Part 37

5.1K 193 72
                                    

"Alhamdulillah, Puan dah sembuh lebih kurang 60% dan Puan dibenarkan pulang hari ni." penyataan Doktor Najihah membuatkan Ayra dan Shariff memandang antara satu sama lain dengan senyuman yang lebar.

"Terima kasih banyak banyak doktor." ucap Shariff

"Sama sama. Saya minta diri dulu." Doktor Najihah menapak ke pintu keluar ward lalu bayangannya hilang.

"Yeayy sayang dah boleh balik." Shariff bersorak gembira seakan kanak kanak yang berumur 5 tahun mendapat manisan

Ayra hanya ketawa kecil melihat gelagat suaminya yang satu Ini. Satu je, tak ada dua

Disebalik kegembiraan pasangan suami isteri ini, terdapat seseorang yang sedang gelisah dan tidak tentu arah.

"Hahahahaha, kau ingat kau akan Selamat ke perempuan? Kau tu bodoh. Kau tak layak untuk Shariff.  Hanya aku yang layak untuk jaga,sayang dan cintakan dia. Kau boleh pergi matilah perempuan su*dal."

"Awak, saya takutlah. Dia semakin teruk. Saya takut apa apa jadi pada dia." risau Puan Sri Nadia bertutur

'knock knock'
"Ara, buka pintu ni. Janganlah macam ni. Daddy dah lama tak nampak you keluar bilik, makan sama sama. Please Ara, jangan buat mommy and daddy risau." pujuk Tan Sri Adnan

"KAU JANGAN SIBUK HAL AKU. KAU TAK PERNAH FAHAM AKU. PERGI!!  JANGAN KACAU AKU!!" Ara semakin hilang kawalan. Pemikirannya tidak dapat dikawal oleh dirinya sendiri

Puan Sri Nadia hanya terdiam dan memaparkan muka sedih dan risau.
Tan Sri Adnan menepuk perlahan bahu isterinya itu bagi menenangkan keadaan. Wanita separuh abad itu hanya mampu mengeluh panjang dan menapak pergi dari bilik anak tunggalnya itu dengan perasaan hiba dan sangat sedih.

👻

"Aahh, leganya." setelah hampir seminggu Ayra tidak merasai nikmat tidur di atas katil sendiri yang berukuran queen, bertemulah badannya dengan satu objek yang boleh membuatkan ramai orang lena itu.

"Rindunya nak baring atas ni. Arghh!"
Sebelah tangannya yang tidak berbalut dan kakinya digerakkan bagai terbaring di atas salji.

"Rindu katil je ke? Abang?" terpapar muka Shariff yang seakan cemburu.

"Hehehe, rindu sikit je sebab hari hari tengok muka abang."

"Hmm, yelah. Abang ni siapa je untuk sayang kan? " kesian Shariff, segala alahan yang di alami oleh ibu mengandung dia rasakan. Muntah, pening, beremosi, bau minyak wangi yang digilai lelaki lain pun dikatakan bau seperti makanan basi dan kadang
kadang dia akan menangis seorang diri di ruang tamu.  Haihh kesian betul.

"Abang tanya abang siapa? Abang suami sayalah. Yang paling saya sayang dan yang paling saya cinta. Ehekk."

"Aishhh, I cannot lah. Janganlah bagi ayat macam tu, abang cair. " muka Shariff semakin memerah

"Elelele, merahnya muka dia. " Ayra ketawa kecil melihat perubahan muka Shariff

"Abang cuti sampai bila?" soal Ayra

"Hari ni dah hari Rabu kan? Hmm, abang ambik cuti sampai Ahad minggu depan. So, abang cuti 11 hari lagi." jawab Shariff sambil membaringkan diri ke sebelah Ayra

"Lamanya." terkejut Ayra mendengar jawapan dari suaminya

"Abang nak jaga sayang sampai.... "
Kata kata Shariff tergantung apabila dia bangun dari katil dan berlari ke tandas.

'bluek....bluek'
Hari ini, sudah dua kali Shariff muntah. Sekarang Ayra keliru sama ada Shariff perlu menjaga dia atau dia perlu menjaga Shariff. Ayra menepuk dahi lalu menjatuhkan semula dirinya ke atas katil empuk itu. Dia memerlukan seseorang untuk membantu dia untuk bangun kerana kakinya belum cukup kuat untuk menampung badannya yang hanya 56 kg.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now