Bab7

20 1 0
                                    


Hampir setiap hari Nik akan text aku. Aku pun sudah makin senang dengan dia. Yah, walaupun dia ada sedikit annoying tapi takapa. Aku cuba untuk pura-pura galiat. Banyak benda yang kami kongsi bersama. Banyak cerita yang aku tak tahu. Dan aku rasa aku bersalah pulak sebab selama ini aku judge dia hahaha. So patut atau tak aku cerita yang aku pernah fikir benda jahat pasal dia. Oh bukan jahat yang 18+ tu ya. Engkorang ni semua bukan boleh kira. Fikiran takberjernih sangat.

Dalam banyak banyak cerita yang dia cerita. Yang paling aku tertarik cerita pasal Kak Jue. Rupanya Kak Jue merupakan kakak tirinya. Cerita details, Kak Jue ni anak tiri ayah dia. Ah kalau ikutkan aku pun takfaham. Tapi aku buat buat faham sampai lah dia beritahu yang ayah dia ni beristeri 3. Mungkin dia tengok muka blur aku jadi dia pun cerita. Ya time tu kami videocall. Kan aku dah cakap. Kami dah makin selesa berkawan. Berkawan ya. Walaupun kadang perasaan aku ada terusik sedikit sebanyak tapi aku selalu ingatkan kami hanya berkawan. Well. Siapa takterusik bila hari hari ada orang care pasal kau. Boleh buat kawan rapat luahan segalanya. Hari hari dia nyanyi tuk aku. Suara dia sedap. Mungkin salah satu sebab aku jatuh cinta kat dia. Opss... bakal. Aku harap takkan jadi buat masa sekarang sebab aku takut aku dikecewakan pulak. Tambah dengan orang macam dia. Yang berupa. Ah sudah cerita bab hati dan perasaan aku sekarang ni. Mari sambung pasal Kak Jue.

Cerita begini.

Ayah Nik berkahwin 3 dan ibu nik merupakan isteri ke-2. Hasil perkahwinan pertama ayahnya tak bertahan lama namun mereka sempat mengambil anak angkat. Hasil perkahwinan ayah Nik bersama ibunya mendapat 4orang cahaya mata. Nik anak yang ke-2. Perkahwinan yang ke-3 pula perkahwinan yang dirancang oleh nenek Nik. Wah macam drama kan. Katanya nenek dia kasihan kan ibu tunggal dan ibunya pun sama. Aih baik betul keluarga diorang nih. Kalau aku sorry lah. Jadi dipendekkan cerita. Ayah Nik kahwin dengan ibu Kak Jue. Masa tu Kak Jue dah berumur 13 tahun. Nik pula berumur 10 tahun. Abang dia 15. Pada umur Kak Jue 15 ibunya meninggal dunia akibat darah tinggi keterlaluan. Sedih betul kisah Kak Jue. Sebab tu mereka sayang kan dia. Kak Jue dibesarkan dengan kasih sayang dari ibu Nik sendiri. Patut lah nama Kak Jue tak dak Nik.

Nik juga tak lokek bercerita tentang Aissar. Aissar merupakan sepupu belah ibunya. Sebab tu takdak Nik. Aissar ada 5 adik beradik. Tapi yang rapat hanyalah mereka berdua. Iaitu, Aissar dan abangnya...ah aku lupa pulak nama apa... kedua dua mereka berkerja sebumbung dengan Nik. Aissar juga katanya sudah ada girlfriend. Punah jugaklah harapan aku mula tu. yala. Mana tahu boleh dapat si Aissar ni. Tiber dah ada girlfriend nama Puteri Edora. Dengar nama ja pun dah tahu mesti level level cantik dia macam Adira Salahudi. Nih Nik lah cakap.

"Hang imagine macam Adira Salahudi ha gutulah segak dia"

Kalau dah si Nik yang cerewet ni pun cakap segak tu memang maksud dia segak sungguh. Jadi aku pun tanyalah dia. Sekadar melawak.

"Segak macam Adira Salahudi noh. Habeh tu takkan awak tak berkenan dah kata segak."

Jawapan dia bagi kat aku simple dan padat.

"Aku tak sailang marka oranglah. Bukan dia spesis aku. Aku ni spesis jantan mahai. Aku tunggu favourite person aku sorang ja sekarang ni". Ha kat situ aku dah tau dah. Aku memang dah jatuh rank bawah kaki depa depa ni. Taste taste Adira Salahudi kau. Aku ni jangan kata Adira salahudi. Adira aladin pun takdak. Tapi aku selalu sedapkan hati yang aku ni ala ala Sharifah Rose kahkahkah. Dan yang selalu puji aku selalunya kawan baik aku; Barbara.

Aku pernah jugak cerita dekat Nik pasal kawan baik aku. Aku tak ada ramai kawan baik dan Nik sendiri volunteer nak jadi kawan baik aku. So aku accept je lepas aku rasa dia ni not bad.

So kalau nak jadi kawan baik aku kena tahu kawan kawan aku jugak. Dan kawan kawan aku kena kenal jugak Nik ni. Ah supaya tak awkward dan tak ada ayat 'jumpa kawan baru lupa kawan lama' Aku cerita satu satu perangai bff aku. Cuma tak details macam Nik cerita pasal family dia lah. Entah aku pun hairan. Berani dia cerita details kat aku yang baru jadi kawan dia macam kami ni dah lama kawan. Kalau aku idok ler.

MR MYSTERIOUS Where stories live. Discover now