Part 36

3.2K 119 9
                                    

"Kandungan isteri Encik....saya rasa tempat ni tak sesuai untuk kita berbincang pasal perkara ni. Jadi boleh Encik ikut saya?" soal Doktor Najihah

Shariff menjawab dengan anggukan.

"Bodoh punya doktor. Tak pasal pasal aku pula yang mati kejap lagi." seorang perempuan sedang bersuara di sebalik dinding.

"Tak apa Ayra, kalau ada peluang kita jumpa lagi tapi bukan kat sini ok?" nada seorang psiko digunakan

Perempuan ni ada masalah psikologi juga ke?  Sama macam Ariff ke?  Korang nak tahu ke? 
Baca sampai habis hehehe







Setelah sampai ke destinansi yang di tuju, Doktor Najihah dan Shariff melabuhkan punggung ke atas kerusi. Setelah itu, mereka memulakan perbincangan tentang keadaan Ayra yang sedang terbaring di atas katil hospital.

"Macam mana dengan kandungan isteri saya, doktor?" Shariff bertambah risau

Doktor Najihah mengukirkan senyuman dan berkata
"Alhamdulillah, kandungan dan isteri Encik dalam keadaan baik. Tahniah. Cuma sekarang Puan Ayra belum sedarkan diri lagi." senyuman Doktor Najihah masih di bibir

"Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah." tidak berhenti Shariff mengucapkan perkataan syukur

"Tapi Encik, saya harap Encik jaga Puan Ayra lebih ketat. Maksud saya jangan selalu tinggalkan dia. Sebab pertama, Puan Ayra mudah beremosi,jadi dia perlukan sokongan daripada suami atau ahli keluarga. Sebab yang kedua, saya rasa Puan Ayra dalam bahaya sekarang.  Boleh saya tahu, Puan Ayra ada musuh ke?"

"Saya tak pastilah doktor tapi kenapa ye?" Shariff mengeruhkan dahi

"Daripada cerita yang saya tahu, Puan Ayra dilanggar lari dan tadi saya ada terserempak dengan seorang perempuan yang sedang mengintai ke dalam bilik Puan Ayra. Apabila saya tegur, dia terus larikan diri. Jadi Sebab itu saya tanya sama ada Puan Ayra ada bermusuhan dengan orang atau tidak. Saya minta maaf, saya bukan nak menyibuk hal Puan Ayra tapi.... "

"Tak apa saya faham. Saya nak tanya, perempuan yang doktor jumpa tadi tu bertudung ke?" giliran Shariff pula yang bersuara

Doktor Najihah memberi jawapan hanya dengan menggelengkan kepala.

Otak Shariff mula memaparkan muka seseorang.

...............

Dua hari Ayra tidak sedarkan diri. Mujurlah Umi dan Ibu cuma berbalas message dengan Shariff. Mereka cuba menghubungi Ayra tetapi tidak dijawab kerana telefonnya sudah tidak berfungsi lagi.

Umi dan Ibunya sering bertanya mengapa Ayra tidak menjawab panggilan mereka. Shariff terpaksa berbohong. Dia menyatakan bahawa telefon Ayra rosak kerana jatuh dari tempat yang tinggi dan sekarang telefonnya masih diperbaiki. Macam macam alasan juga Shariff berikan supaya mereka berdua tidak datang menjenguk Ayra di rumah

Empat orang kawan karib Ayra akan datang setiap hari pada jam 8:00 pagi untuk beri ruang kepada Shariff pulang ke rumah supaya boleh bersiap semula untuk ke hospital.

Selesai Shariff mengerjakan solat Asar, dia kembali semula ke sebelah katil Ayra. Tangan kiri Ayra yang hanya cedera ringan digenggam perlahan lahan oleh Shariff.

"Sayang, abang minta maaf. Abang tak dapat jaga Ayra dan baby kita baik baik. Abang minta maaf sangat sangat. Kalau abang tahu benda macam ni akan jadi, abang tak akan benarkan sayang lintas jalan sorang sorang hari tu. Abang bodoh sayang. Abang bodoh. Abang bukan suami yang baik. Abang tak layak untuk Ayra." pipi Shariff yang basah di biar tidak sentuh

Tangan Ayra dikucup lama dan Shariff semakin kuat menangis.

