Then Li Mei
Hai, Namaku Then Li Mei, Usia ku 19 Tahun. Aku Dibesarkan Oleh Mak Cik dan Pak Cik ku. Ketika usia ku 13 Tahun, penjajahan Dinasti Hsia yang menyebabkan peperangan menjadi punca ibu bapa ku meninggal Dunia. Maka, aku dibesarkan oleh mak cik dan pakcik ku. Semua orang ingin kasih sayang dan penjagaan, aku mengimpikan semua itu, akan tetapi, sekarang aku tidak dapat merasai nya, aku hanya ditindas seperti pembantu rumah atau pekerja buruh oleh mak cik dan pak cik ku serta anak perempuan mereka, Li Xiao Mei. Dia benci akan ku kerana rupa paras ku yang menarik perhatian semua lelaki. Jadi dia membakar semua bajuku yang bagus dan menggantikan nya kepada kain lusuh dan buruk. Serta, mereka hanya memberi aku makan yang jumlah nya tidak sampai separuh pinggan. Namun aku bersyukur, kerana aku dapat hidup dan tempat perlindungan walaupun sementara. Aku hanya dapat berfikir, "Esok hari yang baik". Namun, ada sebuah rahsia yang keluarga ku simpan, namun pak cik dan mak cik ku enggan memberitahu.***
"Then Li Mei! Tolong angkut semua kayu ini ke belakang rumah!" perintah pak ciknya. Li Mei hanya mengangguk kepalanya dan mengangkat semua kayu tersebut ke belakang rumah dengan rela hati. Setelah semua nya selesai, Xiao Mei berlari ke arah nya, dan berkata
"Hai Li Mei, awak tahu tak, esok ada perarakan diraja, semestinya banyak jejaka yang kacak, sayangnya~~ penampilan awak seperti pengemis yang separuh mati~ haha" sindir Xiao Mei dan menolak kepala Li Mei. Li Mei hanya mendiam diri, dan segera membancuh teh untuk mak cik nya. "Nah cik, silakan minum" kata nya kepada mak cik nya. Mak cik nya sedang berbual dengan raknya yang lain memandang nya. "Inikah? Li Mei pembantu rumah kamu?" kata rakan nya. "ya~ Li Mei si hodoh kita~ jangan tengok lama lama, nanti tak dapat tidur malam. Haha" sindir mak cik nya dan mengarahkan Li Mei masuk ke dalam bilik.Li Mei segera masuk dan duduk di penjuru katil dan menangis. Dia hanya mampu menitiskan air matanya setiap hari kerana dia sedar, dia tidak mampu melawanya. Dia memandang ke luar tingkap dan berfikir. "Andainya aku bebas di hari esok" kata nya sambil mengenggam jari. Hari semakin gelap, manakala dia membaca buku kegemaraan nya di bawah cahaya nyalaan lilin. "Oh! Dah detik 12 malam, lewat betul .. " katanya dengan terkejut. Tiba tiba, seekor burung terbang masuk melalui tingkap nya dan membawa sepucuk surat yang bertulis.
Hai Li Mei, siap sedia pada hari esok, saya akan membawa kamu pergi dari sini. Tidak perlu risau, kita jumpa nanti, saya perkenalkan diri.
Kata-kata yang tertulis di situ membuatkan Li Mei terkejut.
"Saya? Bawa saya lari? Apa? Macam tak percaya," kata Li Mei pada dirinya.Percaya atau tidak, baginya bergantung pada situasi. Dia pun sergera tidur dengan nyenyak. Lampu lilin ditiup, suasana gelap. Dan terdapat pergerakan bayang bergerak masuk ke dalam bilik nya melalui tingkap dan membentuk seorang lelaki. Dia berdiri di tepi Li Mei dan merenungnya dengan tajam.
"Saya akan bawa awak pergi dari sini Li Mei, saya berpegang pada kata kata saya" bisiknya ke telinga Li Mei dan berlalu pergi
Keesokan harinya, Xiao Mei berlari keluar rumah dan melihat perarakan diraja tersebut. Kelihatan semua askar yang tegap badanya serta kereta kuda yang berhiaskan emas.
