Cinta Bas Ekspres - Bab 1

225 4 0
                                    

GADIS itu kaku di tempat duduknya. Yafit

pandang sekilas. Samar-samar lampu jalan membuatkan

dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu. Dia

yakin, tentunya comel. Anak gadis Kelantan memang

comel-comel belaka. Namun wajah itu muram. Ada

kesan air mata di pipi. Serta-merta hatinya tiba-tiba

prihatin.

"Boleh tak awak jangan pandang saya? Nak tidur

pun tak boleh," tiba-tiba gadis itu bersuara memancung

renungannya.

Yafit tersentak. Wajah berubah warna. Kantoi

merenung anak dara orang. Malu tapi dia cover dengan

sengihan di bibir dan tangannya naik ke kepala, meramas

rambut. Gadis itu jeling tajam dengan mata merah dan

pipi basah. Tajamnya menusuk ke hati. Bukan melukakan

tapi menanam rasa teruja.

"Sorry, awak..." pinta Yafit.

Gadis itu mendengus.

"Muka macam penjangak, perangai pulak miang

gatal. Kalau awak tenung lagi, saya adu dekat pak cik

driver tu. Biar dia buang awak tepi jalan!" ugut gadis

itu dengan jelingan tajam seraya berpaling semula

menghadap tingkap gelap.

Yafit rasa mahu ketawa. Berani betul. Tak padan

dengan kecik. Ada hati ugut orang. Lambat-lambat

kepala Yafit kembali menghadap ke depan. Dia gosok

batang lehernya apabila matanya masih lagi mahu

memandang gadis itu.

"Awak comel sangat. Sebab tu mata saya asyik

nak tengok awak aje," bisik Yafit lembut. Gadis ini telah

menerbitkan rasa yang tidak pernah dirasai dalam

hatinya. Tak pernah lagi dia buat kerja mengurat orang

di dalam bas di malam hari begini. Tarikan si gadis

ini membuatkan dia tidak mahu mengalah sebelum

mencuba.

Terdengar lagi gadis itu mendengus kasar.

Geram barangkali. Tapi dia cakap yang betul. Bukannya

mengeji, tapi memuji. Takkan itu pun tak boleh?

"Saya tak makan pujian. Tak payah puji sangat.

Saya tak ada hati nak kenal orang berjambang macam

awak ni!"

Kasarnya suara tapi masih merdu di halwa

telinganya. Yafit sikit tak terjejas rasa. Hatinya tak

tercalar mendengar suara kasar itu. Garang, sombong

dan kasar. Dia mengulum senyum. Bukan jenis gadis

liuk lentok! Itu dah cukup membuatkan hatinya semakin

dibuai rasa. Cinta pandang pertamakah ini?

Kring... Kring...

Deringan telefon itu walaupun perlahan cukup

Cinta Bas Ekspres ; Siti & Polis ComelWhere stories live. Discover now