"Janganlah nangis." suara seorang perempuan menyapa Shariff.

Shariff terus mengangkat mukanya dan dia dapat melihat wajah Ayra tersenyum dengan bibir pucatnya.

"Sayang." air mata Shariff semakin banyak mengalir, mulut pula tidak berhenti mengucapkan perkataan syukur.

"Janganlah nangis macam ni, baby kita tengok ni." gurauan Ayra membuatkan Shariff tersenyum semula.

Perlahan lahan tangan Ayra menyeka air mata di pipi suaminya.

"Abang rindu sayang." cuma tiga perkataan itu yang dapat menggambarkan perasaannya sekarang.

"I miss you too, boy. hehehe." suasana di dalam ward itu kembali ceria

Selepas Doktor memeriksa keadaan Ayra, dia mula bersuara.
"Alhamdulillah, Puan Ayra dah stabil tapi masih banyak lagi tempat tempat yang perlu dijaga rapi, jadi Puan Ayra perlu stay di sini beberapa hari lagi. Boleh puan? " soal Doktor Najihah kepada Ayra

Jawapan Ayra hanyalah anggukan.

"Alaaa doktor, biarlah isteri saya balik. Saya nak jaga dia."

"Abanggg." Ayra memberi isyarat mata supaya suaminya behave.

Doktor Najihah ketawa perlahan lalu meminta diri untuk keluar dan biarkan dua pasangan sejoli ini bermesra mesraan. Auchh sweet angattt

Shariff mendekati semula katil Ayra selepas Doktor Najihah berlalu keluar dari ward itu.

"Sayang." Shariff bersuara sebaik sahaja duduk di atas katil Ayra

"Hmm? "

"Abang nak minta maaf. Kalau bukan sebab abang.... "

"Dah lah tu, benda sudah terjadi. Saya and baby kita pon ok je."

"Tapi tangan sayang." rasa bersalah mula menyelubungi dirinya

"It's okay, tangan ni boleh sembuh." Ayra cuba menenangkan suaminya yang menyalahkan dirinya sendiri

Shariff hanya balas dengan anggukan kecil dan senyuman di bibir.

Tiba tiba telefon Shariff berdering. Dia keluar dari ward Ayra untuk menjawab panggilan dari nombor yang tidak di kenali.

"Hello"

"Saya bercakap dengan Encik Shariff Rayyan ke?" kedengaran suara seorang lelaki di gunung talian

"Ya saya. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?" Shariff mula berasa hairan

"Saya dari pejabat polis............... "

Selepas beberapa minit berbual dalam talian. Akhirnya Shariff menamatkan panggilan.

"Alhamdulillah. Kau takkan terlepas perempuan."

👀

"Boss,sekarang polis tengah cari kita."

Talian dimatikan selepas seorang lelaki menyatakan bahawa diri mereka sedang diberkas oleh polis.

"Arghhhhh tak guna punya Shariff. Kau ni memang tak sayang bini kau ke huh? Tak apa. Aku akan pastikan kau takkan bahagia sampai bila bila. Kau ingat Shariff. Kau Ingat!!!!"

'pranggg'

Botol mintak wangi berjenama 'Gucci' pecah di lemparnya. Harga atau baunya yang ramai wanita mahukan tidak di peduli lagi

"Abang, saya risaulah pasal anak kita tu." kata seorang perempuan yang sudah separuh abad.

"Saya pon dah tak tahu nak buat macam mana. Doktor datang dia kunci pintu. Haihh saya pun dah buntu."

To be continue



















Selamat hari raya 🙏
Maafkan author sebab dah lama tak update. Macam biase phone sis buat hal so..... Yeahhh
Cerita Ni akan habis dalam beberapa part je lagi
Sbb sis rase lame sngt dh tangguh
Nnt akan ade cerita baru yang sis akan buat so stay tune ok
Siape ade cadangan nama hero and heroin untuk next novel boleh comment kt bawah K
And jgn lupe tekan star Kat bawah Ni 👇

#stayathome
#kitamestimenang

Bye










Cikgu Geo,suami aku?Where stories live. Discover now