Pagi ini Freya bangun awal. Hoodie disarung diatas kepala. Setelah siap semua, dia keluar untuk menghirup udara pagi. Orang yang dia tunggu pun sudah tiba.
"Wassup man!" sapa Freya yang lebih kepada mengusik sebenarnya.
Dan selepas itu dia ketawa.
"Wassup kepala hotak kau. Pagi pagi buta lagi call aku. Mengantuk tahu tak"
Freya boleh nampak muka bangun tidur Hyunjin. Nampak sangat sarung hoodie lepas tu terus datang sini. Rambut pun serabai habis. Tapi tetap hensem.
"Kau nak apa girl suruh aku datang sini?" soal Hyunjin dengan mata mengantuk.
"Kalau ye pun turunlah dulu dari motor"
Dengan malas Hyunjin mengikut cakap Freya. Tangan diletakkan didalam baju.
Freya cuma senyum. Hoodie disarungkan diatas kepala Hyunjin. Lengan Hyunjin dipaut dengan erat.
"Jom pergi jalan jalan. Best apa jalan waktu pagi"
"Kau ganggu aku tidur semata mata untuk ni aje"
Freya tergelak. Padan muka. Bukan selalu aku buli dia.
"Well kau pun pernah buat benda yang sama kat aku. Kau call aku pagi pagi and worse kau ajak aku pergi sekolah jalan kaki. Remember?"
Dia ingat lagi. Time tu demam pun belum lega betul betul lagi. Tapi Hyunjin buat kerja gila.
"Fine aku mengaku aku salah time tu. Tapi benda dah lama kot. Buat apa nak ungkit"
Hyunjin tak puas hati.
"Okey okey. Kita tutup kes tu. Sekarang ni ayuh kita nikmati sama sama angin pagi yang segar ni"
"Segar amende. Sejuklah gila"
Freya pun perasan. Akhir akhir ni kalau waktu pagi mesti ada angin. Memang sejuklah jawabnya.
"Best apa. Hish! Kau ni banyak cakaplah"
Freya terus menekup mulut Hyunjin kerana terlampau geram. Dan tidak lama selepas itu, dia tarik tangan dia dari mulut Hyunjin. Kang mati anak orang nanti.
"Tapi ada betul jugak cakap kau. Rasa segar sangat kena angin pagi. Bunga di sepanjang jalan pun kembang elok aje. Patutlah kau suka tinggal sini. Air sungai pun jernih. Tenang aje tengok"
Mereka berhenti di tepi sungai. Sungai ni tak dalam pun. Batu batu dalam air pun boleh nampak. Freya turun ke tepi sungai.
"Elok elok turun. Jatuh kang aku jugak yang susah" bebel Hyunjin.
Bunyi air sungai sumpah buat dia rasa tenang.
"Kau still mengantuk ke?"
"Mengantuklah jugak tapi aku rasa..."
Belum sempat dia habis bercakap, Freya memercik air ke mukanya. Air sungai yang sejuk terkena mukanya. Segar. Terus hilang mengantuk!
Freya nampak Hyunjin berura ura untuk turun. Dia terus lari naik atas. Dan dengan pantas juga Hyunjin bertukar arah. Lelaki itu naik atas dengan pantas.
Langkah aku buka dengan besar lagi untuk lari. Dengan fizikal Hyunjin yang berkaki panjang itu aku tahu aku tak kan dapat lari dari dia. Dengan mudah dia saingi aku.
Dalam sekelip mata aku berada dalam dakapan Hyunjin. Dia peluk aku dengan erat supaya aku tak boleh lari. Bukan setakat lari, nak bergerak pun tak boleh.
"Kau nak lari mana hah. Sedar diri tu yang kau tu lebih pendek dari aku. So jangan berangan nak lari dari aku" kutuk Hyunjin.
"Okey okey aku mintak maaf. Sorry aku janji aku tak buat lagi" rayu Freya.
YOU ARE READING
[C] Crazy Squad19 | HYUNJIN+00s
Fanfic» Saya sarankan baca Crazy Squad18 first if tak nak pening « Kisah cinta Freya tidak pernah bermula jauh sekali berakhir. Dia rasa seperti dirinya dipermain. Setelah cintanya ditolak, dia berubah menjadi orang lain. Even kawan dia sendiri terkejut...