Aku tunggu adik adik aku jauh sikit dari pagar sekolah mereka. Malas nak ambil depan pagar. Aku dulu pun mak atau abah ambil jauh berbatu aku kena jalan. Memang tak aku nak manjakan budak budak ni. Aku takcukup manja jangan harap diorang boleh bermanja.
Nehii!
Sambil aku tunggu mereka keluar, aku ligat memerhati budak budak sekolah semua keluar beremba berpusu pusu semacam rumah mereka sedang suruh cepat balik, kalau tidak aku lenyap atau pun takut ada gempa bumi dalam sekolah tu kalau tunggu lama sikit. Time tu aku nampak adik adik aku Sarina dengan Safina jalan menuju ke kereta.
"hi kak" Safina tegur tunduk dan menyalami aku.
"wei kak, nak tau dak kelas aku ada budak baru. Kata nya dia mai dari luar negara. Sebelum ni mengaji Scotland." semangat Sarina bercerita, aku hanya pasang telinga dengar. Cerita budak sekolah malas layan.
"segak wei kak... Abang dia fuh, lain macam hensem dia. Kalau hang tengok abang dia confirm hang jatuh hati punya baqkat hang kak!"
"oh" aku angguk..
"hang la kak semangat la sikit orang dok ceritanih. Erghhh!!" tangan aku yg pegang stereng dia tolak buatkan kereta yang aku pandu bergerak ke jalan bertentangan. Aku dah mula panas hati. Cerita sudah la, takyah kot nak tolak tolak.
"hang ni satlagi, aku tauk hg tepi jalan hang balik dengan budak jantan tu hang mau?!" tengking aku pada Sarina. Safina disebelah menggosok gosok tangan aku supaya bersabar. Kalau dilihat sekarang Safina dan Sarina aku rasa macam Safina ni yang kakak kepada Sarina. Lebih matang dan cerdik.
Sarina sudah diam takberkutik. Ha tu lah, main main dengan aku. Sudah lah aku ni jenis yang pantang dibuat lawak bila sedang memandu.
Semasa aku sampai di rumah aku lihat rumah selang tiga buah ada lori. Mungkin ada org nk duduk. Baguslah, rumah tu pun dah lama siap, tak ada yang duduk lagi. Harap harap perempuan lah, boleh aku buat kawan. Heee..
"baru pindah ke Dean?" aku menyoal dean yang duduk di atas buaian sambil bermain handphone.
Dean angguk.
"dah makan?"
"belum, mak suruh kakak masak"
"habis hang duduk rumah buat apa?tengok handphone saja?" ni sorang lagi. Sekolah malas. Result takcantik. Dok rumah pun malas. Alasan laki. Habis ingat perempuan ni apa?
"tadi seharian aku pergi tolong jiran baru kita tu. Namanya Kak Ju. Cantik orang nya kak. Dia ajak minum petang japgi kat rumah dia. Dia ajak kita satu family, tapi aku cakap ada kau dengan fina rina ja."
Bagus adik akuni rupanya. Kerja rumah sendiri biar aku buat, kerja rumah org sanggup perhabis tenaga. Tapi bila mana dengar kan pasal orang baru tuh, aku jadi taknak marah lagi. Alang alang aku dah malas nak masak nak beli pun malas, baik kita jangan tolak rezeki.
Lepas menunaikan solat asar, kami tiga beradik bersiap nk berkunjung ke rumah jiran baru. Adik aku lagi seorang si Safina taklarat katanya, senggugut nak duk rumah bagus lah, rumah tak ada yang jaga so dia boleh tolong jaga kejap.
Mesti ada yang cakap aku ni spesis muka tak malu. Eh suka hatilah. Lagi pun orang jemput nak merapatkan silaturrahim, kalau orang takjemput takkan aku nk pergi bertandang sekaki!
"KAK CEPAT LA SIKIT! AKU DAH LAPAR NIH" adik aku si Dean ni memang. Kalut betul.
Aku turun,dan aku lihat semua adik aku sudah tunggu aku kat sofa. Bila aku kat depan diorang, diorang mula buat muka jelik. Dasar kembar.!
"besiap lama kemain haram tak segak jugak." mulut.. Hahaha rasa nak je aku cabaikan.
Aku tarik muka ketat lagi ketat dari bengkung sajat.
"ha, dah sampai pun Budin,mari masuk. Ni siapa kakak ke?" tanya perempuan cantik depan aku ini Sambil menghulurkan tangan nak bersalaman.
Sungguh cantik betul. Mata dia berwarna coklat cair, kulit kuning langsat.
