Part 30

4.2K 190 40
                                    

"ARGHHH!!!"

Habis semua barang yang berada di atas meja dilempar. Termasuk vase bunga yang tidak bersalah, dilemparnya sehingga pecah.

"Kau tunggu Ayra! Kau takkan hidup bahagia! Ingat Ayra!" Suaranya bergema sehingga ke tingkat bawah.

Keluarganya yang sedang makan tengah hari di tingkat bawah juga terkejut dengan jeritannya yang kuat tadi.

"Kenapa pula dengan anak awak tu?" Tanye Tan Sri Zakir kepada Puan Sri Nazirah merangkap ibu kepada Nadra (Ara)

"Entahlah abang. Balik tadi terus naik bilik, muka masam mencuka." selamba Puan Sri Nazirah menjawab, menandakan dia sudah terbiasa dengan perangai satu2 anak perempuannya.

Tan Sri Zakir hanya mengeluh panjang, tidak tahu bagaimana cara untuk mengubah anaknya itu. Berjumpa dengan counsellor sudah berpuluh kali, berjumpa dengan bomoh......SYIRIK!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hari ni kau memang cantiklah, Ayra. Jealous aku." puji Adriana

"Oh, kau nak cakap yang selama ni aku tak cantik lah? Hah?" Usik Ayra

"Kalau kau tak cantik, takde maknanye Cikgu Shariff tu pilih kau. Kalau kau tak cantik, mestilah die pilih aku yang cantik jelita seperti miss universe ni." bongkak Farisha bertutur diikuti gelak tawa dari empat orang rakannya termasuk Ayra.

"Hmm yelah Farisha Dahiyah." Ayra akhirnya mengalah dengan perangai Farisha

'Knock knock'

"Pengantin perempuan dah siap ke belum? Pengantin lelaki dah tunggu kt dekat bilik sebelah tu." seorang perempuan bertudung memanjangkan kepalanya di celahan pintu bilik hotel Ayra

"Dah siap dah ni. Dalam 3 minit lagi akak keluar ok." jawab Ayra kepada perempuan bertudung tadi

"Alright kak." pintu ditutup semula

"Siape tu Ayra?" tanya Syafiqah

"Adik ipar kesayangan aku."jawab Ayra sambil bangun dari kerusi di meja make up

"Oooh." Empat orang rakannya bersuara serentak

"Korang..."tangan Ayra di depakan

Keempat rakannya bangun dari katil dan memeluk Ayra. Saat itu, jatuhlah butiran jernih dari mata masing2. Mujur Ayra cuma make up simple sahaja, tidaklah tacapannya cair di bawa air mata yang mengalir. Perasaan Ayra sedih bercampur gembira, begitu juga dengan empat orang kawan baiknya.

"Dah2 tak nak nangis2. Hari ni hari bahagia kau, lagipun malam ni kan kau..."ayat Nisa sengaja digantung

"Ishh kau ni kan Nisa."Ayra tergelak sambil menyeka air matanya dengan tisu.

Mereka berlima keluar dari bilik hotel selepas beberapa minit. Terlihat semua orang sudah menunggu kehadirannya di hadapan bilik Ayra, termasuklah pengantin lelaki.

Ayra berdiri di sebelah Shariff yang sedari tadi tidak berhenti tersenyum menampakkan barisan gigi yang lurus teratur.

Kompang dipalu. Mereka mula menuju ke dewan. Muka Ayra  terasa panas dan bertukar menjadi merah seperti tomato masak, blusher yang dipakai tiada guna nya. Mana tidaknya, lebih separuh dari pelajar tingkatan lima hadir. Ada yang membawa keluarga, ade yang datang bersama kekasih hati.

Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now