Part 24 (1)

3.5K 101 0
                                    

Nik Ayra POV

"Hello, Assalamualaikum Nisa. Kau kat mane sekarang?" aku bertanya kepada Nisa yang baru sahaja menyahut panggilan aku

"Waalaikummussalam, aku kat rumah lah. Kenapa kau call aku ni?" Nisa melontarkan soalan semula

"Aku nak pergi rumah kau boleh?"

"Boleh jeh. Bile kau nak gi?"

"Sekarang." jawab ku sepatah

"Ha okok. Dah sampai kau call aku."

"Ok tq Nisa, Bye,Assalamualaikum."

"Sama2. Bye, Waalaikummussalam."

Aku mematikan panggilan selepas beberapa minit berhubung. Aku mengangkat beg bagasi aku yang telah aku isi dengan pakaian aku sebentar tadi. Segala barang keperluan juga sudah disimpan.

Betul ke apa aku buat ni? Bukan ka berdosa? Ini dikira nusyuz ka? Ahh, dia yang buat aku nak keluar dari rumah ni. So do I care.

Aku mambuka pintu perlahan lahan dan melangkah keluar dari bilik lalu menuju ke sofa, tempat Shariff terlena.
Aku melutut merendahkan diri dan menghadap muka Shariff. Aku tenung mukanya yang sedang dibuai mimpi lalu sepucuk surat dikeluarkan dari beg tangan ku dan di letakkan di atas meja.

Abang, saya pergi dulu. Mungkin saya akan kembali bila saya dah ready.

Selepas aku bebisik berseorangan, aku lantas bangun dan menuju ke pintu utama untuk keluar dari tempat bersejarah ini.

Butang lift ditekan ke tingkat bawah, grab yang tadi sudah dilanggan berada di hadapan pondok jaga. Dalam masa beberapa saat, aku sudah meninggalkan perkarangan kondominium milik suami ku.
Layakkah di gelar suami? Atau mungkin dayus? Masihkah ada perasaan cinta di hati aku? Tanpa aku sedari, air mata aku jatuh ke pipi.

End POV

Mata Shariff dikelipkan beberapa kali sebelum dia menggenyeh matanya berkali kali. Jam di dinding di kerling.

"Allah, macam mana boleh terlepas maghrib ni? Haih Shariff, Shariff." Soalan diajukan kepada diri sendiri

Tiba tiba dia teringat kejadian tadi. Dia bangun dan terus menuju ke biliknya dan Ayra. Pintu diketuk berkali kali dan nama Ayra dipanggil berulang namun tiada sahutan. Shariff memulas tombol pintu dan dia terkejut kerana tidak terkunci. Dia cepat cepat masuk ke dalam bilik tetapi kelibat sang isteri tidak kelihatan. Shariff cuba mencari di dalam bilik air dan bilik pakaian, malangnya dia tidak mendapat mengesan di mana Ayra.
Shariff ingin menuju ke dapur tetapi matanya tertumpu kepada satu kertas putih yang berada di atas meja ruang tamu dan di sebelah sofa yang baru sahaja menjadi tempatnya lena. Dengan tidak melengahkan masa, Shariff bergegas ke tempat yang di maksudkan tadi lalu mendapatkan surat kertas itu dan di buka.

Awak, saya minta maaf sebab berkasar dengan awak tadi. Saya tahu saya salah dan saya minta maaf juga sebab keluar rumah tak minta izin awak. Saya rasa hilang malu saya kalau digelar isteri derhaka atau nusyuz. Rasa macam dah tak ada perasaan. Awak, kalau awak tak sayangkan saya, tak cintakan saya, pulangkan saya pada Umi dan Abi. Jangan seksa saya macam ni. Kalau saya  boleh terima awak dalam hidup saya, tak mustahil saya boleh buang awak dalam hidup saya sebab saya tak pernah kene jentik inikan pula tampar. Saya tak salahkan awak sorang, saya tahu saya pun salah tapi dalam hal ni... awak faham2 lah sendiri ok.

                                                    Dari saya
                                       Nik Ayra Zahra.

Sebaik sahaja Shariff membaca surat yang ditinggalkan oleh Ayra, dia terus mencapai iPhonenya dan mendail no Ayra.

"Sayang, anggkat please sayang." monolog Shariff berseorangan sambil mundar mandir di balkoni. 

Selepas membuat beberapa panggilan, masih tiada tanda2 yang Ayra akan menjawab panggilan itu

"Sayang, sayang kat mana sekarang? Sayang please jangan buat abang macam ni. Abang merayu sangat kat sayang." kali ini dia menghantar voicemail. Mungkin dengan cara ini Ayra akan menjawab panggilannya nanti.

"Sayang, abang minta maaf sayang. Abang tak buat dah lepas ni."

To be continue

Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now