Part 13

4.5K 141 14
                                    

"Aku terima nikahnya Nik Ayra Zahra binti Nik Airiel Shahmi dengan mas kahwinnya senaskah Al-quran."

"Sah?"
"Sah."

"Alhamdulillah."

Hari yang sangat bermakna buat Ayra dan Shariff. Hari pernikahan mereka yang berlaku 1 bulan sebelum Ayra menduduki SPM.

'Ya Allah, aku dah sah jadi isteri dia. Kau jagalah dia untuk ku jika dia yang terbaik untukku. Kau jaga lah dia jika dia bukan yang terbaik untuk ku.' Ayra berdoa di dalam hati

'Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau jagalah dia untukku kini dan selamanya. Janganlah engkau jauhkan dia dari ku. Dialah kekuatan ku, dia lah semangat ku. Aku sayangkan dia lebih dari aku sayangkan diri ku.' Hati Shariff pula yg terdetik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ayra, awak tu dah jadi isteri Shariff. Jangan melawan cakap suami, jaga suami,layan suami. Yang paling penting jaga makan minum suami, pemakanan suami. Buang perangai bujang awak tu." kata Dato' Nik Airiel Shahmi.

"Okay, Abi. Ayra ingat kata2 Abi."Ayra senyum,mengangguk dan tangannya membuat simbol '👌🏻'

"Shariff, jaga anak Abi ni, isteri kamu ni liar sikit, tak macam perempuan lain. Sekali kamu buat salah, tak merajuk, terus cubit atau tumbuk jeh. Taktahu lah macam mana boleh dapat perangai lelaki si Ayra ni." Abi Ayra memerli Ayra di sebelah Shariff

"Saya akan jaga anak Abi ni selagi saya mampu. Saya janji. Lagipun senang jeh nak handle dia ni."jawab Shariff dengan senyuman penuh makna.

"Ishhh Abi ni! Awak pun sama."Ayra merajuk lalu kakinya melangkah ke arah Uminya dan Ibu mertuanya.

Shariff dan Dato' Nik Airiel Shahmi hanya menggeleng dan tergelak dengan karenah Ayra.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum." Sahriff memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Kakinya terus melangkah ke arah katil bersaiz queen kepunyaan Ayra.

Ayra berpunya-pura tidur supaya Shariff melupakan hasrat untuk.... faham2 lah ye readers ku sayang😅

Ayra membelakangi Shariff. Separuh badannya ditutupi dengan comforter putih. Walaupun aircond pada suhu 22 darjah, badannya menggigil seperti berada di kutup utara.

"Kenapa menggigil ni sayang? Takut ke? Wanginya isteri abang malam ni. Macam tak sabar2 je nampak." Shariff berbisik di tepi telinga Ayra dengan senyuman yang sangat nakal

Ayra bergerak ke tepi sedikit kerana dia terasa geli apabila nafas suaminya terkene kulit di leher.

"Sayang....."tangan Shariff memegang bahu Ayra dan menarik sedikit demi sedikit supaya Ayra tidak mebelakangi dia.

Ayra semakin menggigil dan takut. Mukanya semakin memerah dan membahang. Matanya dipejam rapat

"Sayang. Jangan risau, abang takkan buat apa2 kat sayang. Sampai awak lepas SPM and kita dah buat kenduri."jelas Shariff

Apabila Ayra mendengar penjelasan dari Shariff, dia terus membuka mata dan memeluk erat badan Shariff.

"Terima kasih awak sebab faham saya and sorry sebab tak dapat nak bagi apa yang awak nak."Ayra terasa bersalah

"Sama2. Tak apa, sayangkan belum SPM lagi. Kalau lepas SPM nanti....bersiap sedialah." senyuman penuh makna terukir di bibir Shariff.

"Ish awak ni kan!!!"Ayra menjerit kuat

"Aip janganlah jerit kuat sangat. Kalau Umi dengar nanti takut dia fikir abang dera sayang pula." ujar Shariff

"Biarlah Umi dengar. Biar Umi tahu yang menantu dia ni gatal tak boleh bawak bincang." omel Ayra sambil tangannya di silangkan ke dada

"Alololo dia nak merajuklah pula. Apa salahnya nak menggatal dengan isteri sendiri?"Shariff berbisik dan senyuman nakal kembali terukir semula

"Awak!!!!"jerit Ayra lagi

"Sayang janganlah panggil awak, panggil 'abang' lah." suruh Shariff dengan kening yang dijengketkan

"Tak nak lah. Kalau saya terpanggil awak abang kat sekolah macam mana?"soal Ayra

"Tak pelah. Biar diaorg tahu yang kita dah kahwin." Shariff menjawab selamba

Ayra merauk kasar mukanya dan mendengus kuat. Pasrah dengan perangai cikgunya aka suaminya.

"Panggil abang ye sayang."lembut Shariff bertutur

"Ok abang ku sayang."Ayra berkata, dengar ayat pun dah tahu tak ikhlas

"Sayang, ikhlaslah sikit. Suami awak nak dengar."tangan Shariff diletakkan ditepi telinga.

"Ok abang, gudnite, sweet dream, Assalamualaikum."Ayra mambuat suara yang teramat sangat lembut. Lelaki mana yang dengar pun cair

Selepas memberi ucapan kepada suaminya, dia terus berbaring membelakangi Shariff. Tiba2...

"Arghhhh"Shariff menjerit seperti dalam kesakitan

Ayra yang mendengar suara itu terus membuka mata, bangun dari pebaringan dan memandang Shariff. Risau sangat tu.

"Abang kenapa ni? Sakit kat mana?" Ayra bertanya dalam nada risau

"Kat sini."tangannya memegang dada

"Sakit apa?" Tanya Ayra cemas

"Hati abang cair bila sayang cakap tadi." Shariff tersengeh lalu tergelak

"Ish abang ni buat orang risau je tau. Dahlah nak tidur."Ayra kembali baring dan membelakangi suaminya lagi

"Orang tua2 cakap tak baik tidur membelakangi suami." bisik Shariff di telinga Ayra

Apabila Ayra mendengar kata2 Shariff, dia terus memalingkan badannya ke arah Shariff.

"Puas hati?"tanya Ayra memerli

"Tak." Shariff menjawab sepatah

Tiba2 dahi Ayra dikucup lama oleh Shariff. Lama jugalah Ayra membeku.
Tanpa disangka, tangan Shariff melingkar kepinggang Ayra menjadikan Ayra semakin janggal Selepas beberapa saat, Shariff meleraikan kucupan namun tangannya semakin erat memeluk Ayra.

'Ya Allah..tak pernah aku rasa perasaan macam ni. Perasaan apa ni?'detik hati Ayra.

Apabila terasa badannya dipeluk erat, tangan Ayra turut melingkari pinggang Shariff. Ayra dapat rasakan kebahagiaan antara mereka dan dia berdoa agar kebahagiaan ini akan kekal sehingga bila2...

To be continue

Sorry gais sebab part ni bosan sikit...idea tak datang ziarah lagi lah gais..sorry sesangat...
Teruskan baca & vote..nak comment pon no problem 👌🏻😘❤️❤️❤️❤️

Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now