Hari yang indah buat semua, sebab harini hari sabtu. Tapi takindah bagi aku..
Aku kena bawak Sarina pergi ke hospital sebab dia ada appointment doktor. Oh untuk semua yang tak tahu, adik aku Sarina penghidap anemia. Keluarga kami, dia saja. Tapi entah lah mungkin ada salasilah keluarga yang aku tidak tahu. Aku paling tak suka hospital. Bukan sebab aku tak suka ubat. Bukan sebab aku fobia atau apa apa. Pertama sekali aku taksuka kerana, nak tunggu lama. Ah, aku mudah bosan. Kedua sebab aku ada kawan yang bekerja di hospital ni. Dan yang ketiga..."baby, what are you doing here? Omg I miss you Sab."
Yeah.. That shit.
Bukan boyfriend tapi ex boyfriend.
Aku memandangnya dan menghadiahkan senyuman plastik.
Wajah seperti dulu, takdak perubahan walaupun sudah putus nak masuk dua tahun. Kalau dulu pandang takjemu. Hari hari tengok pun takpa. Sekarang Allahu. Nak lempang saja muka tu. Benarla, masa bercinta semuanya indah. Tapi aku takbermaksud yang dia tak kacak. Kacak pada pandangan aku. Namun apakan daya. Rupa dia takmenjamin peribadi.
"baby, you dah makan. Jom I bawak you makan. Teman la I, I miss you sangat" katanya cuba meraih tangan aku.
Cepat aku tepis.Ingat sikit hang sapa.
Aku menjeling tajam.
"baby, you marah i lagi ke??"
Diam.
"b, jawab please. I takmampu tahan perasaan i right now. Everyday i ingat you."
Ingat aku konon. Cisss!
"aku tunggu adik aku ni. Hang takdak kerja nak buat ka?" hambik! Takkuasa aku nak berlembut dengan mamat ni.
"Sabrina. Sampai hati you. Sakitnya sab..."tangan dia ambil letak didada sambil pandang aku. Peduli apa aku. Dulu masa buat hal takfikir aku sakit tidak.
" bro.. Buat apa sini. Puaih aku cari, dok sini hang. Kata nak pi cafe. " datang seorang lelaki bertopi menegurnya. Bagus, angkut la mamat sakai ni berambus sekali.
Mamat bertopi tadi pandang aku, aku pun turut pandang dia. Aku... Terkelu.
Dekat tiga hari dah mamat ni bermain dalam fikiran aku. Dan harini hari aku dah lupa, dia muncul. Pakaiannya nampak lebih santai dari haritu. Dia mengenakan short pants, dan berbaju jersey sambil mengenakan cap Adidas di atas kepala.
Dia mengangkat kening kanan.
"ehemm.." ex boyfriend aku berdehem. Mungkin sedar yang diantara kami berbunyi cengkerik.
"you guys kenal ke?"
"no.",
"yes" jawab kami serentak namun jawapan yang berbeza.
Aku toleh sekali lagi pandang dia, dan dia begitu juga.
"i mean yes, but no" apa punya jawapan la mamat ni. Aku menjeling.
"eh jom la kita pergi cafe. Aku nk dengar macam mana korang kenal"
Mahu tidak aku terpaksa ikot. Sebenarnya aku boleh saja tak join atau mereka alasan apa apa tapi terkenang lelaki tadi aku ubah pendirian.
Sampai dicafe aku mengambil tempat bertentangan dengan mereka berdua.
Aku memilih kopi o ais sebagai pembasah tekak. Dibiarkan ex aku yang pergi order. Lantak, dia yang nak.
"so..you kenal Dr Kahl ke"
Aku mengangguk, masakan tidak Dr Kahl tu ex boyfriend kot. 5tahun bercinta dapat hampas saja.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR MYSTERIOUS
Misteri / ThrillerKat mana aku dalam mood malang ada saja dia. Kat mana aku dalam mood gempa bumi ada saja dia. Kat mana aku dalam jiwa kacau ada jugak dia. Tapi, yang misterinya, siapa dia? Macam mana dia kenal aku, macam mana dia tau serba serbi pasal aku. Stalker...