"bukan Budin la kak ju. Zudin. Panggil jaa Dean. Senang." Dean menyengih. Aku sigung Dean, taknak perkenalkan kitaorang ke. Biar kakak kakak dia jadi batang kayu kat sini gamaknya.
"oh kakju, ni kakak sulung saya, Sabrina dan yang tak berapa segak sebelah tu kakak kembar saya Sarina." Dean memperkenalkan kami berdua. Okay jadi yang cantik ni la Kak Ju. Sungguh kata Dean cantik betul. Kalini Dean tak buta. Sebab selamani adik laki aku sorang ni buta sikit. Yang macam Pola Thai tu pun dia kata cantik.
Kak Jue menjemput kami masuk. Cantik decoration rumah ni luar dalam. Besar tanggungjawab si Id nak buat deco macam ni. Aku pun belum tentu mampu.
"meja ni kayu jati, akak tempah dekat tempat lama akak. Dah lama dah ni meja ni, sejak akak study lagi. Bila pindah sini akak sayang nk buang, jadi akak bawak balik penang." terang Kak Ju. Mungkin dia nampak aku macam tertarik dengan meja dia kot.
"kak ju tinggal berapa orang?" soal aku.
"akak duduk dengan adik akak 2 orang. Yang sorang tu kalau dia rasa nak balik lah. Sebab dia banyak spent time dengan walid akak. Lagipun dia busy kena ulang alik dari sini ke Australia. Nak kena settle apa yang patut." terang Kak Ju panjang lebar.
"ni adik adik kak ju takada ke?" sibuk je Dean ni.
Kak jue geleng. "semua tak datang lagi. Sunyi la kak ju"
"kak ju kerja apa?" Sarina bertanya. Aku mengangguk. Aku pun nak tahu
"kak ju agency perlancongan. Sooo..
Kalau engkorang nak travel ke, nk honeymoon Korang bagi tau akak. Hahaha" ramah kak ju ni aku tumpang ketawa sekali. Honeymoon eh.. Bagi mak dengan abah boleh, aku lambat lagi..
Lama jugak kami berbual. Macam macam yang dibual kan. Sedar tak sedar sudah pukul 7 dah nak masuk maghrib. Allah. Betul kata dean, kak ju ni baik orangnya. Ramah pun ramah, tak kekok kami berbual.
"mari la kak, kitaorang balik dulu. Akak jangan segan segan nak mai rumah ya, mak mesti suka bila tau ada jiran baru sekaki dengan dia. Jangan malu malu, ada problem akak cakap okayyyy?" apa maksud aku sekaki dengan mak ialah bilamana dia cakap dia suka memancing . Mula mula aku rasa mak aku saja yang rare hobi memancing sampai pernah satu hari tu aku suruh mak tukar ja hobi suka memasak ke, bercucuktanam ke. Tapi malangnya jiwa dia dan joran takboleh dipisahkan. Terbalik dengan abah yang lebih suka bercucuk tanam. Sekarang aku dah jumpa sorang lagi manusia sekaki dengan mak. Kak Ju! Cantik tapi tak kekok berbual pasal joran. Hahaha.
Dari yang kami bualkan, kak ju pernah bertunang namun jodohnya takkesampaian. Tunangnya meninggal kerana mendermakan jantung beliau kepada ibunya. Sungguh besar pengorbanannya demi ibu tersayang. Kak ju tabah bercerita tanpa sebutir air mata pun jatuh malah dia bercerita dengan bangga. Katanya dia bersyukur, tuhan beri dia kenal Tunangnya walaupun sebentar. Tunangnya sorang yang baik dan layak berada di Firdausi. Berdasarkan cerita seorang Fariha Julianna dia kembali kesini dan berubah berada di jalan yang benar hasil usaha dan bimbingan tunangnya. Dahulu dia boleh dikatakan liar. Faktor budaya dan kurang didikan kerana dia tinggal bersama ibunya di Scotland. Dia seorang yang kaki disco bergaul dan bercampur lelaki perempuan. Dia berubah kerana dia benar benar sedar yang di dunia ini, dia hanya lah hamba. Bukan ketua yang besar sedangkan ada yang lebih 'besar' diatas sana.
Walaupun baru berjumpa dan berkenalan, sudah banyak yang kami kongsikan. Aku harap kak ju takberat hati hendak berteman denganku.
ANDA SEDANG MEMBACA
MR MYSTERIOUS
Mystery / ThrillerKat mana aku dalam mood malang ada saja dia. Kat mana aku dalam mood gempa bumi ada saja dia. Kat mana aku dalam jiwa kacau ada jugak dia. Tapi, yang misterinya, siapa dia? Macam mana dia kenal aku, macam mana dia tau serba serbi pasal aku. Stalker...
