CS19 - 23

253 25 0
                                    

Seperti yang diarahkan leader Chris, kami semua berkumpul pada pukul 4 petang. Katanya ada aktiviti yang menarik.

Tapi tidak lama kemudian, satu kumpulan juga berkumpul di tempat yang sama. Mereka berkumpul betul betul hadapan kami semua.

"Weh! Asal geng evil babi ada sekali ni" bisik Heejin kepada Freya.

"Felix kau tak kasi tahu pun yang budak lama Starscream datang sini juga" kata Freya tak puas hati.

"Mana aku tahu dorang ikut kita sampai sini" balas Felix.

"Okey sekarang ni kita ada aktiviti kumpulan dimana kumpulan sebelah kiri dan kanan saya akan berlawan"

Crazy squad memandang sesama mereka. Masing mengeluarkan senyuman yang jahat. Mereka akan plan something nanti.

"Aktiviti pertama, kamu semua dikehendaki mencari sehelai kain hitam dalam hutan kecil sana dengan mengikut anak panah yang sudah ditampal. Faham semua?"

"Faham!" jawab mereka semua.

"Okey now kita undi siapa yang masuk terlebih dahulu. Dalam tangan saya ada dua helai kain. Siapa dapat kain yang panjang, team tu akan mula dahulu. Sekarang sila hantar wakil setiap kumpulan"

Kedua kumpulan itu berbincang sesama mereka untuk menghantar wakil.

"So siapa rasa tangan dia paling bertuah sekali. Selalu dapat benda baik. Game ni penting sebab kalau kita start dulu senang kita nak buat kerja baik kita nanti" hujah Jinyoung.

Yang lain mengangguk setuju. Masing masing melihat sesama sendiri. Siapa antara mereka ada tangan bertuah. Tapi tiada seorang pun yang berani.

"Aku rasa aku boleh. Kot"

Semua mata melihat Yeji. Boleh harap ke si Yeji ni.

"Okey Yeji akan jadi wakil kita" kata Jinyoung dengan sebulat suara.

Yeji melangkah ke hadapan bersama wakil kumpulan lain iaitu si Chaeyeon. Musuh terbesar dia. Chaeyeon buat muka menyampah seolah olah dah tahu yang mereka akan menang. Yeji pula buat muka selamba.

"Okay now both of can choose" kata Chris.

Belum sempat Yeji nak tarik yang disebelah kiri, Chaeyeon terlebih dahulu ambik yang itu. Dia tahu ahli sihir tu sengaja. Tapi dia buat tak tahu. Dia ambil yang satu lagi.

Chaeyeon membuka terlebih dahulu lalu tersenyum mengejek kearah Yeji. Kain yang dipegang Chaeyeon panjang. Dan tidak lama selepas itu Yeji membuka kain dia sambil melihat Chaeyeon. Dengan selamba dia buka kain itu tanpa melihat kain itu. Mata dia fokus pada Chaeyeon.

Dan tidak lama kemudian, geng crazy squad menjerit. Ya kain yang Yeji pegang lebih panjang dari Chaeyeon. Giliran Yeji tersenyum mengejek.

Freya terus peluk Yeji. Tangan Yeji memang bertuah betul. Jadi mereka boleh jalankan misi mereka.

"Jadi team sebelah kanan saya boleh masuk kedalam sana sekarang" arah leader Chris.

Mereka semua senyum mengejek ke arah team lawan mereka. Sampai di tempat anak panah pertama, mereka semua berhenti.

"So apa plan kita?" soal Jaemjn.

Jinyoung cuma senyum.

"Nothing" jawab Jinyoung.

"Maksud kau?" soal Hyunjin pula.

"Kita tak payah buat apa apa pun. Korang ingat dorang tu bodoh sangat tak tahu plan kita. Jadi kita just teruskan perjalanan kita. Biar mereka sendiri yang perasan kita tukar anak panah untuk dorang"

[C] Crazy Squad19 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now