Part 26

3.6K 228 0
                                    

"Ahhh leganya dapat baring."

"Sayang ni, fitting baju pun penat ke?"
tanya Shariff sambil menutup pintu bilik

"Penatlah, nak kene pusing sini,pusing sana, try baju ni, try baju tu. Penat tau." omel Ayra sambil bibir di muncungkan

"Alaa, hari kenduri nanti lagi penat. Tambah2 malam habis kenduri tu." kening diangkat berkali kali dengan bibir mengukir senyuman sukar ditafsir

"Abang!!!" bantal kecil dari atas katil di lempar ke badan Shariff yang sedang berdiri 2 meter jauh dari Ayra

"Ape jerit2 ni? Tak manis tau perempuan jerit macam tu." perli Shariff

"Tanak tawan. Kite nak merajok ah ngan die." suara manja dituturkan

"Alololo, comelnye. Ni buat abang nak ngap..."

Belum sempat Shariff menghabiskan ayat, hidungnya ditarik kuat sehingga bertukar menjadi merah. Dah menjadi tabiat Ayra untuk menarik hidung suaminya apabila suaminya berbicara tentang perkara 18 tahun ke atas.

"Nak cakap lagi tak pasal tu?" tanya Ayra dengan kening dijongketkan

"Yelah, tak cakap dah."

"Good boy."

Masing2 memandang telefon masing2. Selepas beberapa minit, Ayra terlihat gambar seorang lelaki kacak yang berasal dari Thailand terpampang di skrin iPhonenya. Timbol idea ingin mengenakan suaminya.

"Wow handsomenye!!!!!" jerit Ayra sambil membaringkan badannya ke atas katil

"Siape yang handsome sangat tu? Meh abang tengok." tutur Shariff serius

"Tak boleh, nanti mesti abang nak menang, cakap abang lagi handsome lah, apalah." bebel Ayra dengan matanya masih di skrin telefon

Shariff juga terfikir mahu mengenakan isterinya. Selepas mendengar jawapan dari Ayra, Shariff terus bangun dengan muka yang serius dan menapak keluar dari bilik. Pintu bilik dihempas sederhana kuat.

"Die jealous ke? Aku main2 je." muka bersalah dipaparkan.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ketika makan malam, suasana di meja makan yang selalunya meriah dengan suara Ayra dan Shariff bertukar menjadi sunyi selepas kejadian petang tadi.

Ayra tekad untuk meminta maaf kerana dia tahu ini semua salahnya.

"Abang, saya nak minta maaf pasal tadi. Serius saya cakap, saya memang nak kenekan abang. Tapi tak tahu pula boleh jadi macam ni." muka di tundukkan sedikit sebelum mengangkat semula memandang Shariff yang dari tadi tidak bersuara.

"Abang nak tambah lagi?" Ayra bersuara selepas matanya terpandang pinggan Shariff yang sudah kosong tanpa sebarang sisa.

Sebaik sahaja tegukan terakhir sampai ke dalam mulut, Shariff terus bangun tanpa memandang muka Ayra dan terus mencuci tangan lalu menapak ke ruang tamu

'Oh no, Umi help me!!!!'

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Aya menarik nafas dalam2 dan menghayunkan kaki ke ruang tamu, tempat Shariff selalu menyiapkan kerjanya.

"Abang, nah your hot chocolate."

Shariff masih memandang skrin laptop nya. Lansung tidak memanlingkan muka ke arah Ayra yang berada di sebelahnya.
Ayra terasa dengan perbuatan Shariff tetapi dia perlu memujuk Shariff kerana ini semua salahnya

"Abang nak Ayra urutkan?" pelawa Ayra

Shariff cuma menggeleng dan matanya masih kekal di skrin laptop.

"Tak pelah, saya masuk tidur dulu." senyuman palsu dilemparkan

'Ya Allah kau tabahkanlah hati aku'

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Sedang Ayra lena dibuai mimpi, tiba2 katilnya bergerak sedikit. Seperti ada orang di sebelahnya. Ayra tersedar kerana pergerakan yang terhasil tadi. Sebaik sahaja dia membuka mata, Ayra dapat melihat susuk tubuh suaminya yang sedang membelakanginya. Timbul idea untuk memujuk Shariff. Tangan Ayra dilingkarkan ke pinggang Shariff dan badan mereka dirapatkan.

Tiba2, tangan Ayra diangkat oleh Shariff dan diletakkan ke belakang semula. Hasrat Ayra untuk memujuk si suami tidak kesampaian.

"Abang, saya..."

Ayat Ayra terbantut selepas die melihat Shariff menarik comforter sehingga menutupi seluruh badan. Itu menandakan Shariff malas untuk dengar.

Ayra betul2 terasa dengan perbuatan Shariff. Kini dia juga membelakangi Shariff dan menarik comforter hingga ke bahu. Dia tidak dapat menahan diri untuk menangis. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Teresak esak Ayra menangis.

Shariff yang berada di sebelah hanya memantungkan diri di dalam comforter. Tiba2, dia terasa katilnya bergerak dan Shariff dapat menangkap bunyi pintu biliknya di tutup. Itu bermakna Ayra keluar dari bilik. Selepas berpanas, dia menarik turun semula comforter yang membaluti tubuhnya. Dia memandang kebelakang dan...betul sangkaannya yang Ayra keluar dari bilik.

Tanpa melengahkan masa, Shariff turun dari katil dan menuju ke bilik pakaian. Almari baju milik Ayra di buka. Masih ada semua pakaiannya. Shariff menuju ke arah pintu dan matanya terpandang katilnya semula. Dia tidak nampak bantal Ayra dan bantal peluk Ayra di atas katil.

Pintu dikuak dari dalam dan mata Shariff hanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang sedang tidur lena di atas sofa sambil memeluk bantal peluk panjang dan tanpa selimut. Shariff kembali semula ke dalam bilik dan mendapatkan selimut nipis.

Perlahan lahan selimut di letakkan ke atas badan Ayra. Shariff duduk bercangkung dan mukanya setara dengan muka Ayra. Dia dapat lihat mata Ayra yang bengkak kerana asyik menangis. Sudah tentu kerana dia sendiri, Shariff. Rambut Ayra diusap dan dahi dikucup. Selimut di tarik hingga ke bahu Ayra.

To be continue





























Tekan star kt bwh ni ok ⭐️ baru semangat sis nak update story lagi 🙌🏻💓

Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now