Tiga hari berlalu. Aku masih macam ni. Rasa macam ada benda yang tak kena. Aku taktahu apa yang aku buat sampai si Nik tu benci sangat dengan aku nih. Kalau dia perasan yang aku ni nak baik dengan sepupu dia tu. well. Aku memang baik dengan semua orang kot. Lagipun sepupu dia tu yang ramah lebih kot. Memula aku pun hairan. Tiberrr. Kalau tidak serupa saja dua dua ekoq tu. muka takpernah manissss.
"Kakak!" Aku pandang Sarina. Pandangan yang membawa maksud 'apehal hang'.
Sarina datang dan duduk dia hujung katil.
"Hensem kan adik adik kak Jue. Kakak takkan takdak yang berkenan dihati. "
Haah. Berkenan. Tapi bukan dihati. Nak bubuh dikaki. Dah jelas kot berbezanya kitaorang ni. Tambah tambah aku dengan si Nik tu. Macam anjing dengan kucing. Dia anjing. Aku kucing. Sebab aku lebih soft. Bukan macam dia. Kerja nak menyalak saja bila jumpa aku.
"Kalau Reen kan. Reen minat abang Nik lah. Nampak cool betul. " kata Sarina sambil tangan dua dua belah buat bentuk love. Hangguk dia.
"So ambik kat hang"
"Boleh ke kak?"
"Apasal pulak takboleh?"
"Yela. Mana tahu akak suka abang Nik"
"Ergh. Sorry sikit. Aku takkan suka orang kerek macam tu"
Yeke taksuka Sabrina? Dari awai aku jumpa dia dekat kedai pun dah rasa lain macam dengan sifat cool dia yang takcool tu.
"Kot lah. Tetiba one day dia dah tak kerek. And... akak dengan dia dah boleh ngam. Selalu orang kata time tu nak cinta berputik."
Nik nak ke ngam dengan aku. Persoalannya.
"Dah la kau. Kalau setakat mai sini nak sembang pasai jantan sekor tu kau keluar. Aku banyak kerja nak buat." Aku menghambat Sarina supaya keluar.
"Ish. Kakak. Takhabis lagi lah." Dia keraskan badan sebab tahu sat gi aku seret dia keluar. Perkara yang aku selalu lakukan dekat diorang kalau aku nyampah tengok diorang nih.
Aku malas lah nak layan. Ergh.
"Kalau kakak kan. Kakak pilih abang Nik ke abang Aissar?"
"Dua dua annoying"
"Eleh mana boleh annoying. Akak kan baik dengan Abang Aissar. Mesti pilih abang Aissar lah tu" hah. Better aku pilih Aissar dari si kerek tu.
"Dah la meluat cakap dengan akak nih." Katanya dan berlalu keluar dari bilik aku. Baguss. Aku kembali baring. Sambil fikir apa yang Sarina cakap. Aku kena pilih? Diorang dan aku bukan ada apa pun. Jumpa secara kebetulan. Dan semuanya kebetulan.
—————————————
Aku dapat SMS dari company mana tah. Suruh aku call number yang diorang bagi. Aku dengan senang hati call. Operator yang bertugas yang jawab. Katanya memang company ada jawatan kosong tapi sesiapa yang diorang terima tu semua kebanyakkannya mereka sudah diinterview. Tu la. Sekarang ni yang ni lah masalahnya. Aku hanya apply untuk dia interview. Tapi yang SMS tu kata suruh aku datang untuk berkerja. Urusan lebih lanjut atau pertanyaan call number tu. Sebab tu aku call nak tahu betul ke scammer. Operator tu pun dah pening. Katanya dia taktahu macam mana boleh jadi.
Aku baru nak happy happy sebab dapat kerja. Tapi rupanya dapat fake hope. Tapi aku hairan jugak. Siapa yang memandai recommend nama aku nih.
Aku siap siap nak ke kedai. Lupa pulak yang harini mak dengan abah nak pergi Selangor. Nak cari barang. Ada barang yang boleh ambik disini. Ada yang kena import eksport okay.
YOU ARE READING
MR MYSTERIOUS
Mystery / ThrillerKat mana aku dalam mood malang ada saja dia. Kat mana aku dalam mood gempa bumi ada saja dia. Kat mana aku dalam jiwa kacau ada jugak dia. Tapi, yang misterinya, siapa dia? Macam mana dia kenal aku, macam mana dia tau serba serbi pasal aku. Stalker...