Pukul 7 pagi aku mula bersiap. Oleh kerana aku manusia biasa, jadi aku lalai dengan ajaran agama yang sudah beritahu tidak elok tidur lepas subuh. Tapi aku tidur jugak. Ni semua bala. Kan dah lambat nk buka kedai.
Wajah yang masih tiada apa apa calitan aku lihat didalam cermin. Lipstick warna kegemaran aku berwarna nude jenama sobella aku oleskan ke bibir. Biar naik seri muka walaupun mandi 10minit. Shhh... Diam kita saja tahu.
"Nurul Sabrinaa cepat sikit, sat lagi pak hang hingaq kedai takpi bukak bukak lagi!"
Hah yang melaung itu taklain takbukan membesar. Puan Sarema. Nurul Sabrinaa tu aku lah. Siapa lagi nama Sabrina dalam rumah ni. Aku sahaja Nurul Sabrinaa atau lebih panjang Nurul Sabrinaa Marisa Binti Muhd Isma. Oh nama glamor aku semestinya Bina. Berumur 27 tahun. Dilahirkan di Hospital Pulau Pinang. Aku pun taktahu macam mana boleh mak aku terberanak kat HPP sana sedangkan dia ke sana nak honeymoon sementara perut takmeletup. Katanya la. Abah cakap. Takdir dah ditentukan. Jadi aku takmau cakap banyak. Sebab abah sorang yang berpengaruh agama. Dia taksuka anak anak mempersoalkan tentang hal diluar jangkaan. Sejak itu aku dah malas nak fikir sampai aku membesar dengan jayanya di Sungai Petani, Kedah. Umur aku 15tahun bermulalah hidup kami sekeluarga berpindah randah. Memandangkan anak mak dan abah tryhard selepas 10tahun. Kami menerima lagi dua org ahli baru yang dua induk berlainan.
"lewat kakak pergi kedai?"
"haah, aku terlelap tadi. Safina dah pergi sekolah?" Safina, adik bongsu aku yang bezanya 13tahun dan masih bersekolah. Dua ekor ni pun ikotkan sekolah jugak. Spm kau. Eh...
"hang takpi sekolah ka dean?"
"hehe, dak Dean cuti."
Aik..
"habis, Sarina? Mana dia taknampak pun. Cuti apa?" ya. Sarina adik aku nombor dua. Kembar. Nurul Sarina Dan Norizzudin. Kalau ikot kata abah, mak nak letak nama Dean Mohd Sabarudin tapi mujurlah aku penyelamat cadangkan nama. Banyak kali jugak aku ingatkan Dean supaya berterima kasih padaku berkat idea dan sumbangan nama untuk dia mak takjadi letak Mohd Sabarudin. Mak kisah apa, dia dah berkenan sangag dengan nama din din ni. Mujur dia tak letak nama Mohd Sardin.. Mak. Bukan buleh kira.
Macam tu jugak nama Safina. Aku jugak yang cadangkan. Mungkin sebab aku dah cukup akal untuk berfikiran uptodate. Jadi aku suruh saja abah senyap senyap isi borang JPN dengan nama Nurul Safina Muniroh. Ikotkan mak.? Haih pakai kempunan la adik adik aku nak nama glamor. Mungkin glamor la dengan nama Siti Saloma sekarang ni si Pina tu.
"cuti sendiri kak. Besa la. Perjumpaan waris. Takmau la Dean pi, tidak kalau jenuh menjawab dengan membesar. Menjawab pasai result takpa lagi. Buatnya dok soal jawab pasai kes tuang lompat pagar naiya Dean."
Ni baru adik aku. Ilmu kakak banyak dia warisi. Tapi aku nakal pun pembelajaran aku seimbangkan. Dean? Hampeh. Katanya nk dekat spm nanti dean buat la elok elok. Aku malas nak cakap apa. Maklumlah. Budak sekarang lagi pandai nak ajar kita yang tua ni.
Sampai saja di kedai. Aku lihat ada tiga keping surat yang diselitkan pada pintu kayu tersebut. Pelik. Surat bil api air? Aku rasa dua minggu lepas abah dah pun langsaikan.
Nak bukak ke tak eh...
Takyah lah nampak aku seorang anak yang tak amanah pula.
Surat tersebut aku selitkan di bawah ketiak. Aku teruskan membuka kedai. Masuk saja dalam, ada bau yang tak enak aku hidu.
Ni mesti si Sarina terlupa nk buang sampah.
Surat surat tadi aku longgokkan atas meja kaunter. Aku segera ke dapur dan mengambil plastik yang berisi sampah sarap aku bawak keluar dan lempar ke dalam tong sampah yang jaraknya hanya selang 3 buah kedai.
"eh sab lama aku taknampak kau.."
Aku toleh, didepan ku ini namanya Mariah, dia ni memang sibuk life aku. Masa aku ada borak pun taknak."ada ja Yah. Sibuk sikit kat kedai"
Dia tersenyum sinis. Ewah kemain kau Yah.
Aku malas dah nak layan kan dibuat mulut pulak jadi aku bawak diri.
Masa aku berjalan aku hampir terjatuh tapi ada tangan yang sempat menyambutku. Ya cliche tapi takmustahil kan?
"jalan jangan membebel saja cik, guna mata. Tidak mungkin cik dah patah tulang belakang" anak mata hitam pekat itu merenung mataku. Jantung aku tak payah cakap. Macam kompang dah.
"em terima kasih. Serious saya memang takperasan." aku masih mencari riak wajah jejaka tersebut. Hampa bila kata kata aku dibiarkan saja. Dia berjalan tak tengok dah aku. Sudahnya aku taksempat cam muka dia. Ya la, dengan pakaian dia yang agak... Er mungkin aku patut cakap misteri macam dia. Dengan bercap, bermask, berhoodie. Eh takpanas ke?
Ah aku harap nanti mungkin jumpa lagi.
🌚🌚🌚
Hi semua dah lama hakak mengidam nak publish story sendiri and now dah berkesempatan hakak buat semuani. Insha Allah kali hakak nak usaha sampai epilog. Amin. Semoga dapat sambutan daripada awak awak semua ya.. Minta maaf andai ada typo dan mereben semua. Maklumlah menulis ikot pala otak saja bedal.
10q.
![](https://img.wattpad.com/cover/201332978-288-k946989.jpg)
YOU ARE READING
MR MYSTERIOUS
Mystery / ThrillerKat mana aku dalam mood malang ada saja dia. Kat mana aku dalam mood gempa bumi ada saja dia. Kat mana aku dalam jiwa kacau ada jugak dia. Tapi, yang misterinya, siapa dia? Macam mana dia kenal aku, macam mana dia tau serba serbi pasal aku. Stalker...