「 TRAUMA 2 」
❝ Our story will never end until the moment we die ❞Chapter 12: New Life
❃ ════ • ❤️ • ════ ❃
Tap...
Tap...
Tap...
Tornado membuka pintu wad Halilintar dengan perlahan dan masuk ke dalam.
Terlihat anak sulungnya, Gempa dan Halilintar sedang tidur dengan nyenyak. Quake pula berdiri dan menyalami tangan suaminya.
"Macam mana dengan Taufan? Dia setuju tak?" Soal Quake perlahan.
Bimbang jika suaranya akan menganggu waktu kedua-dua budak yang sedang tidur dengan lena itu.
"Dia okey. Macam mana dengan Gempa?" Soal Tornado pula.
Quake mengangguk dan mengukir senyuman yang lebar pada wajahnya sebagai jawapan untuk pertanyaan suaminya tadi. Tornado turut tersenyum.
Ya, semuanya berjalan dengan lancar.
❤️ TRAUMA 2 ❤️
Selepas beberapa hari, Halilintar telah mendapat kebenaran dari doktor untuk discharge.
Di mana dia nak tinggal? Di rumah Gempalah. Halilintar dan keluarga Gempa tiba di sebuah rumah yang agak besar.
Sampai sahaja di hadapan pintu, Encik Tornado menyeluk poketnya untuk mengambil kunci rumah namun...
"Sayang? Awak yang pegang kunci rumah kan?" Soal Encik Tornado.
"Eh, bukan awak ke?" Soal Puan Quake pula.
"A.L.A.M.A.K." Encik Tornado memikirkan sesuatu sebelum mengetip jarinya.
"Aha! Tepi sikit, tepi sikit," Encik Tornado membuat gaya pelik seperti mengangkat sebelah kakinya dan mendepakan kedua-dua belah tangan.
"Miat mingsung~ Patakaji~ Semai ning seng! Bukalah kau wahai pintu!!" Kata Encik Tornado sebelum menendang pintu itu sekuat hati.
Mereka pun masuk ke dalam rumah. Habis tercabut pintu itu.
R.I.P pintu. Terima kasih sebab dah berbakti kepada tuan punya rumah walaupun baru tukar beberapa hari yang lepas.
"Saya nak ambil Taufan jap. Awak dengan Gempa jaga Hali ya?" Tornado kembali keluar untuk mengambil adik Gempa iaitu Taufan.
"Gem... Pergila tunjuk Hali bilik dia. Bilik kosong yang hampir dengan bilik Taufan. Nanti beritahu fasal hubungan kita dengan Hali," arah Quake lembut.
Gempa menurut dan mengajak Halilintar untuk naik ke tingkat atas.
"Ni bilik Hali mulai sekarang ya? Kalau ada apa-apa cakap dengan kitorang tau?" Kata Gempa.
Halilintar hanya mendiamkan diri. Dia tidak mengeluarkan bunyi walaupun sepatah.
"Dan... Mulai hari ni juga Hali sebahagian daripada keluarga ni. Abang Gempa tau nanti kalau Hali panggil abang," beritahu Gempa dengan ceria.
"Keluarga...?" Soal Halilintar.
"Hmm~! Keluarga! Abang Gem turun dulu ya?" Jawab Gempa sebelum keluar dari bilik itu.
Halilintar masih memdiamkan dirinya. Dia kemudian melihat sekeliling bilik itu.
Gila! Rumah besar, bilik besar dan kalau tengok bilik air dah nak hampir separuh sebuah bilik tidur. Sumpah nak pengsan.
YOU ARE READING
TRAUMA 2 | BOBOIBOY HALILINTAR
Fanfiction❪ 𝗧𝗥𝗔𝗨𝗠𝗔 2: THE STORY OF MY LIFE ❫ kisah hidup kita takkan tamat selagi mana kita belum mati。 ❛ thank you for everything, my sunshines. ❜ walaupun kisah hidupnya tamat, memorinya bersama orang yang disayanginya sentiasa terpahat dalam hatinya...