Part 25

3.7K 249 6
                                    

Hari ini, hari ke tiga Ayra tinggal di rumah Nisa. Bersamaan hari Selasa dan hari kedua sekolah. Tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk cuti akhir tahun.

Ayra sudah 2 hari tidak hadir ke sekolah kerana takut terserempak dengan Shariff tetapi pada hari Isnin, Shariff juga tidak hadir ke sekolah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. Nisa, die datang tak hari ni?"Ayra terus bertanya walaupun Nisa baru di hadapan pintu masuk.

"Kalau ye pun bagilah aku masuk dulu."

Ayra tersengeh macam kerang busuk dan menggaru kepalanya yang tidak gatal

"Ahhh leganya dapat duduk." Nisa menutup matanya seketika.

"Weyh, die datang tak hari ni?"soalan tadi yang tidak dijawab ditanyakan semula."

"Haih kau ni. Die tak datang jugak hari ni. Aku try tanya Cikgu Hairil kenapa Cikgu Shariff tak datang. Pastu die cakap, Cikgu Shariff minta cuti sakit."
Nisa menjelaskan sambil tangannya ligat menekat punat yang ada di alat kawalan jauh Astro

'Sakit? Die betul2 sakit ke? Atau die sengaja nak bagi aku kesian?'

"Ayra, aku bukan nak halau kau tapi aku rase kau patut balik lah. Aku tak rasa Cikgu Shariff buat2 sakit. Selama ni kalau die sakit pun die still pergi sekolah. Aku rase kali ni die memang betul2 sakit. Lagi2 bile orang yang die sayang tak ade kat sebelah die."

Ayra hanya mengangguk dan tersenyum ke arah Nisa lalu badan Nisa di peluk.

"Thanks Nisa."

"No problem. Kitakan kawan."

"Pukul 2 kejap lagi aku nak baliklah. Ha kau kalau nak makan, panaskan lauk tu. Aku dah masakkan kau tomyam kaww punya."

"Kau tahu2 jeh aku tengah lapar kan?"

"Kitakan kawan." lantas Ayra bangun dari sofa yang die duduk dan menuju ke bilik sementaranya.

££££££££££££££££££££££££££££

Berdirinya Ayra dihadapan pintu rumahnya. Lama die berfikir, apakah betul apa yang die lakukan?
Ayra menarik nafas panjang dan dia membuka kunci pintu. Dia melihat sekeliling rumah. Tiada apa2 yang berubah, masih sama seperti sebelum dia meninggalkan rumah ini. Ayra melangkah ke arah bilik tidurnya dan Shariff. Tombol pintu dipulas perlahan supaya tiada bunyi yang terhasil. Mata Ayra terpandang susuk tubuh yang dibaluti oleh comforter putih tebal. Pengahawa dingin tidak dipasang, cuma kipas siling yang berpusing. Timbul rasa bersalah, rindu dan kesian di hati Ayra. Di melangkah masuk kedalam bilik itu sambil manerik beg bagasinya lalu diletakkan di dalam bilik pakaian dan dia menuju semula ke tempat Shariff tidur. Rambutnya basah seperti baru mandi. Dahi Shariff di sentuh dan Ayra sangat terkejut kerana suhu badan Shariff sangat tinggi. Dia membuka tudung lalu menuju ke dapur.

Selepas beberapa minit memasak bubur di dapur, akhirnya Ayra kembali semula ke biliknya sambil membawa dulang yang berisi semangkuk bubur, secawan air minuman dan semangkuk air bersama tuala kecil. Ayra duduk di tepi katil bersebelahan dengan Shariff lalu bahu Shariff di goncang perlahan.

"Abang, bangun. Kita makan jom." lembut Ayra memujuk

Mata Shariff di buka sedikit demi sedikit. Cahaya matahari yang menerangi biliknya menyebabkan sukar untuk Shariff membuka mata.

Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now