Cuti semester sudahpun tamat. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang student. Seperti biasa Soobin akan menghantar adiknya sampai ke tempat parking motor untuk student student.
"Bye aku blah dulu"
Freya menghulurkan helmet kepada Soobin.
"Blah macam tu je. Tak ada goodbye kiss?"
Freya membuat muka.
"Aku tak nak viral or famous. So aku blah dulu"
"Eh! Jap"
Aku tak jadi pergi. Nak apa lagilah si Soobin ni.
"Cantik kau pakai macam ni. Ni baru kembar aku"
"Oh jadi selama ni aku bukan kembar kaulah. Macam tu?"
Soobin menggeleng kepalanya. Mata Freya terus berubah jadi bulat. Dah hidup lama agaknya mamat ni.
"Aku rasa macam hantar hantu datang universiti"
Belum sempat Freya nak bukak gelanggang gusti, Soobin terlebih dahulu memecut dengan motornya.
Geramnya! Apalah nasib aku ada kembar macam tu. Ada aje benda nak kutuk aku.
"Dah dah lah tu marah. Jom masuk kelas"
Elok aje si Hyunjin ni sandar pada motornya. Agaknya dah berapa lama dia jadi tunggul kat situ.
"Kau dah lama sampai ke?" soalku.
Hyunjin menggalas begnya.
"Taklah jugak tapi aku sempat tengok sepasang twin bergaduh" jawab Hyunjin.
"Taklah jugak kepala hotak kau. Lamalah tu. Kenapa kau tak panggil aku aje dari tadi"
"Malas nak ganggu korang berdua"
Hyunjin pandang Freya dari atas sampai bawah. Ekhm! Bidadari sesat dekat bumi ke.
"Asal pandang aku macam tu?" soal Freya.
"Entahlah aku rasa macam aku tengah jalan dengan bidadari sekarang ni"
Satu tamparan berjaya melekat pada lengan Hyunjin.
Ingat apalah tadi. Manalah tahu aku pakai seluar koyak ke. Baju koyak ke. Rupanya dia buat pickupline bodoh dia tu. Tapi aku perasan jugak ramai yang pandang aku macam aku buat salah. Terutamanya kaum perempuan.
"Kau tak yah lah main main. Bagitahu jelah kalau tak lawa. Aku nak balik tukar baju sekarang"
Hyunjin ketawa. Lawaklah Freya ni sampai sanggup nak balik tukar baju.
"Mana ada. Cantik apa. Tshirt putih oversize yang tengah trend sekarang. Seluar jeans biru kembang kat bawah and tak terlalu labuh. Kasut vans lagi. Simple and nice. Takkanlah tak lawa lagi macam ni. Ini namanya over hipster"
Freya melihat penampilannya. Dia memang suka simple simple. Make up pun biasa aje. Rambut pula dilepaskan dengan lurus.
"Kau bab memuji memang power. Saja nak sedapkan hati aku. Mata orang lain lain tau. Kalau bagi aku dah cantik belum tentu dekat mata orang lain aku cantik"
"Tak payahlah nak bagi complicated. Kalau aku cakap cantik tu cantiklah. Ada jugak yang kena gigit nanti"
Freya disebelah sudah senyum macam kerang busuk. Walaupun dia tak suka orang puji diri dia tapi dia tetap happy sebab Hyunjin yang puji.
Memang kembang semangkuklah aku. Hihi."Wo wo look at this bitch. Tak malu datang universiti orang"
Dan ahli sihir pun muncul. Hilang semua rasa happy. Yang ada cuma rasa nak balas dendam.
YOU ARE READING
[C] Crazy Squad19 | HYUNJIN+00s
Fanfiction» Saya sarankan baca Crazy Squad18 first if tak nak pening « Kisah cinta Freya tidak pernah bermula jauh sekali berakhir. Dia rasa seperti dirinya dipermain. Setelah cintanya ditolak, dia berubah menjadi orang lain. Even kawan dia sendiri terkejut...