CS19 - 18

240 32 0
                                    

"Hi Eya!"

Freya terus menoleh ke arah sumber suara yang berani menyeru nama dia di kawasan Universiti ni.

"Soobin?"

Dia boleh kenal aku ke.

"Iyalah Soobin. Kenapa terkejut?" soal  Soobin selamba.

Aku terus tolak tubuh dia dan pergi ke kawasan yang tiada manusia. Aku tak nak orang lain tahu.

"Macam mana kau boleh kenal aku eh"

"Nampaknya kau perlu tebalkan lagi kau punya make up tu" komen Soobin.

Amboi suka hati dia aje cakap macam tu. Tampar kang.

"Eii sampai hati tau"

Aku buat buat merajuk. Dia ketawa. Aduh lesung pipit tu mengancam betul.

"Okey fine i'm sorry. Sebenarnya aku cuma nak bagitahu yang ibu jemput kau datang rumah esok"

"Sebab?"

"My birthday party"

"Serius?!"

"Iyalah serius. Why? Kau busy ke"

"No no I mean seriously birthday kau sama dengan aku?"

Giliran dia buat muka terkejut beruk.

"Wah bolehlah kita sambut sekali esok. Eh tapi mesti crazy squad ada surprise untuk kau"

Aku cuma buat muka.

"Hmm tak ada maknanya. Kalau dulu yes dorang selalu buat surprise party untuk aku but now aku rasa tak kot. Sebab masing masing busy. Ada life sendiri and aku faham. Dorang wish pun dah cukup buat aku gembira"

Aku senyum. Bangga ada kawan macam crazy squad. Semuanya jenis kepala masuk air.

"Aloo cian dia. Takpe esok datang rumah aku pukul 8 malam. Pakai comel comel sikit"

Dan selepas itu dia bagi free wink dekat aku. Tapi yang peliknya aku tak rasa apa apa. Aku cuma rasa yang si Soobin mintak penampo sebenarnya.

"So aku cau dulu. Bye sis"

Dia terus melangkah pergi. Sis kepala hotak dia.

Rasanya dah banyak kali Jaemin ketuk pintu tapi still tuan rumah ni tak buka pintu. Dia pasti tuan rumah ni ada di rumah.

"Kau nak apa sial datang rumah aku pagi pagi buta macam ni"

Hmm kan dah free kena sembur.

"Aku nak kau ikut aku sekarang"

"Coiii kau ingat aku bodoh macam dulu ke yang selalu ikut cakap kau"

"Tapi aku nak kau ikut juga. No matter what"

"Still aku tak nak. Aku nak sambung tidur"

"Kau nak ikut aku or aku menjerit bagi semua jiran kau dengar"

Hyunjin merengus. Mahu tidak mahu dia kena juga ikut si Jaemin ni. Kalau tak mati dia kena maki dengan jiran jiran nanti.

"Yelah. Tunggu kejap aku pergi tukar baju"

Hyunjin terus masuk ke dalam. Hari ni Jaemin berjaya tundukkan seorang perempuan yang bernama Kim Hyunjin. Bukan senang Hyunjin nak ikut cakap dia.

Hampir sejam dia tunggu Hyunjin. Dia tahu Hyunjin sengaja bersiap lama lama. Dia dah masak dengan perangai perempuan tu.

Tidak lama kemudian Hyunjin keluar dengan sepasang kasut lalu menyarungnya di kaki.

"Amboi sekejap betul kau siap" sindir Jaemin.

[C] Crazy Squad19 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now