dicuit beberapa kali.
Matanya di buka perlahan lahan dan dia melihat ada seorang perempuan di harapannya. Mata di buka sedikit luas, dia dapat melihat dengan jelas wajah isterinya.

"Awak, bangun. Solat maghrib." Ayra tersenyum paksa

"Sayang" pantas Shariff memeluk erat badan Ayra

Ayra memang ingin badannya dipeluk oleh Shariff tetapi ego menguasai dirinya. Ayra menolak lembut badan Shariff supaya berjauhan dengannya.

"Saya dah siapkan pakaian awak atas katil." Ayra bangun dan turun ke tingkat bawah.

Wajah Shariff yang tadi tersenyum bertukar menjadi sayu semula. Dia bangun dan masuk ke dalam bilik Ayra untuk membersihkan diri lalu solat.

Ayra pergi ke dapur dan membuka peti ais. Setelah beberapa saat meneliti dan tiada apa ii yang menarik, dia menutup semula pintu peti ais.

"Ni tolong kupas bawang."arah Puan Masturina

Ayra duduk dengan tangannya ligat mengupas bawang putih dan merah.

"Mak Siah mana Umi?"

"Mak Siah balik kampung semalam, adik dia sakit." sambil tangan Puan Masturina mengacau tumisannya dalam kuali, dia

"Ooh"

"Ayra, umi nak tanya sikit ni."

"Apa dia?"

"Bile kamu nak berbaik dengan Shariff?"

Ayra berdiam diri selepas dia mendengar pertanyaan Puan Masturina.

"Kenapa diam?"
"Ayra tahu tak bukan senang nak dapat suami macam Shariff tu. Tadi Umi ajak dia minum petang tapi dia jawab dia tak nak, selagi Ayra tak keluar, selagi tu dia tak akan makan minum. Kenapa Ayra tak pernah nak bersyukur dapat suami macam tu? Shariff tu bukan macam lelaki2 lain. Susah nak jumpa orang macam tu sekarang ni."bebel Puan Masturina lembut

"Hati Ayra sakit Umi. Ayra nampak dengan mata kepala Ayra sendiri yang dia dengan perempuan lain. Mana Ayra tak marah, tak jealous."lembut Ayra menjawab

"Ikut kamu lah Ayra. Jangan sampai kamu jadi isteri derhaka sudah."perli Puan Masturina

Ayra memuncungkan bibirnya sambil tangan masih ligat mengupas bawang.

"Kejap lagi pergi panggil Shariff dengan Abi turun makan malam."arah Puan Masturina

"Hmm ok."

Ketukan pintu dari luar membuatkan Dato' Airiel memberhentikan tangannya yang sedang leka menekan papan kekunci.

"Abi, jom makan. Dah siap hidang dah kat bawah."

"Ok. kamu pergi ajak Shariff turun makan sama2."

Ayra mengangguk faham.

To be continue

Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now