Li Mei yang melihat dari pintu rumahnya berasa kagum. Li Mei hanya memikirkan satu perkara sahaja, iaitu surat yang dibacanya. Walaupun dia bebas, dia masih risau akan perkara tersebut kerana dia tidak pasti, siapa dan bagaimana orangnya.
Tiba tiba, tanpa semua orang sedar, seorang askar telah keluar barisan dan menyorok di bahagian kedai perhiasan dengan gerakan yang laju tanpa disedari orang ramai.
Setelah selesai perarakan tersebut, Mak cik dan pak cik nya memukul Li Mei, atas sebab Li Mei berdiri di depan pintu dan menyebabkan orang lain melihatnya.
"Tak guna! Kenapa pergi ke situ! Tak malukah orang nampak kamu?" kata Mak cik nya
"Pengemis tak guna!" kata pak cik nya pula dan ingin memukul Li Mei
Tiba tiba seorang lelaki bertopeng memasuki rumah dan menahan tangan pakcik nya. "Maaf kan saya pak cik, saya tahu tiada adab masuk ke rumah tanpa kebenaran tapi ada adab kah pak cik memukul orang yang tidak bersalah?" katanya dengan tenang. Pak cik nya ingin memukul pemuda tersebut. "Nah kau! Mati!" kata pak cik nya, namun pemuda tersebut mengelak dengan tenang.
"Tolonglah, gerakkan yang sangat lembab" kata nya dan menolak Pak cik Li Mei. Pak cik nya yang terduduk di sofa dikunjungi oleh isterinya dan anaknya Xiao Mei.
"siapa kamu dan kenapa sibuk dengan keluarga kami!" kata Mak cik nya dengan marah.
Pemuda tersebut hanya senyum dan menarik lengan Li Mei.
"ucapkan selamat tinggal kepada Li Mei" katanya dan membawa Li Mei pergi dengan pantas lalu menunggang kuda. Li Mei tidak mampu melawan, dia tertidur seakan terkena jampi nya setelah dibawa menunggang kuda.
"Hoi! Anak tidak berguna! Datang sini" teriak pak cik nya.
Li Mei dibawa jauh ke sebuah rumah yang besar, cantik dan indah di kawasan pergunungan.
"Kita dah sampai " kata pemuda tersebut sambil memandangnya.
Li Mei mendapati nya terbaring di atas katil, matanya ditutup dan tangan nya diikat dia terdiam dan berkata.
"apa tujuan ka..kamu.. Membawa saya ke sini?" katanya dengan gementar.
"Kamu tak perlu risau, berehat dulu, kemudian saya jelaskan." kata pemuda tersebut dan membuka ikatan pada Li Mei.
Li Mei memandang dan meraba tubuhnya,
"Ba..baju saya! Kenapa berubah!" katanya sambil memeluk tubuhnya."saya tukar, jangan risau, saya lansung tak merogol kamu pun." kata lelaki tersebut.
"Macam mana saya nak percaya awak?" kata Li Mei yang hampir menangis.
"Tengok badan awak, ada kesan cecair? Tak kan?" kata pemuda tersebut.
Li Mei pun terus bertanya.
"Siapa awak?"Pemuda tersebut membuka topengnya. Rambut nya yang panjang menyerlah kehitaman, mukanya yang kacak menarik perhatian Li Mei. Anak matanya yang bewarna emas menarik perhatian Li Mei untuk memandangnya.
"Nama saya Bai Que" katanga memandang tepat ke arah Li Mei.
Li Mei pun berkata "Bagai mana pulak kamu kenal saya?" katanya.
Bai Que hanya memandangnya dan tersenyum. "Li Mei, kamu bersiap, kemudian jumpa selepas kamu mandi, dan saya akan terangkan." kata Bai Que dan keluar dari biliknya.
YOU ARE READING
He is lord of Dragon(Malay)
Fantasy#18+ maybe, just read it and u know# Nama Ku Then Li Mei, aku seorang perempuan berusia 19 Tahun. Pada Dinasti Hsia,China, penjajahan antara Raja serta peperangan sering berlaku, ibu bapa ku terbunuh dan aku jadi anak yatim semasa usiaku mencecah 13...